Thursday, November 17, 2011

Yang kecil dibesar-besarkan.

Tajuk ni tiada kena-mengena dengan berat yg dulu angkanya kecil tapi kini dibesarkan oleh digit penimbang yang menipu tu..hehehe dan tiada jugak kena mengena size baju yang kecil hendak di besarkan. tapi topik kali ini lebih kepada sikap manusia yang suka sangat nak memperbesarkan perihal yang sangan kecil seperti kuman.

skop aku tak mau terlalu general dan tak mau terlalu meluas. aku cuma nk berceloteh kisah customer yang suka nak membesar-besarkan hal yang kecil. Ok, aku admitlah

tapi adalah hadnya kan? aku nak kecikkan lagi scope nya.. kepada pelanggan & pelayan kedai makan. tak kira lah ko makan kat hotel ke? mamak ke? restoran exclusive ke? warung tepi jalan ke? dari penjaja tepi kaki lima ke? mana-mana lah kan. dan tak perlulah mengira berapa jumlah wang yg perlu kau keluarkan. banyak ke sikit ke terlampau banyak ke. tapi konsepnya, kita ni sama-sama manusia. kalau setakat ko mintak cawan extra tapi pelayan tu tak hantar-hantar, tak perlulah nak jerit-jerit dan membebel-bebel kan. dah dalam set yg kau order tu tulis satu gelas air air, kalau nk share tu....ko sedut separuh, kawan ko sedut separuh jek. tak pun nak mudah, ko order jek 2 gelas air. senang problem. ni jerit-jerit nak marah sbb cawan extra yg diminta tu xsampai-sampai. hello, ko paham tak ko mintak tolong dia amikkan lagi satu gelas kan? dan dia sendiri ada byk kerja lain..iaitu, byk lagi meja lain yg dia nk kena serve & nak kena lap.lain kali dah tau nk share, bawalah cawan extra dari rumah. dan lagi satu perkara yg sangat pelik, kalau nk minta tolong pelayan tu hantarkan sos, walhal botol sos tu ada jek kat meja sebelah yang dah takde orang. apa salah amik sendiri kan. tak pun pegi jek kat kaunter tanya. maybe lah pelayan tu terlupa..yolah ko suruh dia bawakkan sos, tapi manager dia suh hantar makanan kepada pelanggan. ko rasa-rasa mana lagi penting? sedangkan dalam menu kau pilih tu, takde plak dia tulis perlu makan dengan sos. sos ni tambahan jek. dan utk orang malaysia..aku arif semua benda yg dia nak telah dia nk letak/telan dengan sos. aku tau lah korang akan cakap, korang bayar duit service kan. tapi sebagai manusia, korang patut ada perasaan perikemanusiaan kan. ko dah tengok kedai tu tgh ramai orang, ngan staff dia kejap kehulu kehilir dok serve pelanggan, naka layan kerenah ko lagi. ni nak tambah isu hangat plak dengan mengamuk tak tentu hala dalam kedai tu semata-mata satu gelas kosong or sebotol sos. aiyoooooooo. ko bayangkan lah kat opis, keje ko taip surat tapi tibe-tibe bos ko suruh ko keluar hantar surat dalam erti senang paham, dia nak ko jadi dispatch haritu. ko nak maki tak boss ko?apsal ko tak tengking jek boss ko tu? even mamak tu tersalah hantar order pon, tak perlulah ko nak tinggikan suara kan. kalau ko tak boleh terima, ko panggil jek perlahan-lahan nk terangkan. mamak tu pon dengan gembira akan tukarkan menu ko tu kan. ni ko jerit-jerit maki hamun disebabkan hal demikian yang hanya utk barang berharga rm4 sepinggan. mamak tu bengang..dia pon ludah dalam makanan ko.. ko mau ke? tak salah kan bersikap cool seketika. tak salah nak marah. tapi tak perlulah nak maki hamun sampaikan kedai sebelah pon boleh dengarkan. aku memang meluat lah kalau situasi ni berlaku ketika aku berada di tempat kejadian.

eh..apsal aku emo ek? hehehe ni mesti aku lapar ni....arini malas nk lunch...mlm kang jek lah dinner. tu yang aku meroyan sket ni...

4 comments:

semut-terbersin said...

haa tu lahh sape suh ko tak lunch? diet ke? baik ko pi makan..makan je, ape kesah diet2 ni..dari ko meroyan tak pasal2 dalam office tu kang..
lama tak tgk muka marah cik yunne..rindu..

Yun said...

ila: bukan diet lah. kalo keje kat damansara ni xdek geng. hehehehee tu yg malas nk kuar makan jd nya..then aku xtau mane nk cari kedai makan yg orang melayu boleh makan..hehehe ni muntahlah asik nk cekik kedarah kat old town bawah ni jek....

tu lah...aku xmarah2 dah skrg....cuma aku meluat tgk org nak marah2 orang lain tak tentu pasal..mcm kan dia bagus sgt

xhn said...

ye..sgt setuju!
ni sumer kes org yg berlagak sgt la tu yg leh smpai jd mcm ni..hengat sumer org nk kena ikut ckp dia jek!

Yun said...

zaihan: betul tu :)

Start all over again

Bukan kerja baru ya.. Aku rasa aku masih SETIA... " aku masih setia,  Di sudut hatiku masih percaya....bla bla..aku masih setia..&q...