Skip to main content

Selamat Datang 2011

Dan senarai-senarai baru pun di nilai dari sekarang. Sejak awal disember tahun lepah..cehhhh padahal 31 hari yang lepas jek, aku dah start merangka azam aku untuk 2011...ehh silap, masa awal muharram haritu, aku dah mula list down apa yang patut aku capai tahun 1432H&2011M ni.

Bunga api, dah bersepah kat udara tu...amik gambar plak, pakai HP jek..hampeh lah kan...bateri kamera aku tgh charge, td lupe...

Dan kali ini, senarai paling atas adalah untuk menamatkan status bujang aku ni. serius lah, kali ini tak boleh nak main-main dah. sebabnya nanti tak tercapai impian aku yang aku dah tanam sejak aku form 4 untuk aku capai sebelum 30tahun. owh ni tak boleh publish ya. hik hik...tak percaya dah aku, nak melangkah ke angka terakhir sebelum bertukar ke 30-an. Aku bajet, aku masih muda gitew.. well, janji muda di hatikan. Ni kompem ada yang sok sek pasal gossip hangat ni. Alah aku ngaku, memang takde calon lagi, tapi takpa, ade 365hari utk aku dapatkan calonnya kan?apa yang harapkan adalah doa kalian, wahai teman-temanku. ahaks. semoga Impian aku yang satu ni tercapai.

dan impian-impian lain tu biasa aja, xperlulah nak publish kan.

Selamat Tahun Baru

semoga semua nya serba baru..

hati pon mau baru juga ya~~~~

dan mulakan 2011 dengan lagu ni



enjoy

Comments

cyanamoose said…
happy new year babe... aku pun suka lagu senyum tu...layannnnzzz
semut-terbersin said…
happy new year! amin! semoga ko dipertemukan jodoh cepat!..
Yun said…
cyana: thanx babe

ila: owh amin......amin amin ya rabbal'alamin
zakiahck said…
laaaaaaaaa...seme pn layan SENYOM! aku pon! HNY yunn!
Yun said…
well, sharna ikut aku hu.a.ahks...
xhn said…
yun..slmt thn baru.
hopefully jodoh ko dipermudahkan tahun ni.inshaAllah...hanya DIA sebaik2 perancang.
Yun said…
xyhan: selamat tahun baru kpd kamu juga...& amin 4 the doa. amin amin...hehehe
semut-terbersin said…
oh aku kalu dengar lagu ni, msti teringat bapak aku..dia suka nyanyi lagu ni but instead "kacak luar kacak dalam",dia nyanyi "kajang luar kajang dalam" boleh ke? bapak aku mmg suka tuka lirik

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.