Friday, January 7, 2011

Shopping Sana Sini

Ye bulan disember 2010 yang lepas, sempena YES, dan setelah sekian lama tidak berapa kisah dengan YES ni, tapi berlainan pada Dec 2010 yang lepas, di mana aku ambil kisah di mana, aku berjaya mongoyak rabakkan poket kerana terpaksa membeli kasut-kasut baru [kasut-kasut ya...bunyik seperti banyakkan?] hehehe begitu lah lebih kurang.


Di atas sebab-sebab yang memang membuatkan aku terpaksa membeli kasut baru adalah seperti di bawah:


1) kasut tumit tinggi utk ke pejabat memang dah takde. ni gara-gara since 2008, aku memang dah xbeli high heel dan xpakai high heels, semua high heels yang lama, aku terpaksa campakkan ke tong sampah, gara-gara dah xsedap pakai dan dah jadi tah apa-apa tah, kematu semacam jek. dah namanya aku peruk dalam ghobok [amik ko bahasa....] selama 2tahun lebih kan. end up, semua rosak macam tu jek...


2) sandle kesayangan aku si NYC tu yang beli kat jusco jek tu dah tak boleh nak diguna pakai lagi kerana tapak dia dah bolos uols. sob sob..memang sakit lah tumit bila nak pijak kan. makanya, kompem kena tukar kan.


3) sport shoes aku terpaksa di beri pada adik aku, sebab aku taknak belikan yang baru utk dia. makanya, aku belikan sport shoes baru utk diri sendiri..muahahahaa puas hati, kalau malas nak berjogging lepas ni, memang patut kena penampar sedas lah jawabnya.


4) mencari kasut yang selesa sedikit seperti loafer kan, aku ada tapi macam biasa, bila dah simpan lame, even leather pon, berkerak jugak kan. tapi ni memang dah lama sangat, aku beli masa nak konvo degree, sept 2005. tapak dia pon dah haus jugak lah, tapi memang puas pakai lah kan. aku beli hasil kerja part time dulu rasanya. dan aku perlukan kasut yang selesa baru utk tujuan santai. dan memang dah lame aku aimed kasut nan satu tu, dan akhirnya berjaya jugak menjadi hakmilik aku kan. aku survey banyak tempat, bukan survey apa, nak carik size aku jek. memang payah lah nak dapat size 4 kan. makanya, last sekali cuba size 3.5 ngam ngam jek...perghh lega....time aku bermisi cari kasut ni, aku pergi ngan makayah aku, korang paham-paham lah kan, bebelan mereka macam mana. muahhahahaaa tapi sekarang puas hati. dan aku cakap kat adik aku. tunggu lah 3tahun lagi, baru boleh shopping kasut lagi..muahahha kedekut kan? dan inipun dek kerana TEVA kesayangan hamba pon bakal menemu ajalnya xlama tagi...well, i tuan dia kan, i tahu kondisinya...sob sob..sayang TEVA tu.....


makanya, untuk bulan lepas sahaja, aku berjaya habiskan hampir 800 untuk kasut sahaja.. fouuhhh puas hati. sebab dah 2 tahun lebih tak shopping kasut best macam ni kan. ni semua gara-gara kaki aku terpeleut, dan start situ memang aku pergi keja pakai sandle jek. owh lupa, aku penah beli crocs tu, tapi xsedap pakai..muahahahaa ade lagi dalam simpanan, baru lagi gitew...tak sedap sebab berpeluh kaki...giller tak best kan. dan memang aku memerlukan kasut baru kan?

Nota kaki: gambar nanti aku upload, cable nk transfer gambar dr phone melenyapkan diri...sigh*

2 comments:

zizo said...

walauwehhh...800 hengget..puah hati!maknanya 4pasang la ye..

Yun said...

ha tau xpe...aku memang jarang shooping..tp biarkan aku shopping/..sekali shopping mcm ni lah..baru puas hati kan?

hehehehe

well......puasa shopping lah lepas ni

Good Bye 2018

**pic from google