Skip to main content

Sabah Bah [Hari Kelima]

Oleh sebab ini adalah hari terakhir, & tiada apa2 planning, makanya, pg tu kami kuar lambat sikit. sbb nak ke pasar filipin jek pon kan....

& dimulakan dengan breakfast dekat pasar besar KK [sebelah pasar filipin jek nih]. & semua makanan same jek setiap kedai...boring betul!
belasah jek ape yg ade kan..janji perut wa xmelagukan lagu hip hop..kang aku plak yg terhegeh2 ngan tarian inang plak...

dah setel makan, kami serang pasar filipin. mmg masih awal even dah 8.30am kan....org kedai kat pasar filipin baru nk basuh kedai mereka & lap2 cermin..huh..awal sgt rupernye kami....


& sesi memborong di pasar filipin tamat di tempat ikan masin .. hehehe sakan mereka ni borong..aku cume beli beberapa ketui fridge magnet, seketui keychain, seekor ikan terubuk masin & 2 bungkus kuih cincin..hehehe kedekut kan aku...ahaks....

oklah, kalo korang nk beli mutiara/gelang manik yg murah beli lah kat pasar malam or pasar yg dibuka pd waktu malam di tepi pantai..harga nye lebih murah & lagi mudah nk dpt discount..hehhehee or korang leh beli kat pasar ahad. sbb skrg ni..harga barang kat pasar filipin mmg xleh blah..mahal yg melampau..mentang2 lah....pusat pelancongan..yolah tpt pelancong bertumpu kan....nk mntk tawar mcm nk mengemis seposen dua tok wat duit bayar duit tandas ok!

Lunch tym, kitaorg makan kat nasik ayam CP...erm maybe mereka dah nk tutup kedai tym tu..tu yg staff dia malas nk bekerja dah kot...tp sesungguhnya lah nasik ayam dia dah xsesedap dulu..hehehehehe

ok lah...ptg tu, dlm kol 3pm kami gerak dr hotel dgn menaiki naza ria [dia charge rm30 utk sebuah kereta tu] ke airport. kol 6.05pm flight kami berlepas & sampai di LCCT dlm jam 8.45pm. sampai umah kerinchi dalam kol 10.15pm [tym ni yam dah selamat melahirkan angah]

Nota kaki: oklah...siap jugak karangan org yg dah lame xmasuk kelas.

Comments

saifurudin said…
so semoga ... bolehhh ... pegi .. skali lagi ... waaa... aku sgt enjoi kat sane .. ilang segala masalah office aku .. berendam dalam laut selama satu jam ... sgt puas hati aku .. haish ....

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…