Skip to main content

Iftar with Atatians

Salam Ramadhan,

ramdhan makin ke penghujung dan makin meninggalkan kita untuk tahun ni [1431H]. Sekejap jek rasenye, malam 10hari terakhir dah tinggal 4malam jek lagi kan utk merasai nikmat bersahur. Ye, kalo Puan Murni berjaya utk tidak sekali pon TERskip sahur, aku pon begitu, even sahur aku xsemeriah dia kan :P. Yupp aku rase boleh di bilang ngan jari berapa hari aku mencekik nasik & lauk pauk ketika sahur, kebanyakkan hari yang tak dapat di hitung dengan jari, aku hanya telan cornflakes yang direndam dalam susu..miahahaa abis lah stok sekotak besar cornflakes aku bulan pose ni..kekeeke tapi aku pon masih pegang rekod xnak kalah, lom penah skip bangun sahur..walaupon kelat mata, gagahkan jugak gigi mengunyah makanan bagi mengelakkan aku menjadi naga di siang hari...ngeh33 teknik2 mengelakkan dari di tambah ngan dosa sbb rase nak telan org..wakaka

ok lah, sebenarnya nak bercerita pasal acara tahunan [aku xpasti tahun lepas ade ke idak majlis berbuka ngan atatians] berbuka puasa Atatians. tahun ni, mira secara tak sengaja volunteer utk jadik organizer. Sebenarnya menguruskan majlis konvo budak tadika adalah lebih mudah dari nak handle ape-ape majlis utk bebudak ATAT [ni bukan nak mengutuk tapi hakikat]. Organizer perlu extra kesabaran ditambah dengan lebih madu di samping mempunyai semangat juang yang tinggi, kalo tak mesti projek tergendala di pertengahan. Ye, kengkawan ATAT ni memang manja2 ye...kalo di post ape dalam page Atat, tak di beri respons, kalo di sms pon buat derk jek..ni nak kene call sorang2 utk tanya kan itu ini dan nak ape..itu ke ini? manja kan? Tapi syabas pada Puan Azmira kerana, kerana projek kali ini boleh di kategorika Projek Mega kerana ahli yang hadir melebihi 30 org ye...total yang hadir adalah 36org, senarai seperti di bawah:-

atat leader, ezan [wife atat leader], mira, wafi [hubby mira], jimmy the pendekar [adik si mira], Aku, Didi, Amir kecik, ruzman, Mr. Kong, Erda, hilmi, Mass, Tora, Yuzzuke, Lily/laili [aku lupe plak name awek si yuzz ni..ampun ya], amir besar, apeng, hani awek si apeng, fizah, sufi, fahmi, Black from Telok Intan, Arai, Aina awek arai, Ejan, Lilia wife si ejan, YB yang datang solo sorok bini dlm gobok kot..miahaha, apis orang minyak yang dtg solo jugak maybe wife dia di bungkus dalam stor kot -hehehe, apis chem,linda, shah KS suami si lynda,irfan anak si lynda, kak lyn, yusry suami kak lyn, insyirah anak kak lyn, irdhan, din lanang dan Kuwe. [ade tak yang aku tertinggal?]

memang satu kejayaan ye...sebabnya, kalo meeting ke leisure trip ke, kalo ade 12org yang join pon dah rase syukur alhamdulillah..miahahaa..aku pon dah jarang join, meeting pon dah malas nak pegi kan..lgpon meeting pon orang yang same jek dtg kan....kekekee...

pada kali ni, buat kat D'Arab Cafe seksyen 7, shah alam. Aku melantak Beriani kambeng 1 pinggan..amik ko, kambeng again...tp kat situ beriani kambeng dia ke beriani ayam ke memang SODAP. Yuzzuke pon suka, even mula rasa was2...ni gara2 ade orang request nak makan makanan Arab...request plak restoran Saba kat Cyber kan..xdapek lah nk propose,.jauh ok! dan mungkin 36org yg dpt join jadik 6org jek nnt kekeke...maka, aku propose lah D'Arab cafe & Ayam penyet/Wong Solo utk mereka Vote...dah ramai nak jadik Pak Arab...maka ke D'Arab Cafe lah tahun ini....

memang dari sampai jek sampai lah kol 9lbh mlm naik kering tekak aku sbb asik gelak...dah lagi spoil menambah perisa, si mangkuk ngan amir kecik dok depan aku ... serius lah, depa ni terlupa makan ubat ikut dos yang ditetapkan...lagi xptt ade ke ptt di mangkuk tu blh plak half day sebab nak simpan energy nak menceceh. lenguh dowh nak gelak...lenguh mendengar aku leh tahan lagi...ni lenguh gelak..dah lah xleh minum kan....seb baek tym makan semua khusyuk...owh serius meriah..ok lah tu jek lah kot.

Nota kaki: Tiada gambar ye, aku xbawak camera & bateri phone aku sudah kong sebab hari jumaat tu asik kene maki ngan user jek..tu yang bateri aku kong tu..miahahaha..tensi makcik! Aku tgu bebudak ni upload gambar nnt aku grab & up kat sini plak

---------------------------------------------------------------------
Ok layan kan gambar kenangan suatu ketika dahulu yang menjadi kebanggaan kami semua bebudak Atat..:D




Dan nak tahu sejarah penubuhan ATAT, sila jenguk ke Wikipedia ni. Gambar aku ade dlm tu, sila carik sampai jumpe..wakakakaa

Comments

Mira Suhani said…
gambar kenangan yg mmg akan dikenang smp bila2..kalo trip lain aku xberapa nk kenang sgt..tp trip ni mmg xkan lupa lgsg

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…