Skip to main content

Hikmah Bersabar

SABAR

Aku bukan lah seorang yang terlampau bersabar, kalau yang kenal aku dari kecil, mungkin tau, aku ni kaki baran, cepat marah, xsabar, asal boleh dan sebagainya yang buruk2, tetapi bila makin dewasa & bila selalu kene tegur dengan kengkawan since sekolah dulu, maka sedikit demi sedikit aku berjaya lah kontrol sikap aku yg xsenonoh tu, tapi ape yang aku dpt huraikan, aku kini makin penyabar orang nya..cewahhhh puji diri sendiri...muahahahahaa bukan nye nak masuk bakul angkat sendiri...

CUMA

aku nak cerita, memang hikmah bersabar tu BESAR, cuma kita tak tahu, kita perlu bersabar sekejap or lame jangka waktunya, sesungguhnya, memang Allah telah menjanjikan sesuatu untuk kita bila kita bersabar dengan ujian yang diberi. aku tau semua orang tahu akan hakikat hikmah bersabar ni, tapi kalau mengingatkan kembali..tak salahkan. sebab aku tau semua orang tahu sabar itu separuh dari iman.

TETAPI

jangan lah mengeluh bilamana, yang dikurniakan itu adalah hanya separuh atau sebahagian dari apa yang disangkakan. sebab nikmat yang diberi ade pelbagai bentuk.. dan kadang2 dia beri kita yang ini tetapi dia tarik nikmat kita yang satu lagi. seperti lumrah kita sebagai manusia yang tidak sempurna, maka nikmat yg diberi biasanya tidak akan melebihi sehingga melalaikan

MAKA

bersyukur dan redha lah dengan apa yang telah diberi.. dan jangan lupa untuk terus meminta, memohon & merayu padaNya. sesungguhnya, DIA maha mengetahui, pengampun lagi maha mengasihi. Sesugguhnya hanya DIA maha mengetahui apa yang telah DIA tetapkan utk kita.

OLEH ITU

kita hanya perlu bersabar dan melipat kali gandakan USAHA kita. itu sahaja. rezeki tu ade di mana-mana, muka bumi ALLAH ni luas utk diterokai. jgn lah disesali dengan nasib diri xseindah nasib kawan-kawan & nasib kaum keluarga yang lain. Jeles tu tak xsalah, tapi menyesali nasib diri tu yang perlu dihindari.

MUNGKIN

sekarang kita xkaya, tetapi mungkin kekayaan itu akan diberi masa kita dah tua...who knows kan? dan mungkin kita akan kaya dengan ilmu atau lain-lain. kekayaan tu subjektif. & tafsiran setiap individu berbeza, ade orang kate rumah besar dah kaya, ade orang kate ade simpan 1juta dah kaya, tapi ade orang kata, cukup makan minum pakai & boleh sedekah dah kire kaya. setiap orang ade pandangan sendiri.

DAN

bilamana kita perlu membuat pilihan, semoga pilihan yg dibuat adalah yg terbaek, ape-ape pon untuk membuat pilihan pon kita perlu balik KepadaNYa yg satu. dan semoga kehidupan aku dan keluarga, kawan-kawan, & umat islam semua terus dilimpahi rahmat dariNYa.

Nota kaki: Bila satu nikmat diberi dan satu nikmat lain ditarik, jangan lah mengeluh..bersyukur dan terus bersyukur, semoga aku tidak lupa akan perkara ini.

Comments

me01my said…
thanks yun for reminder...a very deep meaning..
Yun said…
sam-sama, aku tengah memperingatkan diri sndr, sambil2 tu share sekali..xsalahkan.
cyanamoose said…
ada hikmah disebalik kejadian. bersabar dan banyak berdoa. ALLAH pasti akan memberi ganjaran di atas kesabaran kita.InshaAllah.
Odd Pansy said…
aku suka ;) santai tp pnuh msj..n yg pling aku suka, kuaq dr minda kawan aku sndiri..(ntah sjak bla plak aku suka bca blog org nih, b4 ni xde nye sempat)
Odd Pansy said…
aku suka ;) santai tp pnuh msj..n yg pling aku suka, kuaq dr minda kawan aku sndiri..(ntah sjak bla plak aku suka bca blog org nih, b4 ni xde nye sempat)
Yun said…
tu lah tetibe mampu plak tulis masej mcm ni..cuma xberapa padat lg...

kene menuntut ilmu & byk membaca lagi nims kan..

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…