Skip to main content

melbourne-new zealand-sydney

Trip penutup hujung tahun katanya. walhal, ni ajolah trip untuk tahun ni. Perancangan trip ni rasanya dari awal tahun dalam bulan Februari macam tu. Asalnya, untuk ke New Zealand sahaja, amik pakej motorhome dengan tripadikberadik. Kalau berkenan atau rasa nak mencuba travel dengan caravan, bolehlah contact Saiful atau Nisa (not me hokeh, ini khairunnisa lain) dari tripadikberadik.

Macam biasa dah alang-alang nak berjalan, otak kiri dan kanan aku mesti lah pasang strategi yang takkan ke satu tempat semata-mata, makanya, disebabkan nak ke chrischurch, NZ perlu transit di Melbourne or Sydney, sebab direct flight yang aku tau hanyalah Jetstar tetapi transit di Singapore (giller tak bestkan), makanya, amik jelah ke Melbourne dan dah alang-alang, kita ronda-ronda situ dulu, and balik plak, try ke Sydney dulu, so kan dah jimat duit flight, nak dating ke sini lagi entah bilalah ada kemampuan dan kesempatankan.

So, tarikh yang dinanti-nanti pon muncul, macam biasa preparation memang 40% je, sebab tak boleh nak salah kan kerja, cuma failed pada pengurusan diri sendiri..kah kah kah..huru hara sikit kehidupan lately. bermula 21 Nov Malam, flight ke Melbourne dan pulang ke Malaysia pada 2 Dec. 12 hari sahaja.

Bajet hari untuk trip:

  • 3 Hari Melbourne
  • 6 Hari South NZ
  • 3 Hari Sydney (termasuk hari untuk balik)

Ok layan kan gambar-gambar warm up namanya. gambar lain, banyak lagi menyusul kemudian.

Melbourne
 
South New Zealand 
 
Sydney 

Comments

mama tisya said…
nanti cite la detail ye

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…