Skip to main content

17 Ogos 2011

Tahun ni hari bertuah aku ni jatuh pada 17 Ramadhan, maka, public holiday utk negeri selangor. yeahhahahahaa...tapi ...tapi aku tak dapat cuti sebab ada Integration Workshop kat KL. sob sob. xpelah kan nak buat camno. dan bayangkanlah, keluar dari KL nak balik ke Kerinchi..hazabnya.....tuhan ajelah yang tau kan.takpe, alhamdulillah sampai rumah sebelum berbuka. dan niat nak tapau kek kat SC depan rumah tu kan. tapi tahap ketaklaratannakmenapak tu sangat lah xleh nak dikata apa..maka...aku hanya tapau




murtabak dekat PARAM jek. huhuhu. boleh lah..dan aku hanya makan separuh..separuh lagi aku bedal masa sahur......syukur alhamdulillah. simple & sederhana kan. jimat duit. hehehee



oklah seperti biasa, terima kasih daun keladi pada semua yg wish. tahun depan jgn lupa plak yek. hehehee alhamdulillah doa taun lepas dimakbulkan dan tahun ni semoga tahap kesihatan aku maintain seperti sediakala.



dan pada yang doa kan macam2 jenis doa...thanks alot..& .amin amin...amin ya rabbal'alamin.



nak membebel banyak pon xdek mood. sbb macam kena balik kedah jek esok..huwaaaaa xmo...xmo..kan malam 10 terakhir ni...tapi apakan daya...ada mereka kesah kan...



dan impian terakhir aku..semoga aku jek yang tahu..muahahaha..oklah..uols...10 malam terakhir ramadhan ni, semoga kita mendapat lebih keberkatan & melipat gandakan amal ibadat bersama2.


Comments

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…