Skip to main content

Iftar @ Warung Dusun

Sup Gearbox, menu utama berbuka ahad yang lepas.

Kali ni, hanya Aku, Dewi,Jijo, Sazz & Adi sahaja yang menjaya Majlis berbuka puasa GGO. Diz time dewi yang uruskan semuanya, dari pemilihan tempat & membooking tpt & mengorder makanan berdasarkan ape yang diingini oleh tekak para ahli yang lain.

Walaupun berlima sahaja, tapi lauk pauk penuh satu meja. Mak datok ai, takut jugak xbais, tapi name pon ahli GGO yang bernapsu serakah pada makanan...makanya, alhamdulillah semua makanan licin di pinggan, penuh di lima perut manusia. ahaks.

tetapi, kami xreti makan sup gearbox, makanya, sup aja abis, tp kami xreti nak korek daging & lemak2 yang tersedia..huhuhu

ok selain tu, kami jugak order siakap sweet sour, hari2 makan siakap..miahahahahaa
owh finally, dpt jugak tekak aku di basahkan ngan tomyam di kala bulan puasa...mmg aku mengidam dr awal puasa, tapi dek kerana kedai makan bawah umah aku ni bukak lepas berbuka & akdang2 xbuka...maka, memang payah utk aku tapau tomyam utk melempiaskan keiinginan tekak yg meminta tomyam sedap di bulan puasa. tapi di akhir2 ramadhan dpt jugak. Nak masak sendiri adalah malas ye, sebab aku nak makan sorang2 jek pon kat rumah tu...buat membazir jek nnt.
kailan belacan, sotong kurus goreng kunyit [maybe sotong ni pon berpuasa kot, sbb tu dia kurus..huhuhu] daging masak merah [maybe, sbb aku xtau daging masak ape]
dan daging salai special, owh kalo ke warung dusun ni toksah lah carik daging salai special, sebab memamng xdapat di kedai ni..ni di pikul special oleh mr.adi dari sunway pyramid..huhuhu dah mula2 kitaorg yg innocent kene tipu dek Adi ngan sazz, ade ke patut dia kate tu kurma penyet...serius lah kan, aku dewi & jijo yg innocent ni percaya dalam terpaksa, last2 bila berbukabaru tau..wakakakaaa
Selain tu, ade jugak telor bistik yang serupa telor dadar rendam dalam sos..miahahaa seb baek aku mmg betul2 teringin nak makan telor..layan kan ja...
owh lepas tu ade 10 papan otak2...abis semua kami melantak sampai lupe nak snap gambar nye..huk22...ke semua makanan abis tanpa sebarang pembaziran..alhmadulillah rezeki hari tu....tp yg lucky nye, total makanan + air hanya rm73...tidak seperti dewi makan suatu ketika dahulu..berdua jek dah kene rm48. maybe ko dtg makan sambil dating kot dewi, tu yang pakej dia mahal..kalo datang makan & amik pakej family mcm kite haritu, kompem murah..ahaks....

Nota kaki: overall, sup dia mmg sedap.....makanan lain standard jek lah..xdek lah nak kate sedap sangat or special sgt..sbb menu dia pon template menu kedai makan ala thaikan..kekekeke oklah walaupon xramai ahli GGo yang join sbb ade yang dah pulang ke kampung [upset nye lah..awal bebenor cuti raya...raya sakan lah tu] & ade jugak yg kene outstation..owh sungguh kesian sbb org dah mood cuti dia masih pulun keje...kekekee xpe carik duit lelebih nnt belanja ggo wat jamuan raya k! dan ade plak yang makpak xkasik join..ape kess kan...mcm budak sekolah,,,huahuahua...mcm2 lah

Comments

nyoi said…
siakap sweetsour tu xbanyak kuah..upset!siyes aku xpandai makan lemak daging tu...lenguh rahang menguyah...**matilaa
Yun said…
nak kuah byk masak sendiri ye.

alasan...padahal malu2 nak korek daging tu..nak kunyah lagi lah malu kan..takot org kate ko pelahap..miahahaaha
dewman said…
selaku project manager makan2.. terima kasih kerana sudi hadir.. alhamdulillah rezeki di bulan puasa!
cyanamoose said…
sedy tau last min tk dpt join. kempunan akak mo hirup sup gearbox!!! sure abg soljer mkn sup paling byk. oppss!!!

rindu uols... waaaaa

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…