Skip to main content

Rasa Ini

Pernah tak korang mengalami situasi sebegini....

Satu

Orang yg nak kate xkenal tu tipu lah..nak kate kenal sangat tu takdek lah rapat..TAPI kenal lah kirenye...contohnya, mcm yg sepejabat lah kan. Kire dia tak tau umor ko, & ko pon Tak tau umor dia...adakah secara automatik ko akan panggil dia Kakak or Makcik ke? hahaha sedangkan dari segi muka, ko leh tau dia tu nampak muda.

Dari pandangan aku, aku takkan panggil org tu kakak, kalo aku mmg xdek kepastian di tu kakak, panggil nama jek aku dah rase MEMADAI kan. tapi kalo dah umor ko sendiri 30 dan ke atas, tetibe ko nak panggil org yg ko rase sebaya/bawah usia ko tu kakak...wat the ****lah kan..perasan ko muda lagi ke? Bukan lah nak sensitif ke ape...i don mind ko nk panggil aku kakak ke ape kan...tapi ape pasal yg Tua dr ko, ko panggil name je kan...serius aku TAK PAHAM kerenah manusia ni..dia pikir macam mane ek..

abaikan aje rungutan aku ni

Dua

Penah tak korang rase serba salah, nak salam je ke, ke nak salam peluk2 [owh ni yg same jantina ok!]. Aku selalu mengalami masalah TAK RETI nak bace body language org. hahahaha ke aku ni mmg kurang sifat sensitif terhadap persekitaran or kurang nye daya peka terhadap perasaan org laen kot. Aku hny akan salammpeluk2 ngan org yg mmg rapat ngan aku & dah biasa. tapi bg org yg baru kenal ke ape ke mmg payah lah...sbb aku tau kalo aku over nk salam peluk2 kang ade yg xselesa plak. tapi bila ade org utarakan isu aku TAK MESRA sbb xsalam peluk2 ngan dia...huh** mula lah aku nk MENGemo kan diri aku kan....

pada aku, xpeluk tu xbermakna TAK mesra ok! Mesra tu kan subjektif.

Ini pon nak dijadikan ISU

Tiga

penah tak korang jumpa org yg bila korang tegor, xkire lah ketika terserampak atau ketika di alam maya atau di alam gelombang, tapi dia xreply or tak bagi response or xjawab langsung pon..kire dia wat donno jek kat ko..TETAPI...tetibe, bila tym mood dia nak tegor ko..tapi dia memulakan dengan Ayat..."Sombong nya kau" adakah ini bermaksud./..dia memaksudkan diri dia yg sombong atau dia betul2 mengata ko yg Sombonh..serious aku xpaham topik kehidupan ini.

Kebiasaanya, aku hny akan tersengih atau aku hanya reply :) ajek. adekah dia akan paham yg aku mmg mengaku aku ni sombong.tapi hakikat nye...aku sedang memerli dia ketika itu.

Esok aja aku sembang lagi

Comments

cyanamoose said…
emosi di pagi senin.. hehe
Kenanga said…
yg nombo 1- biasa alammi...tapi dier panggil ai adik...auuummm

yg nombo 2- NAN ADO..tapi dgn 'insan istimewa' dah tatahu nk pelok tang mana...wooff..wooff!

yg nombo 3- sudah biasa...tu pasal aku xsuke YM..
Yun said…
you jadik adik? mmg org tu bute kot...ayak dah nk kering..adik ke bende nye kn

alamak...insan istimewa tu..you xptt publish sini..sbb sini ramai under 18 :P

owh you suke email berantai lah ek?
didi said…
cara org nk tego ko tu. walopun leh je contact tp nk gak ckp ko yg sombong.pd hal die yg x kontek sape2

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.