Monday, September 7, 2015

KELUARGA BAHAGIA

Tajuk tak menahan...

tapi inilah tajuk tazkirah oleh Ustazah Dato' Siti Nior Bahya dan suaminya Ustaz Wan Akashah pagi tadi, baru haritu aku tepek semanis kurma dalam blog ni, tup-tup rezeki harini dia mai opis bagi takzirah sikit. alhamdulillah masih ada rezeki untuk berada dalam majlis ilmu.

apa yang nak di kongsikan ini adalah tujuan untuk aku membuat rujukan pada masa akan datang (dan siapa yang sudi baca, dipersilakan), sebab ikut kategori aku belum pon masuk dalam ketegori berkeluarga, i is masih di bawah tanggungjawab ibubapa (bajet muda sangatlah kan) uwekk...

Sudah,,,,back to the topic, yang dikongsikan bersama adalah 7 TIPS ASAS KELUARGA BAHAGIA mengikut konsep Rasulullah S.A.W:

1)  IMAN DAN TAQWA KEPADA ALLAH
- sebab tu panduan untuk memilih pasangan kepada yang beragama, memang di suruh juga part keturunan, paras rupa tapi kena berbalik kepada konsep asas, maka yang asas tu patut letaknya paling atas.

perlu di ingat, bila ada IMAN maka akan ada SABAR. dan bila ada IMAN akan ada KETAQWAAN.

sentiasa tanamkan pesanan ini di dalam hati: DUNIA ADALAH TEMPAT UJIAN.

untuk jaga IMAN dan TAQWA hendaklah JAGA SOLAT, JAGALAH AL-QURAN (dengan membacanya) dan HAYATI TAFSIRNYA.

2) MAWADDAH DAN AR-RAHMAH
- konsep perkahwinan yang sebenar adalah untuk TENANG dan BERKASIH SAYANG.
- kalau ada cinta dalam hati maka akan wujudnya SETIA
- pandai untuk mencurahkan kasih sayang

3) PERGAULAN YANG BAIK
- amalan 5S: Salam (memberi salam), Salam (bersalam bila berjumpa & berpisah),Senyum (sentiasa mulakan dengan senyuman), Sapaan (bertegur sapa), Sopan (percakapan dan tulisan)

4) AMANAH DALAM TANGGUNGJAWAB
- Asas: Nafkah keluarga pada suami (utk perkara asas), isteri hanya untuk membantu perkara sampingan yang lain, isteri lebih mendidik anak-anak dan menjaga rumahtangga, suami fokus pada untuk mencari rezeki untuk keluarga (perlu bekerja keras untuk ke arah itu kerana perlu sedia tempat tinggal yang selesa dan sesuai, makanan harian dan pendidikan keluarga).

5) REZEKI YANG HALAL
- pastikan yang dibawa pulang ke rumah dari sumber yang HALAL  kerana dari situ bermula pembentukan hati pada insan-insan di rumah,
- jangan lupa bersedekah walau sedikit
- jangan lupa ibubapa
- jangan lupa zakat

**7 Perkara yang boleh menghilangkan rezeki:

  1. pergaduhan di antara suami siteri
  2. merungut & merasa beban pada anak2
  3. mengeluh
  4. terlalu berkira dalam memberi
  5. cara intonasi percakapan yang tidak sopan
  6. tidak sabar dalam menangani masalah kerenah isteri dan anak-anak
  7. tidak berdoa

**yang patut dilakukan adalah yang sebaliknya untuk memudahkan rezeki dijemput masuk ke dalam rumah

6) BANYAK BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T
- doa untuk semua aspek dan sentiasa berdoa
- doa dikabulkan dalam 3 bentuk:

  1. Allah beri apa yang kita inginkan
  2. Allah jauhkan kita dari musibah
  3. Allah makbulkan bukan di dunia.
7) BERBUAT BAIK PADA IBUBAPA
- jangan terlampau fokus pada keluarga sendiri sehingga mengabaikan ibubapa. keutamaan perlu pada ibubapa dengan memastikan:
  • ibubapa kita tiada hutang
  • untuk haji kan mereka
  • untuk selesaikan hutang2 mereka (harta mahupun puasa) 
**peringatan: HUTANG, HAJI dan PUASA,

sentiasa ingat ini: keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, begitu sebaliknya.


No comments:

Good Bye 2018

**pic from google