Wednesday, December 3, 2008

Mari Membaca

Wahh..semasa aku wat larian marathon 5km di dlam mid valley Isnin lepas, aku sempat lah singgah kat MPH membeli buku ni.."Ayat-ayat Cinta" Mak aii tajuk dia pong dah wat sume orang terbeliak bijik mate..ngeh22. Adekah aku dah masuk mood jiwang tak larat? Lantak piiii lah org nak kate ape kn...dah lame xbernovel kan diri..last skali aku beli novel awal taun kot...ke taun lepas..lupe dahhh!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara detail-detail pasal buku ni seperti bawah ni..aku copy dr mane..aku dah lupe lak url dia...hehehehe

Judul : Ayat-ayat Cinta
Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Penerbit : Al-Risalah Product Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 510 halaman
Cetakan Kesepuluh (Malaysia): Ogos 2008
ISBN : 9832672368


- PEMENANG PENA AWARD NOVEL TERPUJI NASIONAL 2005
- PEMENANG ANUGERAH PENGHARGAAN "THE MOST FAVOURITE BOOK" 2005


"Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekolempok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malam berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-ayat Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki - malah menghidu - perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara. Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya."

A. Samad Said
Sasterawan Negara

"Berbeza rentak dan nada dengan "Harry Potter", akhirnya "Ayat-ayat Cinta" terpilih sebagai "The Most Favourite Book..."

Majalah Muslimah
Edisi Januari 2006

"Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya Timur Tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat, dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam novel ini terasa seolah-olah benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!"

Ahmadun Yosi Herfanda
Sasterawan dan Redaksi Budaya Republika

"Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam. Dan begitu dewasa!"


Mohd Fauzil Adhim
Pakar Psikologi dan Penulis Buku-buku Best Seller

"Jika Naguib Mahfuz menulis Mesir dari pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selok-belok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ia hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari; lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya. Ditulis dengan bahasa yang lancar, dengan tokoh-tokoh yang 'hidup' dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka..."

Joni Ariadinata
Penulis Cerpen, Redaksi Jurnal Cerpen Indonesia


-------------------------------------------------------------------------------------------------




Usaha Aku




Aku carik jugak novel lagi 1..but aku xtahu ape tajuknya & sape penulis nyer..ahahaha adekah patut begitu..nmpk sgt xstudy dulu ape nak carik..actually, kan ni kes aku meredah jek.. Buku yg aku beli ni pon dah lame kuar since 2006 ke 2007 tah..lupe lak aku..dulu si Syakira yg promote citer ni best...nk tgu turn buku dia mak aii..smpai la ni aku xdpt nk meminjam ok..so, aku abaikan sbb Bile Ejot kate xbest sbb ssh nk paham sbb bahasa Indon..hehehe lepas 2 niat suci murni aku nk membace buku ni terpadam terus..smpai lah tetibe ape mood tah opismate aku dlm department aku ni dok usung buku ni..depa kate BEST..hahaha aku ala2 terkene GULA balik lah kn..so, 2 yg tanam niat nk carik balik..pehtu si Anis Radha pon baru beli & mcm ala2 promote jugak lah nk suh bace kn..pehtu aku menggogle byk lak org kate best..nyosal lak aku xtgk movie dia yg ditayangkan ari2..sbb mase 2 kn aku dah set kn dlm otak geliga aku ni bahawa "Citer ni xbest!" damnit...2la cube bace & tgk pehtu nilai sendirik kan..so, aku dpt beli yg malay version..xdelah payah sgt..mlm smlm baru nk start bace, baru masuk pg14 so, pepaham lah baru intro pengenalan pada watak-watak yg terlibat dlm cerita itu..so, aku xleh nk wat konklusi nyer lagi...





The reason aku nak jugak-jugak bace sbb Kak nor cakap same ape yg si Syakira bgtau kat aku..yg citer ni ade nilai pengorbanan & semangat jihad yg tinggi..kire macam leh jadik kan dia as buku motivasi + utk meningkat prestasi keje [ishhh melalut ok! - mane masuk kan..tapi mane tau blh kan...utk mengadakan perasaan ikhlass seikhlasnyer ketika membuat kerja pejabat..hehehe]





kesimpulan: nantilah bile dah abis membace i akan simpul kn segala yg dah sedia tersimpul supaya xleh nk bukak simpulan 2 yeaaaaa

3 comments:

Unknown said...

Hmm aku da bc sket novel ko tu...gaya penulisan dia mmg mcm best..agak santai..lyk it!!

Yun said...

name pon novel pembangunan jiwa..

tp aku dah masuk pg 60..kire mmg byk lah pasal Islamic kn diterapkan..pehtu aku lankau ke bab-bab akhir [mmh habit aku lah kn] erm ade unsur pengorbanan jugak...

konklusi : I lykkkkkkkkk toooo

didi said...

kalu mau novel tehrani..sile2 la godek kotak plestik ijau kt blk aku tu.ade novel2 nye d situ.novel lain pun ade.nnt bebile free btoi aku pnjam lah novel itu..

Good Bye 2018

**pic from google