Skip to main content

Campur Aduk

macam-macam berlaku beberapa minggu lepas sampai lah semalam. contohnya seperti, mengikuti kelas fotografi perkahwinan anjuran Bro Hasnuddin dari Fototeacher. dah lama nak join kursus ni, tapi jarang sekali kan.once dah kompem date, aku terus pejam mata bayar ajelah. Alhamdulillah memang banyak input. dan aku aim plak nk ke kursus seterusnya. insyallah tak lama lagi lah tu. selain kurus tu, aku pon dah reti kot guna Joomla hasil tunjuk ajar si Sara [bini si gonjes tu], seharian jugak lah berkursus dengan cik kak tu. terima kasih bebanyak ye. segala ilmu yang diperturunkan itu amat lah dihargai. sorry aku ni bukan jenis orang yang suka explore sendiri benda baru. bab basic kene belajar ngan tok guru & then baru lah reti nak explore ape yang patut. lepas tu, kisah huru hara aku yang tak cukup tidur, homework tak siap, jalan jem 2 hari berturut-turut iaitu khamis & jumaat lepas. menunggu album customer yang tak siap-siap dari tokey kedai. dan alhamdulillah siap juga akhirnya. lepas tu belajar cara nak buat red velvet cake. mmg akan jadi lah cake tu bulan depan...ehh ehh kejap lagi dah masuk bulan baru..xlah...dalam bulan april sbb nak buat birthday party mak aku...ek eleh..padahal nk celebrate anak beranak jek pon, tu pon nak kecoh..huhuhuhu dan lepas tu pg belajar cara nak manage duit secara effective..hayooooo..saya memang kena ikut kelas tu sebab wajib utk diri sendiri..huk huk huk...lepas tu sakan main game ayam yun marah Angry Bird kat notebook almaklumlah, henpon xcanggih macam IPAD tu...dan kejadian tragis, bila tengah syiok surfing, notebook aku diserang spyware, hampeh tol lah butikpueri.com ni kan. dan terpaksa hantar bengkel utk beberapa hari, yolah nk tgu budak tech tu ada masa nk layan notebook aku tu kan.lepas tu dengan kejadian minyak keta dd abis...hahahaa bawak botol ke stesen minyak di tengah2 ibu kota ni dengan menaiki teksi, sila marah pada kesesakan lalulintas di KL ni ye. sebenarnya, boleh jek sampai stesen minyak tu, cuma kitaorg xsure stesen minyak tu dekat ke jauh,maka baek parking sesiap, pg carik minyak backup..hahhahahaa dan lepas tu kaki kelenguhan sebab seharian berjalan-jalan di PKNS & warta , Bangi dan kendian sambung ronda-ronda kira batu di Jalan TAR. memang meletihkan tapi sangat berbaloi..sebab dapat cuci mata & dpt beli buah2an. macam lah kat pasar malam bawah rumah takdek ek..kekekeke lepas tu pegi cuci muka dengan Ima dekat melaram beauty house. dan makan2 sempena birthday si Shaqi, adik si sara, dan balik rumah kemas rumah...hohoho kemas macam nak pindah jek rupanya...tapi finally, barang2 guwe dah tersusun cantek..setelah berbulan2 huru hara dek kerana tuan nya yang hilang arah & puncatersangat lah busy dengan urusan duniawi. oh Tuhan, semoga hambaMU ini kembali memngimbangi urusan duniai & akhirat.

Nota kaki: pengalaman minyak kereta abis ni, syiok jugak tapi kena tengah panas terik..masak ranum lah kedua-dua wanita yg anggun jelita...huk huk

Comments

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…