Wednesday, March 16, 2011

Percubaan Menghilangkan diri

Dah seminggu lebih xupdate belog ek. Macam lah ramai sangat yang baca, tapi koman-koman aku tau, GGO kompem baca punya, yolah menghilangkan rasa bohsan terlebih keje di opis or kes bengang ngan boss ke kan. jengah sini, dapatlah tatap wajah geng2 yang boleh menghiburkan perasaan gundah gulana kan. sekurang2nya dari takde option lain, jengah belog yang tak berupdate pon xpe kan.

Percutian yang tidak dirancang sama sekali oleh aku, dan percutian ni membuatkan keadaan di opis sedikit huru-hara which is i like...well barulah terasa, takde kau, kompem huru hara suasana kat opis kan..hehehehe tapi aku bertuah sebab aku xroaming no celcom aku, makanya tiada gangguan, nasib baik mereka tak tahu no maxis aku kan. well, selamat di situ.

ok percutian tak dirancang ni, aku ke Bandung, ikut mira & the geng, last minute mereka ajak sbb ada tiket yang sayang nak let go secara percuma kepada AA. hehehhe owner tiket ni tak dpt terbang kerana masalah ngan same dengan si mus kus kus..muahaha tulah lain kali nak beli tiket flight ke luar negara jangan lupe jengah ke sini terlebih dahulu ya [wajib click]. dan baru lah boleh terbang dengan tenangnya.

mula-mula aku cuba utk apply cuti selama 4 hari. empat hari ok, nasib baik baki cuti tahun lepas genap2 4hari, maka tak terusik lah kan cuti tahun ni. dan kebetulan memang kena habiskan cuti sebelom 31 mac 2011. hehehehe asalnya, aku plan nk cuti hujung bulan teruskan. Dan tah baiknya mood boss aku..xsampai 12jam, dia dah approve cuti akiu..fouuhhhh maka esoknya, aku terus call wafi utk pertukaran nama tiket...selamat.....setel, dan seterusnya cek duit berlebihan di dalam acc, dah setel semua baru terhegeh2 nk cek baki berlebihan ek...hahahahaa bagus nya prektis..ahaks. dan adalah sikit, cukuplah lah dari takdak langsung. dan seterusnya mintak update apakah tentatif di bandung nanti..hahahaha sangatlah terbalik prosesnya kan.ahaks. sebenarnya, memang dah lama aku nak ke bandung, cuma masa mereka beli tiket promo taun lepas, aku memang takde bajet, masa tu target aku cuma nak penuhkan tabung aku yang dah kering kontang tu semula, nasib baik lah ada rezeki sikit, maka dpt lah di timbus tanung yang dah kering tu dengan dot dot dot semula.


Flight selasa pagi kol 9.40am, dan balik pada jumaat jam 3.40pm waktu indonesia [lambat sejam]


percutian kali ni hanya 6ahli saja. 3lelaki & 3 perempuan. overall, ok & enjoy. dpt lah tgk orang2 sawa shopping kan..hehehehe
muka semua gembira kerana berjaya menghabiskan duit dengan jayanya di sana. serius lah, pergi bandung tanpa bajet yang melampau memang tidak membawa makna apa2, kan dah terkenang2.hehehe ok, aku pergi bercuti ni memang tanpa bajet yang best pon. ala kadar jek, ater last minute nye plan kan. maka nya duit mana yg ada jek lah korek kan. hehehehee kena beringat sebab bulan depan cuti-cuti lagi ke tpt lain kan. beringat sebelom kena mengemis. ahaks. ok lah. cerita selanjutnya nanti aku update kemudian bila kerja2 terbengkalai aku ni setel. hahahaah cuti 4hari kerja terbengkalai macam aku cuti sebulan jek. walhal, masa aku apply cuti tu memang keja aku tengah melambak..muahahahaha selamba ayam jek., bak kata semua orang kerja opis tu tak kan abis selagi kita bekerja makan gaji dengan kampeni tu. kalo takdak keja makanya, seperti kita tak dihargai dan seperi makan gaji buta pula kan.


Nota kaki: tag nyiok kebana pon aku xsempat buat lagi

2 comments:

cyanamoose said...

cepat2 jawab... mana tau ada jwapan spenda mcm kenanga plak. hahaha

Yun said...

hahahaa, aku tgh berusaha menyiapkan. tp entry lain lg penting kot. ahaks

Good Bye 2018

**pic from google