Skip to main content

Musim mengawan kembali lagi

Kelelahan masih terasa tetapi aku berjaya utk mandi pagi dan membetul setting di minda untuk masuk ke opis & menyiapkan kerja daripada memasang angan-angan utk EL dan sambung tido di atas katil.

nasib baik si makhluk bertanduk yang sukar dilihat di alam normal tidak berjaya menggoda aku. sungguh tabah aku.

ekceli, bangun pagi dah rase lega, tu yang gagah melangkah ke pejabat kan.

Sabtu dan ahad, pulun bekerja sebagai jurugambar si majlis sepul & sara di cheras & rasa. Wahai pengantin..penat kan jadi pengantin? tu lah korang asik buli pengantin jek dulu, kan dah kene buli balik~ alalalaalalalaaa

seawal sabtu pagi, di kala bunyik cengkerik masih menghiburkan alam semesta, aku dah sampai kat bandar tun hussein onn.

Dah sah

alhamdulillah..gonjes terer sebab sekali lafaz jek...

tp bukti..ehem ehem..akan jadik bahan sampai aku buhsan ye..muahahahahaaa

impian merah hitam terlaksan..baju santek..& pasangan pengantin pon bagai di pinang dibelah dua....[jgn lupe belanje..dah bodek lebey ni]

seronok ye korang dah blh tengok wayang tengah malam bute tanpa ganguan..

jgn buat wayang udah!

bila petang, kol 6lbh jugak baru aku dpt pulang ke kerinchi. dan malam nye pula, aku lari sekejap ke Banting, klang utk melihat kawan aku yg berseri-seri memegang title isteri orang..muahaha Tahniah Asma' semoga ko ngan Mael akan berkekalan selamanya. Amin.

dek kerana malam tu tiada majlis ape-ape, cuma orang jawa, adalah majlis makan-makan sambil didendangkan dengan penyanyi nasyid [ape aku nk gelar..aku pon tahu lah kumpulan apekah itu]. sekurang-kurangnya, dapat jugak aku berjumpa ustazah Jumaiyah [mak si Asma' yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pengetua sekolah aku]. Ustazah maintain comel lah. uhuhuhu

well....ko makin santek lah asma' oi..& jumpe si nazizah yg xsedar diri isteri orang yg cuba berlagak bujang..kekeke well...nice chatting ngan uols...

thanx to DD sebab menemani aku di mana jua majlis kahwen..muahahahahaaa kesian kan kite DD..xdek orang nak teman kn kite lagi kan?

dan esoknye, kembali sambung kerja sebagai jurugambar dan pak supir kepada pengantin di Rasa. owh. sungguh comei amoi ini bertudung kan? hehehee

theme purple pink di rasa, klasik gitew.

& gembira betul orang dah kawen ni~lalalalaa

oklah, gambar lain2 nanti-nanti lah yek..aku dah hampir termuntah melihat gambar banyak-banyak ni.

dan malam tadi sampai rumah hampir kol 11pm..muahahahahaa rasa-in. tidur plak xnyenyak sebab penat yg lenguh2 sendi + sejuk sangat malam smlm..huaaaaaaaaaa selimut basah kene air dr umah atas [ade org pindah & basuh bilik kot..tu yang air melimpah ke bawah tu]..ntah le budak rumah aku xperasan kot. Hai lah tuan rumah..bila lah nk dtg jenguk rumah..bantal den semua basah ok..malas plak nk turun ambil bantal comel dlm kereta...tidur jek beralaskan ape yg ade...

Comments

Queenin Murni said…
oh,sudah selamat...

congrats tu sepul n sarah.. selamat pengantin baru! mari buat anak!! hahahahah!
Anonymous said…
wawawa..mekasih yun kerana pujian ko tu..akekeke mekasih sbb dtg..mekasih gak kat DD.. rugi ko xde siang tu.. kalu x ko bleh snap pic aku byk2 ehek... aku kena buli ngan photographer!!!!!!

-asma
Yun said…
murni: owh nak ajak depa join club ko ek...anak berderet...mnuahahaha


asma: tu lah...mmg niat nk jugak menyibuk ngan photog ko..tp apekan daya...dpt snap ske mlm tu pon jadi..tp ko nye malu..xleh blah lah...tensi lah photog ko tu kan..muahahhaaa

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…