owh seksinya suara abang tam ni kan.. opsss. lagha betulkan malam2 ni..hehhee
tetibe rasa jari ni nak menari2 atas keyboard. dan semestinya bukan nak cerita pasal lagu abang tam ni. tapi sengaja je nak merapu, dah lama rasanya xmerapu tanpa sebab dalam belog sendiri.
owh memang ramai geng yang bertanya aku sibuk ke? erm macam biasa jek cuma buat2 sibukkan diri jek supaya terasa sibuk. faham? buat2 jelah fahamkan. malas nak explain panjang lebar. buat lenguh jari kang terbabas je dari cerita sebenar plak. and korang pon boring nak baca. well, korang baca ke? confident je orang bacakan. takpe, better syiok sendiri dari tak rasa apa2. hahahaha
layan 'Istanbul tunggu aku' eh.... 'Istanbul aku datang' lah. cute jek Beto kan. nasib baik suami orang kalau tak Free jek nak rasa tanam azam nak tackle dia. hahahaa. tapi dia suami orang terus memang tak jadi langsung lahkan. Jalan cerita ok. dah lama tak tengok movie. last ngan dewi masa raya. tibe2 terpanggil dan diseru2 untuk tengok citer ni sebab dewi kate sweet. huhuhu pengaruh dewi ni kuat lah plak aku rasa. huhuhu :P tapi pengaruh gambar makanan dewi lagi power kot..opssss dan ending dia ok tapi cam TAK umph je aku rase..sebab cerita tu pasal 2 tahun sebelumnya kan...and dua tahun yg sebenar cuma xsampai 2minit terus ending...cehhh potong stim betul! kasik lah 5-7min ke..barulah syiok kan. takpe dah mmg skrip movie mintak ko pikir sendiri and andaikan sendiri. layankan jek..aku ni tengok movie mana suka nak pikir2kan.. sebab tengok movie sebab nak lapangkan fikiran sebab tu suka jek nak layan citer yg sweet2 ni..takpayah nak stress2 tutup telinga vagai...aku ni perangai boleh tgk tapi tak sanggup dengan sound effect. muahahahaa sebab nanti jantung rasa nak meloncat keluar dari paksinya.
sejak kebelakangan ni ramai kawan2 aku yg tegur kat mana2 sumber chat or call/sms semata2 nak tanya bila nak dapat kad jemputan. saiko sorang2 ni kan. dan tiga orang daripadanya dah selamat kena sedas dari aku...hahaha baru sedas belum jadi kejam lagi. aku memang sangat2 berterima kasih di atas keprihatinan kawan2 kan. aku bukan tak suka korang bertanya tapi kalo dah setiap kali tegur aku, itulah soalan pertama.. aku pon jadi meluat. tanya lah dah makan ke, sihat ke, dah solat ke, tengah tidur ke, cukup rehat ke, dah jumpa ke kekasih hati, dah berapa kali pergi toilet ke? eh perlu ke yg last ni...apa-apa jelah..selain dari tanya soalan pertama bila nak dapat kad jemputan. ada nanti aku bagilah. bukan nye aku kedekut pon kan. insyallah tak lupanya aku nak jemput.. kecuali aku bakal kawen ngan artis jelah mungkin kena jemput keluarga terdekat sbb nk sembunyikan status kunun nye kan. ok, sebelum aku bagi sedas, aku akan cek dulu...soalan tu di tanya utk kali ke berapa dah, if baru sekali...dia xkn dpt sedas lah...aku layan kan je..yg dpt sedas tu maksudnya dah lebih dari 3kali. aku sangat2 hargai keprihatinan kawan. terima kasih sekali lagi. tapi aku terpaksa bagi sedas sebab dahlah ko takde effort apa2 pon dalam nak bantu aku utk ke arah tu kan..asik nak bertanya jek. ada yg aku tanya, ada ke ko doakan aku utk bertemu jodoh? if takde jangan nak pandai2 bertanya hal kad jemputan ye. doakan pon tak ni kan nak usahakan utk bertemu jodoh kan. umur macam ni tak sesuai kot asik nak bertanya hal macam tu. tak matang aku rasa. oppsss and pada sesapa yg kata aku memilih. itu hak aku kan. korang tau ke aku yang memilih? or aku tak dipilih lagi? tak tau kan..tak baik main serkap jarang. tak tau hal sebenar jangan memandai nak buat andaian ye. cuma aku tak cukup baik mungkin untuk yang lepas2 or orang yang terbaik utk aku belum ditemukan. jodoh tu kan rahsia yang Esa. siapa kita utk menolak or menidakkanya. if korang rasa aku sombong, mungkin ada sebab kan. and if orang tu bersungguh kesombongan tu bukan halangan betul tak? if jodoh siapalah aku untuk menolak. kenal 10tahun pon, dah tersurat dia bukan jodoh memang tak ke mana lah perancangan nya. ini fakta ya. kenyataan. even pahit but belajar dari kesilapan utk tidak meletakkan harapan pada benda yang tak pasti. siapalah aku utk melawan takdir bila plan yg dipersetujui bersama akhirnya menjadi milik orang lain kan. janji manusia, bukan janji yang hakiki. yang hakiki, janji Allah yang setiap hidup pasti mati. inilah yang hakiki. mungkin qada' & qadar aku utk bujang sampai 31 ke kan. tiada siapa yg tahu. tuhan takkan meguji sekiranya umatNya tidak mampu untuk tempuhi,. orang yg dah berkahwin pon di uji kan. masing2 ada bahagian masing2. uruskan ujian masing2 ada juga manfaatnya dari menyibuk perihal orang kan.
tapi biasa, azam tahun baru sempena maal hijrah 1434H ni macam biasa, memang satu jek yang di bawa dan terus di bawa kehadapan. tak lain tak bukan utk tukar status dari 'single' to 'married'. mungkin kena list kena ada sampai kali ke-5 kan. baru boleh PADAM..huhuhuhu and masukkan list barukan..:P
dan aku tengah kepalaran ni, gara2 bengang dengan old town white coffee, aku tau steam rice tu makan masa 20min, aku pon dah bajet time, kawan aku tu rehat dia cuma sejam, cun2 lah sampai 5.10pm, order kol 5.30pm cunlah nasi aku sampai, tapi sampai 5.,45pm xtak dpt2, kepala aku lah berasap, kol 6pm kawan aku dah masuk keje balikkan . takkan nak suh dia masuk lewatkan. giller. tunggu lagi 5min tak siap jugak..bye2 lah, byr je lah bill air kan. huh. terus kelaparan sampai malam. xlarat nk masak kat umah sebab tak larat nak telan daging...huh dah tak lalu dah.....sebab daging je yg ada dalam peti tu. opppss minggu depan baru gaji ye. jangan verangan nak beli barang dulu! nehi!
review movie akan datang kebanyakkan cerita hantu, ish hantu2 ni dah bangkit ke apa. asiklah cerita hantu, boringlah jugak.sebab hantu dia kelakar..miahahahaa
minggu lepas kazen aku kawen kat kluang, makanya semua sedara-mara berkumpul kat sana. tahniah kak long (even dia muda dari aku, memang gelaran dia kak long antara kazen2 aku) & suaminya Azan. kami beramai2 dok kat homestay yg best. sebabnya dok akt banglow 2tingkat yg sangat luas..hahahaha selesa lah nk sumbat ramai2kan. dan yang penting makan tanpa henti sampai naik loya tengok makanan, macam2 ada, sampaikan aku pikir ni nak mai kenduri kawen ke nak buat pesta makanan kan. memang terbantut niat nak diet. kazen aku ni memang bercinta dari zaman belajar, rezeki diakan jodoh kekal ke alam perkahwinan. and part yg aku rasa terkilan, aku xperasan photog dia tu adalah maiza catlina dari kegaigambarkami. ish kalo tak boleh sembang, aku penah order photobook dari dia dulu. tak sangka dia jadi OP wedding kazen aku kan. lagi pon memang tak boleh nak fokus pd orang sekeliling disebabkan budak mengada2 ni...
nilah budak Danial Harith Hanif yang sangatlah tak terkawal. makbapak diakan tak dapat join sebab kerja dan disebabkan takde sape nak jaga dia terpaksalah kami angkut dia sekali. tetapi dia memang tak meragam cuma tak boleh nak lepa, almaklumlah budak tak reti dok diam.....berjalan berlari tanpa henti.....ishh penat tau maklong ko ni.dah lah tak makan saman kan! atok ngan nenek kan busy, maka maklong & maksu kena take over tugas lah kan.disebabkan ramai orang, dia punya excited tu tak bo;leh blah, nak main je kejenye. stress guwe. tapi takpe nanti boleh teman maklong amik MC lagi kat klinik ye if ade hari nak ponteng kelas lagi..huhuhuhu:)
kerja sekarang setakat ni ok jek. enviroment pon ok jek. workload ok jek. dan yang penting rasa happy jek pergi kerja. dan sekarang dah start projek, so setaun lah menghadap nak tunggu siapkan. huhuhu dan alhamdulillah modul 1 dah ready utk di test esok. yeay! hasilnya. esok dengar lah komen2 dari tukang test. and sistem yg aku dan sorang programmer kena buatr aritu dah sedia utk digunakan dah dalam phase 'trial run' utk 5wilayah. alhamdulillah lah, 16hb ni genap 6bulan dah, kejap je kan dah setengah tahun.
ok dah masuk waktu tidur bagi kawasan kerinchi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Gut nite everybody and assalamualaikum.:D jangan lupa esok isnin ya.
p/s: car wash area kerinchi dah pupus, tension tadi nak cari car wash area sini....tadi.
Sunday, November 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Good Bye 2018
**pic from google
-
ceh tajuk mesti nak gempak jek. and setelah 2 minggu di melaka....khamis lepas keje aku cargas blk KL tapi utk 2 hari jek..aku mintak pelep...
-
Ni TAG dari Dokter Asma' yg mane aku gelar dia dokter muda yg penuh emosi..hehehe...jgn mare yeaaa...nnt lagi cepat tua..xdek org nak la...
-
Tibe-tibe rasa tak cukup nafas, bila dapat surat dari HR mengatakan esok adalah hari terakhir saya berkerja...owh tidak, hari tu kata khamis...
2 comments:
luahan perit dan pilu ke uols?
sabaq naa.....
Xperit tp meluat.
Post a Comment