Skip to main content

Cita-cita

Cita-cita aku ape ek?

owh kalo bercerita pasal cita-cita kene lah flash back ke zaman kanak2 ribena kan...skrg ni cita-cita dah ke laut lah.hukk...

bak kate didi, cita-cita kita akan di coret kan ke dalam kad biru pelajar pd setiap tahun. aku tak paham lah kenapa, tiap-tiap tahun kene isi..hehehe yolah, kan senang sekali jek isi mase darjah satu, aku blh fokus pd cita-cita ku yg satu.dek kerana setiap taun kene isi, makanya, aku mulalah jadik tidak tetap pendirian..keh keh keh.

seingat aku lah, sbb aku nye kad biru tah ke mana tah. dulu mmg simpan maybe dah terbuang sekali masa kemas rumah besar-besaran tym kenduri kawen adik aku 2taun lepas kn. aku rase aku penah tulis, yg cita-cita aku nak jadik cikgu tadika. mungkin pada ketika itu, aku baru jek abis sekolah tadika yg memorinya sangat indah dan kebetulan aku merupakan anak kesayangan cikgu aisyah [aku xtipo ok, kalo korang jumpe dia skrg & sebut name aku kompem dia akan tersenyum..hehehe dulu tym kecik2 aku kaki bodek..maybe celoteh aku cam bertih jagung tu kot], sbb cikgu aisyah tu baik, aku rase nak jadik seperti beliau yg bersungguh2 mengajar kita org menggunting kertas, bermain dam [owh ni tipu, aku curik2 bawak dam kertas yg di beli dengan harga 80sen tu ke sekolah], belajar kutip sampah & belajar main segala jenis permainan yg ade dlm sekolah kemas aku ketika itu. seronok dowh.dan paling penting mengajar aku mengira, membaca & mengaji.

dah selepas itu, semasa darjah satu ke darjah dua, tak berapa nak hengat lah plak, pihak sekolah ade menjemput badan beruniform utk memberi penerangan & menganjurkan pameran. selepas itu mmg cita-cita aku terus berubah utk menjadi seorang anggota Bomba & Polis. di mana pada masa itu aku rase, Anggota bomba tu paling hot. hahaha mungkin brother yg memberi ceramah or yg menjaga barang pameran tu agak hensem kot. tu yg aku berazam nak jadi mcm dia..kerana bkn utk menakel dia kot, sbb aku buta hati lg tym tu..ngak tahu ape itu cinta....mungkin nak kelihatan cantik...seperti dia kelihatan macho dengan uniform nye, seb baek bkn pramugari yg datang, kalo TAK lagi lah dasyat aku punye verangan. Polis tu, rasenye aku nak jadik polis traffic kot..sbb leh naik motor besar..giller kan..kecik2 dah verangan nak bawak motor besar..pd hakikat nye kini..jgn ckp kan motor Lagenda bapak aku tu..lesen motor kapcai pon aku TAK DEK..wakakakaka... Ha xlupa jugak, aku penah jugak menulis yg aku ingin menjadi seorang juruteknik. sbb tym tu bapak aku seorang Juruteknik, bila pegi ke opis dia sekali sekala, aku rase best giller. begitu aku menyanjung tinggi bapa sendiri. yolah ayah aku kan hero aku sbb selalu tolong siapkan kerja sekolah tadika aku..& dpt lah aku bintang beribu2 di dalam buku..hehehe pdhal hasil dr bapak..mau tak teror kan. Bukan takat sekolah tadika... mase nk UPSR punye latih tubi pon bapak aku yg tolong setelkan...hehehehe

& selepas itu, bila dah makin dewasa, aku makin rajin menemani ayah aku ke bank. dari situ aku mula lihat, bekerja kat bank ni, lebih cool...sbb ddk dalam aircond, lantas, aku yg xtau ape profession yg sesuai di bank & melalui pembacaan buka kanak2 riang yg dibeli oleh ayah mahupun yg aku bace dari perpustakaan, yg aku selalu lihat, adalah perkataan Pegawai bank, maka dari situ aku mula menukar cita-cita aku utk menjadik pegawai bank. lebih2 lagi aku mmg suka main pondok2 eh silap main jual beli ngan geng2 aku kat kampung. yolah dulu mane mampo nk beli set permainan..semua traditional method..even nk main congkak pon aku korek lubang kat tanah ok, & pungut lah biji getah kat umah pakcik ghaffar.

kekal lah cita-cita aku sebagai seorang pegawai bank. apabila meningkat dewasa & masok ke sekolah yg blh tahan femes kat melaka [kat melaka jek ok]. aku mula belajar erti kehidupan yg lebih matang, & cita2 aku telah berubah utk menjadi Akauntan. tetapi hakikatnya, aku bkn tau pon apekah job scope nye kan..belasah jek..yg aku tau ianya, melibatkan kira2 duit...giller mata duitan kan..tetapi aku frust sbb kena tukar cita-cita lagi setelah masok ke ting 4, di sebabkan aku masuk ke kelas sains yg hampeh, xdek subjek prinsip akaun. makanya, aku mula terumbang ambing ngan perasaan sndr, apekah sebenarnya yang aku ingin kan. & aku telah menukar cita-cita ku utk menjadik seorang Jurutera, pd hakikatnya, aku xtau Jurutera ape kah yg aku nk jadik, ni pon sebab aku suka sangat ngan Subjek Fizik bkn suka pd cikgu yg mengajar fizik ye....& akhirnya, totally berubah bila dah mula menempuh alam sebenar..iaitu masuk ke universiti...& aku memilih Sains Komputer..hukk22 ape ke menatang nye pon aku xtau....& abis jugak aku belajar & jadik lah aku programmer cabuk sebagai pekerjaan...cita-cita tah ke mana dahhhh...tapi aku bersyukur jugak...sekurang2 nya..dengan bercita-cita dulu, dpt lah aku berangan di zaman kanak2 riang ku..hehehhehee

DAN ape yg aku perasan, cita-cita di zaman kanak-kanak di perangaruhi oleh persekitaran. Dan aku pasti budak zaman sekarang punya cita-cita mmg te-ba-bo lah...sbb mereka sekarang terdedah ngan persekitaran yg sangat berbeza ngan zaman aku dahulu.skrg ni zaman yg semua benda di hujung jari..click aja.. & tanya aja pd mr. google kompem dia akan membantu. tapi sekurang2 nya aku xpenah ade cita-cita gila seperti aku pernah gelakkan rakan sekelas aku yg nak jadik ultraman Taro. serius aku xkan lupa pd si Nasir, wakakaaka lawak dowh..sampai tua aku akan ingat. Kalo nak jadik Satria baja hitam tu kire hot lah jugak sbb ade motor mata belalang yg cantek kan..keh keh keh..nk jadik ultraman yg asik2 lampu merah...tetttt..


ok lah..dah abis sengeh sendirian..aku mau tido...

Nota kaki: ok lah cikgu sila cek hasil karangan saya ni k!

Comments

cyanamoose said…
kalo ko jadi ahli bomba...sure macho. sbb pompuan tk ramai join bomba... bley ko spy kenanga kasi segar...tkpun kenanga terus layu...aiyak terleby

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…