Skip to main content

Macam-macam ada di Melaka

Kisahnya bermula bila Amy call aku ajak ke Melaka Wonderland. yupp since awal tahun aku ada planning tapi asik lah tak jadi. di sebabkan memang aku nak [pergi & tarikh dia plan tu memang aku nak balik kampung kan. maka ON kan saja. ahaks. join ngan budak opis dia. tp budak opis nya 2 org jek yg jadi...tp depa bawak adik-beradik skali. jadilah ramai balik. huhuhu




dari plan nak ke wonderland, dah jadi ronda satu melaka plak, sebab takkan seharian ko nk duduk dalam waterpark tu kan. memang keluar jadi yanadey lah jawabnya.
ok ni masa baru masuk. kami orang paling awal. main game semua pon blh lah nk ulang berkali-kali, dah lah masing2 1st tym nk cuba, macam2 lah ragam, yg tersekat kat tengah lane lah. macam-macam lah. nk kata byk game dia...xbyk mane pon. oklah, adalah jugak dari takde langsung sbb tempat baru and masih ada yg nk ditambah tolak kan.

oklah tiket dia hari biasa RM26 utk dewasa dan sabtu ahad /cuti umum dia jadi RM30. kanak-kanak lupa lah. cek jek lah website Melaka Wonderland




gambar ni di snap bila nk balik..hahaha nampak nau lah masa nk pergi tu tak sabar2 kan. Owh lupa, tempat letak beg dia cekik darah sebab RM5 per locker ok! mahal nak mam-POS lah kan.



ni tempat ombak yg xberapa nk ombak sebab rosak kot masa hari kitaorg dtg tu. makin lama makin lah ramai yg berpusu-pusu masuk kedalam waterpark ni. sewa tube tu. utk single rm10, twin rm15 & triple rm20 dan deposit jgn lupa ye..kene bayar double..time pulangkan barang baru depa return the deposit. lenguhnya nak type. panjang plak citer ni



adik-beradik yg sempoi. adik-adik aku jgn harap lah nk folow aku buat keje buang tebiat ni kan. jatuh saham kemachohan mereka kununnya.


ni aku ngan si Atirah. but derang pgl ati. seb baek. kang aku kompius ngan adik aku plak kan



cehh asik lah bergambar ngan budak kecik ni..nmpk sgt plak kebesaran & kelebaran aku kan




lepas jek dah boring dok dalam waterpark tu sbb hari makin panas terik. dan perut mula lah berkeroncong kan.derang plan nk serang coconut shake kelebang. maka, memecut lah kami ke sana. melaka jem lah plak...tah apalah org melaka ni buat hari sabtu. berjalan jek keje mereka kan.



well, macam biasa sampai sini. tak kene beratur tak sah lah kan. cisss..pjg semendang jek barisan dia. Didi, abg hensem tu tetap ada, tapi dia makin kurus lah, kesian plak aku tgk kan..miahahahahahaa



selain tu kene lah tapau makanan kan. mee goreng bodoh + nasik lemak + kuih muih...setel semua terus carik port nk melepak plak. tolak tambah bahagi, kami ke pantai puteri sbb ada orang nk rendam kaki dlm air laut..huhuhu





tak paham aku..orang sentiasa ramai yg beratur & kedai mereka ni sesak ngan customer. cehhh buat tak paham plak kan..tulah perniagaan yg maju namanya kan



tadaaaa...jgn ada yg terliur udah le....actually semua gambar ni copy & paste dr fesbook bebudak ni. aku mana bwk camera kecuali camera phone yg sengal ni kan



dan pantai puteri kami serang....cewahhhhh dok melepak bawah pokok..layan mata dowh... sampai ada yg terbaring ha.. nampak sangat kepenatan kan



dan sambil2 tu derang plan nk makan ikan bakar plak..cehhhh makan jek..mula2 nk serang asam pedas mak munah, tapi ikan bakar lg menarik..hahahahaha tp sebelum ke ikan bakar ingat nk singgah bangunan merah sambung bergambar kan. sekali non-ado parking, malas nk pikir pjg, amy kata lepak masjid selat je lah. sbb ada yg mengantuk dah kan.




dekat masjid selat ada laluan "DUCK Tour". ala kenderaan ala2 transformer versi itik sbb boleh dok atas darat & laut. ni salah satu daya tarikan utk pelancongan kat melaka ni. macam-macam Pak Ali kitaorg punya idea kan.



ada video bebudak tu amik. nanti-nanti lah aku upload kan. seb baek aku tak jakun sgt sbb aku dah jakun kan diri aku beberapa bulan sebelum tu..hahahahahaa



dan sambil-sambil menunggu masuknya waktu solat, bergambar sana sini lah kan. aku sempat lah bedal eskrem magnum. muahahhaa







ini dia Duck Tour di dalam air...huhuhu atas darat xsempat snap lah kot....depa leka amik video jek



dan lepas maghrib terus cargas ke Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung. masa kitaorg sampai org belum ramai, almaklumlah kat melaka kan masuk waktu maghrib cepat dan masuk terus jek solat & gerak. xke awal..hahahahaa



muka boring menunggu. tapi kali ni xtunggu lama mana pon. xsempat lah angin baran tu naik sampai atas kepala kan.hahahaha, ok meh tgk apa yg kami order malam tu



sotong goreng tepung



air 3 jag, 2 jag limau ais, sejag air tebu...nyum nyum kembong air jek lah hari tukan




pahat masak cili



udang sambal ke sweet sour..lupa sudah sbb bukan aku order




ni kicap & nasi lemak cyana lima kupang wajib lah kan..kalo takde, kompem lah rasa tak lengkap




masing-masing tayang muka boring sbb gigih nk tunggu semua lauk sampai baru leh makan

eh silap ni tym depa tunggu nasik putih. yolah derang kan nk balik KL,

mau sawan mengantuk kalo makan nasi lemak.

nasi lemak tu aku jek tala sorang2. ahaks tapi aku bedal sebungkus jeklah, bukan nk cover tp sbb nk ratah lauk-lauk tu kan


ikan siakap 3 rasa


ikan pari bakar



tak lupa sayur kangkong goreng belacan



dan bila nasi putih sampai semua senyap jek..

tak sampai beberapa minit..

\fouuuhhh/

sekejap jek dah licin


see.....

air pon abis...dan kos semuani hanya RM 130 jek.

korang rasa murah ke x?

7orang punya melantak.

sampai kene paksa sekor2 sumbat lauk2 tu. yolah kan petang tu baru melantak kat pantai puteri.



aku terus balik ke Alai. tak sampai 5min kan. kesian kat depa sbb terpaksa mengharung 2jam lagi tok sampai KL. nk buat camno....sampai rumah, melayan drama kat TV dan lepas tu mak aku balik..sambung sembang sampai mata ni memberat xlarat nk angkat. hahaha tidur kekenyangan.


dan sesiapa nk ronda2 melaka..blh roger aku..hahahahaa

Comments

Marvic said…
kpg ko kat Alai ke Yun? aku pernah gi dating makan ikan bakar kat area situ... hahaha..sengal jauh giler aku nak gi dating kan... :p
Yun said…
yupp kg. aku kat alai yo... cehh aku tau..ko sanggup dating jejauh sbb nk mentekedarah ikan bakar kan..hehehee

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…