Skip to main content

Kepuasan

Hanya itu yang mampu di perkatakan. Bayangkan dari 2007, lebih specific cuti Hari Buruh juga, bebudak ATAT merancang ke Taman Negara, tapi apakan daya aku baru bekerja di B*rna* xsampai sebulan, makanya tak boleh amik cuti..sob sob..frust tu memang frust lah kan sebab trip pertama derang masa 2005 pon aku xdapat join sebab semua lelaki. dan selepas tu, Syah [organizer] telah di campakkan ke Sarawak nu, takde lah orang nak uruskan kan..makanya tahun ni dia kembali bekerja di Semenanjung, tu yang aku paksa di jadikan jugak aktiviti ni kan. Dan tarikh 30 April - 2 Mei 2011 adalah pilihan yang sipi-sipi tepatnya. miahahhaa T_T

Lagi paling menyayatkan hati, aku hampir2 tak dapat nak join..tapi akal bijak & usaha gigih aku, akhirnya aku berjaya meloloskan diri dari udara tenang Kedah dan sekaligus berjaya ke taman negara. fouuhhhh..tiada lagi igauan ngeri...ehehheee ehhh mungkin igauan akan kembali minggu hadapan or minggu lagi satu.



Even percutian pendek, dan aktiviti pon takdelah banyak mana, tapi memang puas hati sebab dapat dengar deruan air sungai. serius...best dowh....bunyik air terjun ka, ombak laut ka....deruan air sungai ka...serius mendamaikan. terus hilang penat tungkus lumus 2minggu kat Kedah tu kan. dan alhamdulillah perjalanan pergi & balik berjalan lancar, even terpaksa menghadap suasana Jem di Karak masa balik.


oklah detail cerita ni. dan gambar lain2 akan menyusul kemudian ya.

Comments

Mira Suhani said…
wah sgt jeles sbb aku dh lama xmendgr bunyi sungai dan dh lama xmasuk utan

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

No Plat Kereta dicuri

Perkara kecil tapi impak nye besar.

Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil lewa. Perkara ini merupakan satu perkara serius, di mana ianya terjadi kepada sahabat saya sendiri. Kejadian ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas dalam rabu mlm khamis, di mana beliau mendapati no plat kereta nya telah di curi, di bahadian hadapan & belakang. pelikkan. kebiasaan, org akan mencuri tayar ataupon mencuri kereta itu teros. Kalo bagi saya lah, itu adalah perkara kecil jek..no plat jek kan...baru berapa ringgit kite rugi. tetapi sedarkah semua, kehilangan no plat ini patut dilaporkan pada pihak POLIS dengan kadar segera & simpan lah salinan aduan anda utk kegunaan di masa hadapan.

Berbalik pd cerita kisah benar yg berlaku pd sahabat saya yg namanya si Jan [Bukan nama sebenar] yg pd asalnya mengingatkan, no plat nya di ambil oleh pihak management tpt kediaman nya, memandang kereta beliau tidak menampal sticker utk parking.tet…