Skip to main content

Bila musim kemarau tiba

bekas-bekas / tong-tong semua kena beraksi kan. isu takde air ni bukan perkara luar biasa. well, aku dah lali kot sebab since sekolah lagi. sekolah atas bukit, dan pam air tu memang masalah waktu siangnya...sbb dah tua kot..makanya setakat mandi 1baldi or 1/2 baldi je...memang dah memadai.
 
berguna jugak tong2 Tupperware ni...atleast ni utk kegunaan masak2 lah kununnya...
 
dan bila kerajaan negeri dah maklumkan pasal catuan air, patut semua orang dah alert..kalo aku xkesah kawasan aku tersenarai ke tak..aku tetap menyibuk tadah..even hari2 biasa pon memang aku dah spare baldi yg wajib dipenuhi & tong yg memang sedia ada utk simpan air time yang tetibe air takmo keluar.
 
Sekolah menengah.
 
memang mencabar sebab sekolah semua wanita dan masalah pam air. tapi budak sekolah aku kreatif. pili bomba pon kitaorg belasah..terer plak tu bukak pili tu kan..well, sekolah semua perempuan..apa adahal..hos bomba setiap aras tu..memang lah kegilaan kami semua bila takdak air ni...kadang2 tadah and belasah mandi je kat koridor tu. jangan cakap pili bomba...pili makmal pon kami belasah..hahahaa makmak mmg tutup tp tingkap makmal kami terer lah umpil kasi bukak...and pusingkan pili mengadap tingkap dan salurkan lah air menggunakan ubat gigi dan terus masuk baldi..korang imagine lah..kitaorg dah biasa and dah tau mcm mana kan....so mandi lah kami reramai gilir2 belakang makmal....ini keuntungan sekolah semua kaum sejenis. nak berkemban mana2 pon boleh. tapi kena time cuaca gelap ye. terang2 cikgu lelaki kan ada.
 
macam mana nak mandi air sebaldi je or 1/2 baldi...mudah..kalo sebaldi...amik 1gayung jirus badan... sabun muka & badan and gosok gg terus..lepas tu balance tu guna lah utk bilas...bersih insyallah...pandai2lah berjimat cermat.
 
university.
 
dan bila ke Universiti pon masalah sama...kat dungun tu..selalu nau kena mandi kat PI (masjid a.k.a pusat islam) nak buat guane dok umah kayu yang using..layankan je...
 
mungkin cara mak aku kat rumah mmg selalu ada spare tong yg dah siap-siap tadah air...2minggu sekali if xguna..buat utk basuh baju...hehehee makanya part tadah air..aku ok and aku alert kelajuan air pili yang keluar.
 
rumah sewa.
 
macam dok kat kerinchi..yolah serumah 8-10orang weh...mana ckp tangki cenoet tu..makanya, mmg xckp..kalo mlm perasan air kecik..mmg aku tadah lah..kalo xperasan..wassalam..esok pagi bangkit awal seranglah masjid2 terdekat..takdelah isu kami nak ponteng kerja kan...
 
dan masa toilet tersumbat pon aku gigih..pegi toilet kat kfc hokeh..apa ada hal...
 
rumah sendiri.
 
sama je...aku banyak tong2 isi baju masa bujang...takyah susah-susah..guna je tong apa yg ada...maka tong ni pon aku buat tadah air..kah kah kah, sape ada box ni...takyah membazir beli tong air..sbb skrg tgh mahalkan..guna je box ni... aku ada melambak...sbb dulu mana ada almari kan..kekekeke nak pinjam  meh sign kontrak.
 
 
oklah kan...aku musykil org2 nak memekik takde air...kan dah bgtau..tadah jelah..guna ke tak belakang kira..janji bila takde...takyah nak berkicau sana sini..jadi manusia yang memahami keadaan lah..bukan selalu pon musim kemarau ni. dan mandi tu takyah lah beria.... mandi wajib pon bukan guna air yg banyak..cuma kena bersihkan najis/kekotoran dan  ratakan air keseluruh anggota badan je dan jangan lupa niat.
 
dan aku bersyukur jugak pengalaman2 ni sebab bila travel tpt orang....memang sangat membantu... mandi kat RNR Malaysia ni adalah perkara biasa aku buat dulu bila aku terpaksa travel KL-Kedah-Melaka...mmg ikut dan jelah...bonet kereta dah macam almari baju dah..kekekeke..
 
oklah bersyukur masih ada air lagi. & selamat tadah air setiap 2hari..kekekeke

Comments

sepul said…
kat R&R mmg kene mandi mande, aku slalu buat masa keroje travel dulu. rugi tak mandi, kita bayo tol hehe

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…