dan nak dijadikan cerita 3minggu sebelum kejadian, kami pon tiba-tiba macam stress kerja, nak larikan diri seketika dari kerja, maka buat kerja gila, skodeng Air Asia. website AA ni memang tempat melampiaskan stress kerja aku rasa..asal stress je tengok tiket..kadang-kadang tak beli ponn..kah kah kah sekadar nak melegakan perasan, walhal lebih baik ambil al-quran baca...lagi menenangkan..biasalah..aku manusia biasa.
dengan tiada bajet yang spesifik dan tiada dalam kamus bajet tahunan. makanya, dengan gamble beli tiket dan cari pakej sebab malas nak servey sendiri tempat lawatan, penginapan dan kenderaan. masa dah suntuk, maka cari ajalah travel agen kan..mudah. Alhamdulillah mudah je, walhal kami tawakkal je sebenarnya, bayar deposit and dekat airport Aceh, berdebar lah jugak, mujuk ada sepanduk DIANA...huhuhu
Percutian singkat 4H3M, sempat jugak ke Sabang, Pulau Weh. Sabang ni aku rasa, wajib datang lagi, sebab tak puas..huhu boleh terjun untuk snorkelling depan tempat pengipan..best yang amat!
ok, pakej yang kami ambil ni RM490 sahaja untuk 4H3M yang mana termasuk makan dan minum, penginapan, ferry ke sabang, kenderaan. syiok tak? tak payah pikir nak makan apa dan di mana.
Jangan Tanya aku macam mana menyimpan untuk bajet bercuti, biasanya aku memang takde spesifik menyimpan untuk percutian, kalau tiba-tiba nak pergi, apa yang ada aku gunakan. kalau dah beli tiket bulan ni, guna balance gaji bulan ni, maka pandai-pandailah aku jimat untuk makan ke, minyak kereta ke dan lain-lain....dan seterusnya...memang aku tiada dana spesifik ya. tapi Alhamdulillah rezeki tu insyallah akan ada. dan gaji aku pon kecik je...tapi ni praktis aku since gaji aku RM1500 dulu. sama je...dulu naik AA sekarang masih AA jugak.
Sampai je dari airport kami ke singgah dahulu di kuburan masal siron. tempat kuburan mangsa tsunami terbesar. di sini, kesemua mayat di tanam beramai-ramai dalam satu tempat. Siron ni nama kampong, tempat ni kuburan paling besar yang menyemadikan 46ribu lebih mayat. dan ada lagi beberapa tempat lain. dan mengikut tourist guide kitaorang beberapa hari sebelum kitaorang sampai, orang kampong dia gali pagar sebab nak betulkan, terjumpa lagi mayat, kiranya masih ada lagi mayat-mayat yang belum dijumpai walaupun dah hamper 10 tahun.
Aku ingat lagi masa kejadian, aku memang tak tau, sehingga membe aku kat UK roger kat Skype, orang jauh yang tahu dahulu Nampak sangat tak suka tengok berita...kekeke yolah rumah sewa masa belajar mana ada TV. logikkan.
Aku pergi bertiga, Aku, DD dan ika.
ni dekat kapal terdampar. memang tak boleh alih dah, jadilah muzium. kejadian ni, ada kebaikkan dan ada kemudaratan. mengenangkan kejadian, memang sedih pada mangsa-mangsa yang kehilangan ahli keluarga, fizikal badan jadi tak sempurna, dan macam-macam lagi.walaupaun kini, aceh dah kembali pulih dari segi pembangunan tetapi kesan pada jiwa-jiwa mangsa memang boleh dilihat lagi.
Kebaikan dari kejadian, pembangunan Aceh lebih baik dari sebelumnya, penduduk pun berpeluang untuk mendapat pekerjaaan kerana industry perlancongan makin berkembang. kesan-kesan tsuanami semuanya dijadikan bahan sejarah dan tempat lawatan.
di kuburan masal siron
Macam bercuti dengan MakBapak plak..kekekee
hari pertama group aku combine dengan pakcik dan makcik ni, cool pakcik ngan makcik ni, travel berdua je. dan merata tempat dia dah pergi. katanya bulan depan ke Palembang dan sebelum hujung tahun nak ke turki. London, jepun, korea dan byk tempat lain pon mereka dah sampai. selagi ada kesihatan, itulah impian mereka. suka sangat style mereka berdua, xnampak mewah sangat tetapi simpan sikit-sikit insyallah mampu ke mana-mana katanya. kagum kami bertiga. sebenarnya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. selagi kita bagi alasan memang tak kemana lah jawabnya.
Dan lain-lain nanti aku ceritakan.