Skip to main content

SERAM

Terpanggil nak berkongsi sesuatu yang Seram pada aku tapi tidak berapa sangat SERAMnya kalau di kategorikan dalam maksud SERAM yang sebenarnya. AKu tak tengok citer KHURAFAT tu lagi, tapi ramai kata yang best, tang mana bestnya aku tak tahu lagi nak ulaskan. Tu nanti lah yek, bila aku dah tengok cerita itu nanti. Ok, berbalik pada kisah SERAM yang pernah aku alami suatu ketika dahulu......


abaikan jek lukisan buruk aku ni, aku boring, tu yang cuba bakat melukis ni. kerja melukis pakai paint ni hanya berguna time dalam lab masa belajar dulu jek, di kala boring dengar celoteh lcturer yang macam tak paham tu kan, yolah aku bukan nya bijak sangat cakap sekali terus paham kan. kompem balik kena belek 2-3 minggu baru paham kan. lukisan gambaran pada kisah seram yang xnampak ape2 keseramannya pon.ahaks H16 tu adalah bilik/dorm aku.

Pada suatu malam yang tenang, ketika aku berusia 15tahun, di sebuah sekolah asrama di pinggir kota, aku melakukan aktiviti mingguan aku, di mana membasuh baju di kala malam selepas waktu prep, lebih kurang 11pm-1am lah, biasanya aktiviti bermula pd waktu selepas 12am lah kan, sebabnya, 11pm baru abis prep, dan terus berlari ke Dining hall utk melantak sekut kering + air milo sambil sembang. dah kol 11.30pm baru blk bilik kan, kemas2 barang dan get ready utk ke bilik wudhu' bagi memulakanoperasi membasuh baju. hehehe sebab utama serang bilik wudhu' adalah, bilik ni sebelah library asrama [aku duduk kat blok H] kitaorg dan paling hampir ngan bilik aku dan lagi bilik wudhu' ni kompem ada air. muahahahaha.nampak sebab utama aku membasuh kat bilik wudhu' ni adalah kerana tidak mahu perkara seperti kau tengah layannn membasuh, tup tup pancutan air slow & makin slow sehingga langsung takde. tak ke potong stim namanya. maka, utk mengelakkan mood membasuh pudar di pertengahnya, maka, keputusan paling bijak adalah membasuh di bilik wudhu'. alah selain membasuh, kitaorg pon gamble mandi manda di situ...opppsss jgn pikir yang bukan-bukan..kompem lah kena berkemban kan. ehh terbabas sudah, kembali ke landasan ye...

biasanya, library asrama tu, memang budak bilik aku jek yang guna time malam sebabnya, bilik kami sebelah jek, study room kena langkah another 5olangkah kan. ni hanya 10 langkah dari bilik jek. rutin aku, kalau tengah membasuh akan bersembang lah dengan siapa2 yang ada dalam library tu, kebiasaanya, si khatul lah yang rajin melayan aku kan. kebetulan malam tu tengah bercerita pasal apatah, lupa sudah, yolah 3belas tahun yang lepas punya kejadian kot. memang rancak lah menyembangnya kan. dari aku start membasuh sampai lah sudah, dan bila dah nak habis kerja aku, khatul kata nak masuk bilik, setel jek keje menyidai, aku jengah lah library tu, memang takde orang..kosong, masuk lah dalam bilik nak cari khatul sebab cerita kami masih belum habiskan, sekali cari-cari punya cari, kakak bilik aku kata, eh, kan ke khatul memang dah tidur since balik dari prep tu, aku jengah ke katil dia, memang dah dia dah tidur dengan baju prep yang xberganti lagi. DENGAN SIAPA AKU SEMBANG TADI? dan dan bulu roma aku naik menegak..perghhh macam kena kejutan letrik plak rasanya kan, dan bila kakak bilik aku tanya kenapa,aku terus terdiam dan berlalu ke katil aku, terus selubung tutup muka sekali..lepas tu, lama jugak aku xmembasuh baju di kala malam. aku simpan sampai hujung minggu, baru aku basuh, dan tabiat tu dah tersebati dalam jiwa aku ni sampailah sekarang, & memang aku akan kumpul baju sampai rasa menyampah tengok dia melambak [biasanya, disebabkan bakul dah tak muat] baru aku basuh..muahahahaa memang tak boleh lah lelap mata malam tu, tapi pejam jek lah, kang bukak nampak tah apa-apakan,dah lah katil aku sebelah inathong yang dok dekat jek ngan tingkap, pulak tu, tingkap paling bawah adalah terongak satu, maka, nampak lah pokok belakang blok tu..haih....bertambah lah seram. sejak dari tu memang selalu lah kejadian aneh yang mengacau, tapi dia kacau aku gitu-gitu takde lah sampai dia nak tunjuk kan diri kan. setakat bangun malam sebab nak terkucil, aku memang takkan kejutkan orang lah kan, sebab kesian, yolah cuba kau pikir sendiri, kalau kornag tengah syiok tidur mimpi segala, tibe-tibe kawan ko kejut utk temankan dia ke toilet, lepas tu kau pulak yang payah nak lelap balik, memang kena sumpah dalam hati lah jawabnya, dek kerana taknak kena sumpah, memang aku takkan kejut lah, selamat lah kengkawan aku kan. dan bila setel hajat dalam toilet, biasanya kita akan basuh tangan kat sinki kan? dan design toilet sekolah aku, belakang sinki ada shower kan, biasa pintu terbuka, tertutup time ada orang kat dalam tu ajelah kan. tapi ada jugak yang tertutup tanpa sebab, ada sekali tu, tah apa, ke perasaan aku jek, tapi memang betul sebab aku cuba, try, test byk kali, setiap kali aku bukak air sinki, shower belakang aku yg tertutup pintunya, pili air shower pon terbuka, nak confirmkan, itu bukan ilusi semata-mata, aku try banyak-banyak kali, memang sah aku kena permain, apa lagi...keluar dari toilet perlahan-lahan macam tak perasan apa-apa sampai jek kaki kat korridor...lari pecut lah sampai bilik kan. haahahahaa lepas tu sumpah, aku takkan basuh tangan pada sinki yang pintu shower belakangnya tertutup dan takkan pilih sinki yang ada cermin..muahahahahaa mengelak lagi bagus dari mengalami yang bukan-bukan kan.

aku ni bukan kategori berani, dan bukanlah kategori penakut, dek kerana beberapa kejadian yang menimpa ni, aku jadi takde lah takut sangatkan, tapi sebab ada perkataan sangatkan di belakang tu, menunjukkan aku sebenarnya takut lah jugak, cuma simpan dalam hati jek, kang takut sangat, ada yang mudah diserang pengsan tanpa sebab kan. aku cuma ambil pendekatan, buat-buat tak tahu, nasib baik TIDAK pernah mengalami situasi...."NAK TIDUR KE DAH TAHU?" [Glamour kan ayat ni bagi budak hostel?] tapi bersyukurlah benda tu tak pernah tunjukkan muka, tak sanggup oiiii....mau pengsan bersebab plak aku nantikan.

owh lagi satu kesah yang takkan aku lupa sampai bila-bila, ni terjadi sebelum kisah di bilik wudhu', masa ni baru merasai title SENIOR, yolah baru naik Form 2 masa tu, dan ianya berlaku waktu pagi, selepas subuh, yolah brekpes pagi kan start at 6.30am kan, kebetulan pada haritu, tak silap aku hari selasa, kisah ni masa aku Form 2 [dah inform tadi...abaikan], kira umur baru empatbelas tahun. trend kat sekolah aku dulu, nak nampak macho,korang takkan ambil brekpes pagi kat dining hall lah [sapa makbapak bagi duit banyak bolehlahkan]. tapi aku ni dikategorikan sedar diri yang diri ni tak mampu nk amik brekpes berbayar, maka aku memang suka dengan makanan di dining aja. orang berlagak macho ni, depa brekpes kat kantin sekolah jek. ni kes semua ni yang bangun lewat sket. yolah nak makan kat dining kena lah bersiap awalkan..nak beratur lagi vagaikan. ok, kawan aku sorang ni, nama dia si M, sorry M, kena ungkit kisah lama, dia ni memang tak pernah lah brekpes kat dining..tup tup pagi tu aku nampak dia kat dining beratur sesame nak makan nasik lemak. aku tegur dia...dia senyum jek. tak kira apa soalan pon dia senyum jek,aku pelik juga, tapi dia senyum tu kire respons lah..alah soalan aku lebih kurang macam:

1) aik brekpes kat dining?
2) teringin ke?
3) awal harini?

macam tu lah lebih kurang, dia jawab dengan senyuman time tu kire dia respons, aku rasa dia ni jenis yang pagi2 mood nak bersembang kureng sket, xpe nnt dalam kelas leh sembang, oklah kan, at least dia senyum bila aku bertny. aku pon xkesah sangat part tu, sebab yang aku kesahkan time tu adalah nasi lemak tu jek..hehehehee dan dalam kelas lepas perhimpunan & lepas mengaji [owh sekolah aku, memang ada mengaji sebelom mula belajar], aku pon sembang lah ngan dia, tanya apa mimpi dia brekpes kat dining pagi tu kan, terkejut minah tu, sebab dia tunjukkan roti & air kotak yang dia tapau dr kantin sekolah...dia kata mana ada dia jejak kan kaki dining pagi tadi, geng2 dia pon cakap, mereka sama2 lambat, dan tapau dari kantin jek..hahahaha dan dan aku balik tempat dan duduk diam2..kecoh sekejap citer tu, rupa-rupanya ada budak lain jugak yang pernah mengalami kes macam tu, lepas tu, memang aku tak tegur lah orang pagi-pagi kan..hahhahhahaa nasib baik waktu dalam kelas tu siang, kalau malam, sumpah lah...aku rasa nak balik bilik & tidur jek.

dan sekolah aku ni, memang banyak lah jugak kes rasuk-rasuk ni, dan paling best jugak, bila kakak dorm ko sendiri yang kena. perghhhhhh memang seram toksah cakapla, dan kakak tu pula, memang setiap kali nak exam yg mcm PMR, SPM & STPM je lah dia kena. maybe dia stress kot. tapi masa dia sedorm ngan aku, time aku Form 3, banyak plak kejadian rupanya, masa Form 3 ni ek. Dia macam kena buatan orang jugak time tu, tahun tu, 1997, adalah percubaan kali ke-3 dia utk menduduki STPM, kesian kan? Dia terkena buatan orang dari seberang. sangat kesian, sebab dia dah tak kenal ibubapa dia, yang dia kenal hanyalah kami, yang sedorm dengan dia dan adik dia yang bongsu, yang lain-lain haram dia tak ingat. sampaikan dia memang bercuti dari sekolah lah untuk berubat. adalah satu hari sabtu, aku ngan ahli dorm yang lain pergi melawat dia kat rumah. dah sampai tahap kena gari ngan rantai besi ok...kesian tak kesian. dia panggil makpak & adik2 dia yg dah besar tu orang jahat yang na bunuh dia. Lyza, khatul, inathong, ajar, masih kah korang ingat? kisah ni?

aku ngan kakak tu memang kureng sket asalnya, sebab dia ni suka bagi syarahan kan, well aku kan remaja, mana nak dengar orang suka membebel tang ini tak boleh tu tak patut kan. maka, kompem lah kena pangkah ngan aku kan. aku suka lah jugak carik pasal ngan dia, tapi dia jenis tabah, tak terkesan kot ngan ngan lawanan aku tu semua, dia tetap nak bagi syarahan kat aku...sometime aku layan jek dia sembang bila dah buhsan sangat tu kan. tapi dia ok sebenarnya, cuma jiwa remaja aku time tu jek kurang matang & kurang waras. muahahaahahaa ok stop. straight to the point, aku nak cerita masa kitaorg melawat dia kat rumah, sembang punyalah sembang, kejap suara dia macam biasa, kejap lagi wajah dia dah berubah, suara pon berubah, terus kuar suara orang lelaki yang cakap jawa..amik kau, tak paham ok. tu maksudnya penyakit dia dah mai. boleh plak time tu aku nak terkucil, paham2 ajelah maksudnya, tahap keseraman aku dah mula menular dalam semua sendi & urat saraf aku kan.. hahahahaa aku bisik lah kat kakak dorm aku sebelah aku...bagitau pasal aku nak terkucil kan. tapi serius orang lain memang tak boleh dengar, tapi dia yang duduk agak jauh dari aku...tetiba dia kata, toilet kat dapur, pergilah...lagilah aku rasa nak terkucil dalam seluar kain..muahahahahaa seram mak noks time tu... dan dan xlama lepas tu kitaorg nak balik hostel, boleh plak dia nak ikut, terpaksa lah kami jalan kaki balik hostel, nak kata jauh tu jauh lah jugak.....tapi terpaksa, bapak dia terpaksa call polis, dan kereta polis ikut lah kami dari belakang. takut dia buat perangai tengah jalan kan. dah lah na jalan sebalah aku, lagi lah aku seram kan...tapi buat2 berani je, sebab orang lain adakan..hohohoho, ok sampai situ jek, 2thn lepas aku ade jumpa kakak tu, dia dah berjaya dalam hidup dia. tahun 1998 kot lepas dah berjaya berubat, dia amik STPM dan masuk ke UIAM. kakak ni memang pandai sebenarnya. dan byk surah dia hafaz, aku haram, tulah kalau dengar nasihat dia dulu kan ke bagus..ehh sekarang kalau nak berubah pon masih sempat kan, toksah tabur pelbagai alasan kan..hikhikhik....kakak tu jadi cikgu. heehehee dan rasanya, dia dah kahwin pon sekarang.




dan banyak lagi kisah-kisah di asrama dulu yang menyeramkan. yang 3 penjuru lah...yang lari satu asrama macam tenaga lelaki panjat grill asrama lah..perghhhhh bayangkan orang perempuan mampu melakukan nya. tapi lagi seram kisah aku terjun dari korridor tingkat satu yang sia-sia, nasib baik xpatah kaki. sebab terjun tu kena tangkap jugak, dan kena denda jugak...ahahahahahaa lawak jek. ingatkan bila terjun terselamatkan.nasib badan.

Nota kaki: sebenarnya, harini boring, ramai orang takde, maka takde geng nak menyembang, dan kerja pon ala-ala segan nak mai harini, maybe semua orang dah cuti kot. maka aku buhsan, tadi hotfm kan cerita pasal seram ala2 citer khurafat tu.

Comments

Kenanga said…
wahh..all in one citer hantuan...fenin nk imagin..
Yun said…
hahaha 2la dia..nk cerita yang paling seram non-ado, sbb aku kategori suam2 kuku jek kat sekolah....hantu malas nk kaco sgt...

kalo aku kategori terlampau berani/terlampau penakut kompem byk cerita yg lebih layannnnn

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…