Untuk pertama kali, aku terpanggil untuk menyertai contest yang di anjurkan oleh Nuffnang. Sebetulnya, tiba-tiba teringat akan contest ini, apabila aku duduk depan Lappy untuk bermain games di facebook sambil nak menyapu losyen Vaseline ini ke tangan dan kaki. Lantas terus teringat akan contest "Are You Moist Enough?". Makanya, terhasil lah entri ini.
Sejujurnya, duduk di dalam aircond selama lebih 8 jam sehari dan terdedah pada matahari selama beberapa jam boleh membuatkan kulit kita kering walaupun kita mengambil air yang secukupnya dan memakan makanan yang nutriennya cukup untuk tubuh badan kita. Maka dengan itu, memang kita memerlukan alternatif lain untuk memastikan kulit kita kekal cantik dan kekal lembap.
Bagi saya, Vaseline Aloe cool & fresh menjadi pilihan semenjak setahun lebih yang lalu. Sebelum itu, bermacam-macam jenis losyen telah dicuba sebelum bertemu dengan Losyen Vaseline.
Sejarah jodoh aku dengan Vaseline ini sebenarnya dah lama, semenjak tahun 2000. Di mana seorang kawan aku memperkenalkan aku dengan"Vaseline Intensive care [petroleum jelly]". Aku guna kerana mengalami masalah bibir kering yang melampau dan selain itu, sebelum wujudnya losyen aku turut menggunakan petroleum jelly itu untuk di sapukan ke permukaan kulit yang kering seperti di siku, lutut, tumit kaki dan lain-lain. Sekarang saya guna yang Lip Essence Advanced kerana lebih mudah untuk di bawa ke mana-mana kerana sizenya lebih kecil.
Semenjak itu, aku memang suka pada produk Vaseline. Sehinggalah produk losyen keluar di pasaran, aku tidak ketinggalan untuk mencuba. Apabila menggunakannya, aku dapati memang inilah losyen yang aku cari selama ini, di mana ia tidak melekit ketika digunakan. Aku memang ada masalah sikit kalau losyen ini rase melekit, memang aku akan terus basuh balik kulit aku sebab rasa tidak selesa. Dan paling best, losyen vaseline ini membuatkan aku kekal lembap sepanjang hari dan baunya yang tidak keterlaluan membuatkan aku bertambah terpikat.
Dan kini, aku kekal lembap dengan Vaseline Aloe Cool & Fresh kerana rasa ketika menggunakannya sangat best & baunya yang sungguh memukau...cewahhh...
Oklah pada sesiapa yang nak join contest ni, sila lah jenguk ke Nuffnang utk mengetahui syarat-syaratnya. Semua orang boleh join kalau memenuhi syarat-syaratnya.
No comments:
Post a Comment