Skip to main content

Hari Ibu


Hari Ibu datang lagi . Even entry terlambat tapi, masih sempat lagi kot. Apa aku bagi kat mak aku ek? takdek ape kecuali kasih sayang. miahahahaa poyo kan. oklah memang takde majlis sambutan yang suprised maupon yang dirancang kerana aku memang balik kampung, tapi untuk peluk cium mak aku jeklah selebihnya, aku hanya mentekedarah membuta sahaja seperti orang yang baru balik dari berjuang dalam misi menyelamatkan mangsa bom kat Pakistan jek. Almaklumlah dah sebulan hidup aku macam orang nomad yang tidur tak menentu & tak cukup. eh lupa, gambar atas tu dadu karamel yang aku buat sempena hari ibu tapi mak aku bukan makan pon kan. yang mentekedarah aku adik beradik jek. hahhahaa

jumaat malam aku sampai melaka lambat dalam kol 1am, sebab aku mengantok sangat, maka perjalanan yg biasanya sejam setengah menjadi hampir 3jam, gara-gara aku menagntok yang amat-amat sehinggakan aku hampir berhenti di restoran jejantas ayer keroh kerana rasa tak sanggup nak tahan bijik mata ni utk terbuka. tapi aku kan gagah perkasa, aku paksa juga diri utk dirve. makanya memang paling laju 90km/j jek aku bwk..muahahaa...selebihnya 60-70km/j. dan sebelum balik, dari kelas aku nak blk kerinchi, aku terpaksa melanggar divider dek nak ngelak sebijik kancik yang tibe mencelah nk masuk ke tepi, terkujat aku lalu aku terlanggar divider. dlm hati abislah kemek. tp malas nk tgk. dan sampai kerinchi pon aku tgk..owh kene rim tayar jek..xpe lah. dan teruskan perjalanan ke Melaka. alhadulillah sampai dengan selamat wAlaupon aku rasa sangat mencabar drive malam tu. ahaks. sampai jek terus tidur. serius tak sempat pikir nak gosok gigi ke apa kan.

dan esoknya, bgn pagi nk solat subuh gajah. mau tak gajah lagi 10min nak kol 7am baru aku sedarkan. benda pertama dalam kepala otak aku.. nk cek body kete. solat tu dikejarkan. dasar duniawi kan. sekali telek..mak eiihhh tayar aku...dah lah nnt pikir.
amik kau. nampak benangs udah. lepas solat aku sambung membuta lagi, sampai lah mak aku rasa menyampah kot dah TGH tak bangun2. aku macam makan dadah plak..tidur tak hengat dunia. serius penat. end up lagi 5min nak kol 12pm baru aku berjaya celikkan mata. mak aku siap nak pecahkan pintu..eleh gertak jek tu. pintu pecah. aku malas nk kuar bajet kan, sendiri ganti lah nnt kan.sape suruh pecahkan. dah bangun tak gosok gigi lagi aku carik ayah aku utk mengadu domba hal tayar. diskusi yang hny memakan masa 10min, kompem kol 2pm, gi kedai tayar. hehehe aku pon terus mandi & makan..owh heaven nya berada di kampungkan. kalo kat KL sumpah aku dah kebulur sebab kena ikhtiar nk cari makan kan. hehehehe

tgk kondisi tayar aku mcm ok jek kalo nak pakai utk 6-8bulan lagi, walhal dah 4taun dah tayar tu..cehhhhhh tapi malas pikir panjang aku tukar jek ke empat-empat tayar. makanya Galaxy Tab, kena simpan kat kedai dulu lah yek. laling aku memerlukan bajet tu dulu.

dan tokey tu cakap sebaik aku bawak slow, kalo aku pecut memang boleh meletup tayar tu. mungkin tuhan sengaja kasik mengantok kalo tak memang berdesup kan. lagi-lagi malam kereta kurang kat highway tu. dan nasib baik xmeletup masa aku terlanggar divider tu, kalau tak mau aku termenung tepi jalan tu nak mintak tolong sape kan..hehehee


tukar tayar jek & balancing semua..makan masa 2jam. panas ok! seb baek aku dah cukup tidur kan. maka takda istilah sawan. lepas tukar tayar pg service laling plak. memang saje je nak buat poket aku kempis kan. takpelah. lepas ni puasa takpon makan ala kadar yek. dah lah bulan ni dpt gaji basic jek...claim xmasuk kan sbb aku hantar lambat...masak...



Tunggu service kete sejam lebih. maka sampai rumah aku dah penat, mak aku ajak keluar serius takdak mood ok. takpe next tym balik kg lah mak ye kita gi makan-makan. aku balik melaka cuma nak tidur jek aku rasa. hehehehee bila pikir balik memang logik., sebab aku kena qada' tidur utk sebulan ok! aku tak rasa sebulan. lebih dari sebulan dah aku takde rehat waktu weekend kan. ni lah padahnya.




dan terubat bila tengok benda comel dalam kereta. amacam comel tak? nilah ole2 utk diri sendiri yang aku sempat tangkap kat JITRA. ahaks.







Memang aku tak beli hadiah apa-apa sebab mak aku macam mak korang jugak, bagi hadiah kompem dia sayang nak pakai, maka paling mudah bagi peluk cium aja udah. oppps kasik duit poket jek lebih. suke ati dialah nak buat apakan. pahtu mak aku sempat rembat sepasang kain cotton aku yang aku tapau kat bandung tu. dah berkurangankan. nanti kena beli lain sebagai pengganti.




dan mak thanks sebab buat kuih Lompang kegemaran saya. hari ibu, mak yang masak utk anak....baik punya service & bertuahnya anak dan kepada mak "Selamat hari Ibu."

Comments

Anonymous said…
tu lah bertuah ada mak lagi... semua best.. hatta makan nasi ngn sambal belacan ikan goreng panas.

err napa mak selalu kait dgn makan

kak ana
Yun said…
kenapa air saya merembes lebih dr biasa...sedap plak rasa nasi ngan sambal belacan ikan goreng panas tu.

2la, hargailah emak sementara dia masih ada kan.

mak & makanan meman tak boleh dipisahkan

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.