Skip to main content

Pasar Malam

Semalam aku beli 2 ekor ikan selar, sekeping ikan tenggiri, 5 ekor sotong dan xsampai 20ekor udang yg sedang-sedang jek size dia....semua ni berharga RM19.80..syabas!!!!!!! dan aku beli 4 ketul ubi kentang, 7-8 ulas bawang besar & lebih 30biji bawang merah dan cili giling sebungkus, semuanya RM7.80, syabas kali ke-2. dan aku pon ke kedai sayur, pilih beberapa batang kacang buncis (utk sekali makan utk 2org jek)+ 1 batang carrot + sepotong kecil kubis bunga, sebungkus cendawa & sebungkus tempe & 6 biji cili hidup yang semuanya berjumlah RM9.00. total semua adalah RM36.60

Aku rase, lebih baik aku tapau jek meehon sop (isnin)-RM3.50, nasi ayam kukus (Selasa) - RM 5, Nasi goreng + telur Dadar (rabu) RM4.5, char kuew teaw (khamis) - rm4 dan Nasi kerabu (jumaat)-RM5.50, yang baru berjumlah RM22.50. Jimat masakan tak payah nak berlengas-lengas kat dapur. huh~ emo aku jadinya. takpakkalah aku nye tekak ni problemo kalau time puasakan, tengok makanan kat pasar malam mmg xlalu, singgah kedai pon lagi lah...nak tak nak kena masak kan...aiyooooooooo....

so kalau tapau jek aku jimat RM14.10 dan 7.5jam untuk 5hari. (Sejam ni, RM180 tau) hehehehee

dan bukan kisah pasar malam, aku just pegi beli sedikit barang dapur, alah takat minyak masak 500ml, maggie 3bungkus dr 3jenis, air mineral 10 botol 1L, ridsect, clorox, ubat lipas+semut, mayonis botol paling kecik dan brand saji jek pon, susu pekat manis brand jusco, dan kena charge RM63.++. Naik jibul jugak lah aku dok belek resit tu..hehehehehe

Nota kaki: aku nak kata barang adalah sangat mahal sekarang. SEKIAN

Comments

cyanamoose said…
syabas sbb beli bg dapur byk2 bley la ko tapau ari2 p opis.. hahaha
Yun said…
ish ish....nk suh aku masak pepagi buta? so not me ok! kalo mau..meh dinner kat umah aku..hahaha tu boleh..ahaks
semut-terbersin said…
hoh aku beli barang nak buat mee goreng je pon tuk brekpes pagi tadi total rm10.50..lebeh baiklah aku beli mee goreng rm1, 2 bungkus baru rm2 kat gerai bawah tu..lagik jimat! hish mmg laa barang sangat mahal skang ni!! tsk
Yun said…
ha see, mcm mane lah org tak ramai kat kedai makan kan....coz beli kat kedai yg dah siap lagi murah kan...sob sob..mahal sgt lah....sekeping ikan tengiri yg belum di goreng or belum jadi masakan adalam RM4. ko tak rase cekik darah ke? sob sob
sudipVSsenduk said…
salam ziarah,
sekarang ni kalau bawak $50 ke pasaraya, cuma 4 ke 5 ketul je barang dalam bakul tu, huhuhu
Yun said…
saya setuju sangat dengan sudipVSsenduk. RM50 mcm bawak duit RM5 zaman sekolah jek.

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…