Skip to main content

Selamat Tinggal

Lumrah kehidupan manusia, perkara yang paling susah nak dilafazkan adalah "Selamat Tinggal". Setelah 3.21 tahun bersama company skrg ni, aku dipaksa & dengan rela mengucapkan Selamat Tinggal kepada company tersebut utk ke company lain yg sanggup menerima aku..hehhee asalnya, aku target nk lepak kat company tu paling lame pon 5taun....& paling cepat pon 4taun..tp awal2 lg dah kene halau..wakakakaa padan muka aku kn.

ok, beberapa bulan kebelakangan ni..since awal tahun sebenarnya, aku adalah sedikit serabut dengan isu 'Outsourcing'. Department aku bakal di tutup & segala kerja IT akan di outsource ke satu comp lain yg dah dikenal pasti mampu utk melaksanakannya. setelah menimbang tara baik buruk & lebih pada career enhancement aku pd masa mendatang...aku memilih utk say Bye bye pd comp ni & melompat masuk ke comp yg baru....tapi xkemana nnt, masih menguruskan kerja2 yg sama mungkin cuma bertukar ibubapa aje..hehehe

dah setelah sebulan lebih kami ditinggalkan di CP Tower setelah department lain berpindah ke Bangunan baru di tempat yg lebih Hot......akhirnya, kami turut serta mereka utk memenuhi ruang2 kosong di bangunan baru utk beberapa hari sementara menanti waktu kami diceraikan dr company skrg & memulakan kehidupan baru di tempat baru nnt.

semoga kawan2 dpt mendoakan pilihan aku ni yang terbaek & semoga kalian tidak akan sekali2 mengalami situasi seperti aku ini..rase seperti terbuang ok! hehehehe & keadaan ni berjaya menghuru-hara kan perasaan aku selama beberapa bulan..mmg xterurus lah aku ketika nk buat keputusan ni...sangat payah..serius mmg payah....mmg ade offer dr department lain....tapi tu lah..byk perkara perlu ditimbang tara kn....& rasanya ini lah yg terbaik.

CP tower dlm kenangan

Situasi hari terkahir.........
yang kelihatan di sana sini hanyalah kotak....
kan dah kate..kotak aje...hehehehe
& PC aku selamat dibungkus dalam kotak ni.....
Bila PC dah kene bungkus...aku pon meboloskan diri ke Cinema dengan Murni...kalo dok kat opis pon bkn buat ape kn.....maka jumaat lepas kami melayan..A-team...serius best cerita ni....

& bermula hari ni sampai lah rabu minggu hadapan, aku akan berada di bangunan ni............pagi2 kene exercise tawaf KLCC utk sampai ke bangunan ni.
Welcome to Wisma HLA
letey ok!.......

Nota kaki: hidup ini mmg ibarat roda kan?
**pd kawan2 yg prihatin..aku Ok jek...thanx alot ngan korang yg nk tolong aku mintak keje segala...really appreciate it! tapi aku ke company ni dulu lah b4 aku restructure balik idop aku..hehehehe

Comments

cyanamoose said…
all the best babe. InshaAllah ko dah buat keputusan terbaek. rezeki ada dimana2. akhirnya terpisah jua kita..sob sob. tp ko jgn lupa aku plak. aku tk bls email tu sbb bz siot..dok admin tk macam dok kt IT. waaaa...
Yun said…
thanx

2la rezeki ada di mana2

yg penting...Usaha, tawakkal & redha..hehehe
semut-terbersin said…
wah lagik senang nak naik pub transport..tayah tunggu bas lagik dah..
all the best in ur future undertakings!
amoi said…
A-Team mmg terbaik!!!haha..tiba2 tade kena mengena ngan entry :P

experience is the best lesson.all the best!!!

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…