Thursday, September 4, 2008

Realiti vs Fantasi

[Updated on 5 Sept 2008]

Sambil-sambil try & error coding sengut aku nih..tetibe nk type sumthing tok blogs aku nih..pdhal pagi tadi dah mengarang cerita pasal jiran tetangga aku kn..hehehe aku terpikir pasal topic ni sbb sambil wat coding ni..otak aku telah bersimpang ke lain lak..memikirkan bout my future.. bkn ape pon.. pasal ape yg aku nk in future aku... tp in relaity, aku masih mcm ni..kunun-kununnyer aku xmo dah keje as programmer ngok ngek ni..hehehe sbb terlebey pening ngan masalah coding ni kot! [pdhal dulu beria nk jadik programmer kn!..2 dulu lah..dah merasa kan..so, baru ku tau..mmg sakit kepala + sakit ati + sakit mata + sakit hidung + sakit jari-jemari + dan ygs ewaktu dengannya]

Melihatkan gamba makcik ni, aku rase bersyukur sbb diberi sedikit ilmu utk digunakan bagi mendapat sedikit rezeki utk sesuap nasik bagi menampung kehidupan seharian~~~tu lah bile tgk org laen..mmg ade yg lagi teruk + daif dr kite sndrik kan..so, bersyukur ajelah dengan ape yg ada..mungkin 2la rezeki yg telah ditentukan..cume kite kene gune kudrat kite utk berusaha & terus berusaha. jangan lah kite nak rase iri hati pd rezeki org laen...sbb mungkin itulah rezeki mereka utk usaha yg mereka keluarkan...erm iri hati 2 boleh if nak dijadikan sebagai sandaran utk jadik seperti mereka..but if iri hati smpai ade perasad hasad dengki tu..mintak dijauhkan lah!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” (Bukhari)

Huraian
Firman Allah SWT yang maksudnya:”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7). Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah

i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.

ii) Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah dan

iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.

utk mendapat hadith-hadith laen..boleh lah ke e-Hadith

melihatkan makcik di gambar atas & bawah...aku sangat terharu sbb biar pun umor makin di mamah usia..mereka tetap gigih bekerja utk menadapatkan rezeki yg HALAL bg meneruskan kehidupan seharian....itulah sebabnye kite dikehendaki "Bersyukur" sentiasa...

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.” (Riwayat At-Tabrani)

Huraian

Pengajaran Hadith:

i) Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.

ii) Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kepada Allah kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.

iii) Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara, tidak lupa daratan sehingga menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana pada diri, keluarga dan masyarakat. Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah S.W.T dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan dan kehancuran.

iv) Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula adalah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah, bukan semata-mata untuk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya ia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara.
(sumber maseh same dari e-hadith)

Kadang-kadang realiti lebih baek dr ape yg diangankan..but baser nyer fantasi 2 tetap lah angan-angan yg FREE tp merasa ngak lah dlm angan-angan 2..dr xmerasa langsung..hehheee tapi [again tapi nyer..hehehe] ape yg dlm fantasi 2..di luar alam lah bile dipikir balik...kompem lah angan-angan sume nyer tinggi melangit kan..hehehehe :)


Note: Semua gamba-gamba ni aku amik dr DigitalDome [Dari dulu kala, semenjak aku berminat dengan photography ni, aku mmg suke tgk fotopages si digitaldome smpai lah dia berpindah ke link yg baru ni seperti kat atas 2]. Tp serius aku sgt suke gaya dia mencapture bende-bende disekeliling dia...hope one fine day, aku nk jadik photographer jlnan yg bebas bergerak...xyah dok kat opis ni! [hehehee ni adalah impian jek...mau kene penggal kepala aku dek mak ayah aku kn..sbb katenyer 2 xmenjamin mase depan...baser lah makbapak kompem lah risaukan anak nyer hidup terumbang ambing...]

No comments:

Good Bye 2018

**pic from google