Skip to main content

Mengimbau kisah tsunami di Aceh

Jalan-jalan sambil mengimbau kisah tsunami. Percutian yang tak dirancang sebenarnya, maksudnya tiada dalam calendar percutian tetapi Berjaya dilaksanakan. hehehe abaikan. Kisahnya, masa kelas undang-undang syariah, ustaz adalah cerita berkenaan perlaksanaan syariah kat Aceh ni. Contoh macam solat jumaat, adalah pegawai wanita yang akan kejar lelaki-lekaki yang tak solat jumaat. sajalah aku dengan DD nak ke sana sambil-sambil mengimbau kisah tsunami. dari dulu lagi aku nak pergi, selepas berlakunya tsunami tu, tetapi tiada geng yang ada tujuan yang sama untuk ke sana, maka KIV lah sehingga kini. :D

dan nak dijadikan cerita 3minggu sebelum kejadian, kami pon tiba-tiba macam stress kerja, nak larikan diri seketika dari kerja, maka buat kerja gila, skodeng Air Asia. website AA ni memang tempat melampiaskan stress kerja aku rasa..asal stress je tengok tiket..kadang-kadang tak beli ponn..kah kah kah sekadar nak melegakan perasan, walhal lebih baik ambil al-quran baca...lagi menenangkan..biasalah..aku manusia biasa.

dengan tiada bajet yang spesifik dan tiada dalam kamus bajet tahunan. makanya, dengan gamble beli tiket dan cari pakej sebab malas nak servey sendiri tempat lawatan, penginapan dan kenderaan. masa dah suntuk, maka cari ajalah travel agen kan..mudah. Alhamdulillah mudah je, walhal kami tawakkal je sebenarnya, bayar deposit and dekat airport Aceh, berdebar lah jugak, mujuk ada sepanduk DIANA...huhuhu

Percutian singkat 4H3M, sempat jugak ke Sabang, Pulau Weh. Sabang ni aku rasa, wajib datang lagi, sebab tak puas..huhu boleh terjun untuk snorkelling depan tempat pengipan..best yang amat!

ok, pakej yang kami ambil ni RM490 sahaja untuk 4H3M yang mana termasuk makan dan minum, penginapan, ferry ke sabang, kenderaan. syiok tak? tak payah pikir nak makan apa dan di mana.

Jangan Tanya aku macam mana menyimpan untuk bajet bercuti, biasanya aku memang takde spesifik menyimpan untuk percutian, kalau tiba-tiba nak pergi, apa yang ada aku gunakan. kalau dah beli tiket bulan ni, guna balance gaji bulan ni, maka pandai-pandailah aku jimat untuk makan ke, minyak kereta ke dan lain-lain....dan seterusnya...memang aku tiada dana spesifik ya. tapi Alhamdulillah rezeki tu insyallah akan ada. dan gaji aku pon kecik je...tapi ni praktis aku since gaji aku RM1500 dulu. sama je...dulu naik AA sekarang masih AA jugak.
 
Sampai je dari airport kami ke singgah dahulu di kuburan  masal siron. tempat kuburan mangsa tsunami terbesar. di sini, kesemua mayat di tanam beramai-ramai dalam satu tempat. Siron ni nama kampong, tempat ni kuburan paling besar yang menyemadikan 46ribu lebih mayat. dan ada lagi beberapa tempat lain. dan mengikut  tourist guide kitaorang beberapa hari sebelum kitaorang sampai, orang kampong dia gali pagar sebab nak betulkan, terjumpa lagi mayat, kiranya masih ada lagi mayat-mayat yang belum dijumpai walaupun dah hamper 10 tahun.
 
Aku ingat lagi masa kejadian, aku memang tak tau, sehingga membe aku kat UK roger kat Skype, orang jauh yang tahu dahulu Nampak sangat tak suka tengok berita...kekeke yolah rumah sewa masa belajar mana ada TV. logikkan.
 
Aku pergi bertiga, Aku, DD dan ika.
ni dekat kapal terdampar. memang tak boleh alih dah, jadilah muzium. kejadian ni, ada kebaikkan dan ada kemudaratan. mengenangkan kejadian, memang sedih pada mangsa-mangsa yang kehilangan ahli keluarga, fizikal badan jadi tak sempurna, dan macam-macam lagi.walaupaun kini, aceh dah kembali pulih dari segi pembangunan tetapi kesan pada jiwa-jiwa mangsa memang boleh dilihat lagi.
 
Kebaikan dari kejadian, pembangunan Aceh lebih baik dari sebelumnya, penduduk pun berpeluang untuk mendapat pekerjaaan kerana industry perlancongan makin berkembang. kesan-kesan tsuanami semuanya dijadikan bahan sejarah dan tempat lawatan. 
di kuburan masal siron 
Macam bercuti dengan MakBapak plak..kekekee
 
hari pertama group aku combine dengan pakcik dan makcik ni, cool pakcik ngan makcik ni, travel berdua je. dan merata tempat dia dah pergi. katanya bulan depan ke Palembang dan sebelum hujung tahun nak ke turki. London, jepun, korea dan byk tempat lain pon mereka dah sampai. selagi ada kesihatan, itulah impian mereka. suka sangat style mereka berdua, xnampak mewah sangat tetapi simpan sikit-sikit insyallah mampu ke mana-mana katanya. kagum kami bertiga. sebenarnya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. selagi kita bagi alasan memang tak kemana lah jawabnya.
 
 
 
Dan lain-lain nanti aku ceritakan. 

Comments

kemucup layu said…
hebat!..jalan jalan aja uol...
Nor Diner said…
Salam cik adik,sy kak nor, t.k bgi akak baca blog adik yg cantik tu..boleh akak minta alamat,no tel atau web pakej adik ke Acheh sb terasa nk gi pulak, kak nor 0177130602 / nordinerbp@gmail.com.

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…