Skip to main content

Sendiri CARI susah

Isnin lepas, aku dah buat satu kesilapan atas kelalaian sendiri. Makanya, bila sendiri buat salah, sendiri lah kena rela menganggungnya kan.

Kesalahan itu tidaklah besar mana, cuma ianya memang lebih besar dari kuman & ianya mungkin akan menjadi sesalan sekiranya ape yang dibayangkan menjadi kenyataan.

Aku mengaku aku ni bukan lah jenis yang terlampau teliti & tidak pula tergolong dalam golongan yg tidak teliti langsung kan. Cuma aku ni selalu masok golongan orang yang terlalai or terlepas pandang.

Ahad malam, problem aku tidak dapat tac yg direquest dr maybank2u...dah lah mengantok & penat, system tu plak buat hal. End up aku give up & terus tidur kepenatan.

dan paginya, aku terlambat bangun, xdek lah lewat mane..cuma jam dah nak ke pukul 7am..cuak aku sekejap. paham-paham lah kan..cuak sebab dah terlewat nak subuh & terlewat nak pergi kerja...kekeeke..sampai opis, nasib baik lom lewat lagi :) terus menyelesaikan kes tertangguh malam tadi..terpaksa menaip balik from the beginning utk booking ticket flight tu, & di situ lah aku buat kesilapan, sbb terkocoh-kocoh dek kerana kelaparan & nak cepat siap.

Kesilapan aku adalah, aku tersilap masukkan nama salah seorang peserta, adoiyai! sengal sungguh aku..macam lah aku boleh terlupa nama kawan sendirikan....hai hai hai....maybe aku tengah mengelamun mengingatkan Mimi Spana kot..tu yang leh tergabung kan nama Si nik dengan Mimi spana..serius lawan....& nasib baik IC number dia betul...

jenuh lah aku call airsia...dah lah talian berbayar ye..RM1.95/min...mahal uols, rabak lah bill aku..menunggu sket punye lame kan...yg layan macam hampeh...suh aku fax kan jek IC number nnt dia proses. Aku tanya nak Att: kat siapa, dia kate xperlu, pelik ak..cuma letak booking number jek..aku pon fax kan lah setelah mendpt kan photocopy ic si nik tu. sampai lah selasa petang, aku tgk xberupdate jugak, aku call semendang kene TUNGGU. aku xmo lah bill aku melambung2..aku nekad ke KL Sentral utk selesaikan ape yang patut.

Makanya lepas kerje semalam, aku ke KL sentral, masa amik number, aku dpt angka giliran 1678 & mase tu baru no. 1436 [serius aku ingat ok], aku siap pergi sembahyang asar, baru gerak 1 no.haih..perut aku dah berkeriuk-keriuk bunyik nih..aku pon pergilah mencekik kedarah dulu..adelah dalam 45min aku makan..sampai balik..huh baru 20lebih gerak..dah nak giveup pon ye jugakk..tp malas nak datang lg punye pasal, tunggu jek lah,

lepas tu ade lah sorang mamat ni dah xlarat nak menunggu telah offer number dia kat aku, aku pon amik jek lah kan...no dia 1498, huh....mase tu baru kol 6.30pm, makanya aku terus berdiri menunggu dengan sabar. huh...lepas 45min baru sampai no tu..akhirnya, xsampai 3min masalah tukar name tu setel..& tiada bayaran di kenakan sbb no ic nye betul..kekekekekee

MAKANYA, setel masalah betulkan ejaan nama. dan jangan ulangi kesilapan begini pada masa akan datang,

kalau ada masalah ngan tiket Airasia sila lah call

600 85 9999 (Premium Customer Service Line)
Operating Hours: 7am - 7pm
Available from Malaysian telco – Telekom, Celcom, Maxis & DiGi
Charge: RM 1.95 per minute

diingatkan RM1.95/minut yeee kengkawan. kalo tak sila ke kaunter yang berhampiran, Setau aku kaunter dia yang mudah di KL Sentral, LCCT, Subang aiport & Berjaya groups building..maybe dekat times square.

Nota kaki: sangat mudah membeli tiket flight dengan maybank2u...huhuhu

Comments

Kenanga said…
Bravo miss yunio kantan....tgu nama si Pop plak...ejaan dier pelik skit..**matilahh
Queenin Murni said…
ko pakai no mamat tu ke? kan no dia lagi besar no ko. :P
Yun said…
1498 dengan 1678...mane lg besar?
bace bebetul...:P
cyanamoose said…
cayalah kantan...anda telah berjaya bersabo dengan sabonya... ahaks

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…