Skip to main content

Ronda Malaysia dengan KTM (Part 1)

Impian ni adalah impian aku tahun 2013, tapi sampai lah berakhirnya 2013 aku tak Berjaya nak melaksanakan impian nan satu ni walaupun ke satu tempat. cuma impian nak travel by train tu terlaksana masa aku pegi Vietnam pada April tahun lepas...itu sahaja....

makanya, entah apa ilham muncul, aku nekad beli tiket train masa 6Januari2014 kat komuter sg,.buloh. aku roger nurul kat JB dia kata, dia ada je kat JB date yang aku nak ke sana..maka, tiket ni memang berbaloi..hahahahaa
balik dari beli tiket train, aku terus usha ticket flight dr jb ke KL..alah..murah sgt..belasah ajelah kan..xyah piker transport lain dah...mula2 bajet nak pegi and balik naik train but masa sangat suntuk..cuti selasa je kan..dan aku plak amik cuti pada isnin shj..naik train perjalanan dah makan 1/2 hari..mau taknya...bertolak kol 8.30am, kol 4pm baru sampai JB...

KL sentral - JB sentral cuma RM33 shj (sehala)
Even seat KTM ni takdelah best mana, tapi aku cuba utk didik diri agar rasa bersyukur, yupp sendiri punya impian kan...

kenapa dengan keretapi?

bukan kerana murah...
bukan kerana kelainan...

sebabnya
nak tengok kawasan yang selain boleh diakses dengan highway, Bandar, pecan koboi...dan etc etc...
naik train dia akan lalu kawasan yang sangat2 tak terpikir dek akal..pada akulah.... sebab aku blh Nampak pakcik2 lepak main dam bawah pokok tepi landasan ketapi, nak snap gambar tu memang xsempatlah sebab keretapi ni kan bergerak..pakai plak camera phone..sendiri mau ingat lah.

takdelah tujuan nak abadikan dalam gambar ke..memang hobi aku pon amik gambar tapi sekarang yang lebih penting merasai & melihat sendiri, lagi memuaskan kot. dah tua-tua..sentimental sket perasaan..wakakakaa
ni view sebelum gemas rasanya.... 2jam pertama perjalanan aku tidur...hehehe as usual..yolah aku bangun kol 4.30AM kot coz aku gerak dari Melaka pagi tu..gerak dlm 5,.15am, sampai kerinchi kol 7.20am, well KL time orang kerja, faham-fahamlah kan...sampai, park kereta dan terus naik putra ke KL sentral...tapau makanan dan seketui buku terus masuk train...hehehehe
layan blues..tengok-tengok gelagat orang dalam train..yang dr KL xramai pon...tapi adalah...gerabak aku ada lah dalam 9org kot..hehehe tapi setiap perhentian akan ada orang naik lagi.,lama-lama jadi penuh..huhuhu
dekat gemas aku dah sedar and Nampak lah station baru yang cantik...nak pegi sendiri saja-saja jangan haraplah kan...makanya dengan naik train macam ni, kita akan sampai kat kawasan ni..wakakaka

ni dekat segamat, station ni kat kg.anam..kampong adik ipar aku..huhuhu aku pernah sampai masa kenduri derang lah. the part yang aku suke kalau dia balik kg, kompem mak dia tapaukan stok ikan-ikan sungai yang sangat banyak. hehehe
perjalanan diteruskan sehingga ke Labis dan bekoh, labis..
ni kat station paloh...bayah benar nk snap ddengan tingkap macam tu kan.
kluang station..sedih kejap je berhenti amik orang. lepas tu terus gerak..tak dapat nak tapau kopi kluang macam yang aku plan dari taun lepas...takpelah..hope ada rezeki pegi kluang masa CNY ni kenduri anak murid PLKN aku..dan hope jugak kedai ni tak tutup sbb CNY kan...



ni masa dah sampai kulai, Johor....layan kan aje...ada perselisihan train..maka kena tunggu sekejap
sampai kat JB sentral.. nurul amik aku..dia keluar awal dari oppis..tq so much nurul sebab melayan aku sepanjang aku kat sana,.
sampai2 je..dia angkut aku g makan..almaklumkan aku hanya makan sarapan je dalam train tu..malas nk pegi café...
dia bawak kedai mee bandung muar kat kampong melayu....
nilah mee bandung seefood aku yg super besar dan super tak boleh nak abiskan.
malamnya dia bawak aku lepak kat benafe village..ni tengah malam..aku melantak tandoori nan dan peanut milkshake yang marbeles...

tapi sebelum melantak tu aku dah buang kalori sebab kena jalan kat pasar karat yang bapak le panjang..dah lama kot xronda2 tak memasal macam tu..dan tak memasal aku beli seluar tidur yang paling comel kat situ..wakakaka...
malam tu nurul bawak aku tidur kat hotel je..sebab dia kata rumah dia panas..layankan aje..hahahahaa

esoknya sarapan pagi di kacang pool
nom ...nom.... nom.... sedap sebab tak mengeyangkan...bolehlah nak melantak banyak-banyak kan, tapi serius sedap..hehehee

lepas makan, kami meronda-ronda JB dan sempatlah singgah sekejap kat JPO..perghhh even sekejap memang kopak poket aku sebab aku dah jumpe explore flap idaman aku dengan harga yang sangat berbaloi..beli online time sale kat UK pon tak dapek harga tu..aku pon pejam mata beli ajelah...tamatlah sesi termimpi-mimpi aku...

nak menunggu flight aku malamkan..makanya cont lah...
dan sebab petang semalam tu kedai ni tak bukak, maka rezeki aku pada hari ke2...dia bukak..kitaorg jadi cust pertama sebab sanggup tunggu dia bukak...

Dapur jendela..itulah nama dia...ke JB kena try makan kat sini....tempat dia cute...dan pemilik dia malay... ala2 lepak kat wondermilk KL..uhuk.....
sambil2 menunggu...aku pon snap-snap jelah....

 
santaikan...



dan inilah lempengnya yang aku order...cool jugak kan..kalau kat Melaka malam kot baru kedai tu bukak..ehh sama je lah..hahahahaa

itu jelah sesi penjelajahan aku ke JB.

sebenarnya ikut perancangan aku...aku travel by train akan pegi dan lepak2 kawasan train je..lepas tu naik balik train balik KL...ni kebetulan ada geng...boleh ajak meronda kan....

hope akan ada part 2 tak lama lagi...

aku ni tak sedar diri....bila makin sesak dengan kerja, mulalah aku nak cari nafas utk keluar ke sana sini kan..utk aku neutralkan pemandangann.....kunun nya lah...layan kan aje...

Comments

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…