Skip to main content

Dulu

Hari-hari telinga aku jadi pekak dengan lagu " Awan Nano" tak paham aku apa maksud lagu ni kan. memang lah boleh layan lagu ni dengan memandang awan kepul-kepul mengelilingi KLCC tu kan

tapi sejak semalam, telinga aku dah jadi pekak badak, kesian badak, tak pasal-pasal terbatuk-batuk dia sebab aku asik sebut nama dia jek kan. ehh... dan kini pon telinga dah naik kebas sebab asik-asik kena tadah "Gadis bertudung merah" . aku tak paham betul orang ni, bukak lagu kuat-kuat, pahtu ulang lagu yang sama jek..huwaaaaaaaaaaaa

esok, tulat, minggu depan, aku masih belum dapat menentukan nasib telinga aku. adakah akan sebu atau pedih macam pedih ulu hati tu..:P

memang aku tak kesah layan lagu apa, tapi telinga aku pon boleh tumbuh bulu, kalau asik lagu yang sama jek kan.. macam hari-hari kena maki ngan boss orang dengan ayat yang sama

Nota kaki: LEBIH BAIK DUDUK TEPI PANTAI DENGAR BUNYI OMBAK OR LEPAK TEPI SUNGAI DENGAR DERUAN AIR. kompem telinga aku kembali sihat!

Comments

xhn said…
kekekekee..
aku paham perasaan ko sbb aku penah alaminya..

CINTA KAIN PUTIH~~
lagu ni sekali-sekala layan ok la.tp bile dh 8jam ofis hour tu asyik dgr lagu sama jek ulang2,naik mual aku.siyes aku mmg rasa nk muntah wehhhh!!
Yun said…
hahaha bengang kan.nk bukak lagu keroncong ka, jazz ka, hip hop..ka..aku tak kesah..tp tolong jgn ulang lagu yg same byk2 kali....

mmg tekak aku kembang, otak aku kembang & rasa memualkan..mcm org mengandung tgh alahan..seyes....nk muntah
saifurudin said…
mcm idan ar ... die selalu dgr lagu same je selama sminggu .... paling lama 3 minggu lagu yg sama ... haish
Yun said…
rasa nak kembang otak aku dengar lagu. nasib baik harini, radio dah kembali berkumandang....hehehe

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…