Skip to main content

Rojak pon sodap :P

Terlampau banyak cerita tertangguh dan dah xtau nak mula yang mana satu pon. maka aku ambil pendekatan belasah ajelah..janji ade story mory in the morning glory utk harini yek.

gambar atas ni masa unit aku buat makan breakfast nasi lemak. merasa lagi suasana macam kat Bernas dulu.hehe cuma tukang masak bukan kak maznah lah kan. style sama. boleh masak kat opis..hehehee

ni masa best fren aku kawen. sape lagi kalau bukan si amy. yupp semua geng dungun panggil dia amy kembang..hehehe bkn sbb dia kembang sbb rambut dia dulu kot..ahaks..mcm2 zaman tu kan. dah selamat pon jadi isteri orang kan. semoga mereka berbahagia dan kekal hingga akhir hayat. amin


tak lama lepas tu, 12 okt sampai 14 okt ada sukan kampeni aku utk kontinjen semenanjung..cehhh jadi atlit plak aku kat sini kan. asalnya tak join tapi bila tarikh tukar dan ada yg tarik diri..aku pon grab je lah offer. kalini buat kat uum sintok, kedah. happening habis lah and enjoy sampai masing2 balik dengan suara rock!
aku masuk games tak lain tak bukan..badminton ler kan..ni lah mimie...partner aku utk games  badminton tu..hehehee cayalah...
ni sebelum bertolak kat opis HQ. alamak tudung tersama plak ngan damia...huhuhu layan kan jek..buy one free one..uhuk

yang ni masa lepas wedding si amy, malam tu aku lepak ngan khatul & lyza, teringin nk makan roti john semabok..layan.......licin semuanya kami bedal...huhuhu

ni masa baru sampai kat UUM. amik ko cerita mmg rojak. malas dah aku nk susun gambar kan..layan kan je...
dan inilah team badminton HQ. cehhhhh walaupon comel2 belaka....awas ya.....size ketinggian bukan ukuran..uhuk
ok bangga dengan medal masing2. tak sangka dan tak sia2 sesi latihan yg agak main2..hehehe kami menang tempat ke-2. cewahhhh lawan dari pagi..final nk dekat kol 12am. giller seharian hokeh.....
ni malam sebelum bertempur..terapi perut dulu..kasik kenyang...majlis makan malam para atlit namanya..hehehehe
tahniah team badminton....cayalah! taun depan kita kaut emas plak yek.
dan ni hanya gambar poyo masing2 yg jeles tgk wilayah lain posing...

Comments

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…