Friday, February 28, 2014

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.


percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.


dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.

tips utk penukaran duit:

- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.

- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better sediakan sedikit  duit DONG, sebab tak semua tempat accept USD.

- kat HCMC sediakan je USD and RM. sebab pada aku, kalo kat pasar tu, boleh je guna RM, lagi menjimatkan sebab bila convert kadang2 jadi lagi mahal harganya.

tips utk travel:

- aku cadangkan korang naiklah train ke utara atau dari Hanoi ke Danang, sebab view sangat cantik. kalau boleh ke utara Vietnam lagi cun :D dekat sempadan China tu, aku google je pon dah teruja, kalau dapat pergi lagilah menguja kan..hehehehe



 

ni dekat Hanoi. dari aiport naik bas ke pusat Bandar. gamble je ikut je lah bas tu.. USD2 je dia caj.

inilah gamba orang bangun seawall 4am dan gerak ke airport seawall 5am..kah kah..muka sampai kat Vietnam macam apa tah..wakakaka...ni masa dalam bas 2dollar (tolonglah sediakan duit kecik siap2)

view dari dalam bas

dah sampai nak cari hotel....ada plak upacara kematian

sampai hotel terus org hotel tu bg map utk kami ronda2 jalan kaki

hotel tu baik...allow kami check in awal tanpa caj

ronda-ronda jalan kaki je berdasarkan map.





dekat sini memang muzium semua menceritakan sejarah semasa dibawah jajahan...memang nauzubillah lah tengok..

tapi Alhamdulillah mereka dah dapat memerintah sendiri.


memang suasana kat sana macam Malaysia zaman 1970-an kot.

mereka struggle kerja even upah sangat murah


tengok keadaan rumah yang kecil tapi duduk satu family yang besar. kagum aku..boleh susun anak beranak if nak tidur..hehehee

ni cari makan halal kat restoran nisa..nama iols ok (boleh waze je kot)

dekat Hanoi (ada jugak kedai halal), danang (macam takde je), mui ne (lagilah takde) memang payah nak cari makanan halal. nak dapat kan orang yang boleh speaking English pon payah.. tapi if ko tulis simple English or ko lukis..derang akan faham lah..tapi mereka sangat membantu even dia xfaham..mereka try hard untuk membantu.

ni area tasik dekat Hanoi..masa kami pergi memang tengah musim panas..bapak le rasa nak melecun je baju masa ronda2 ni..kaki pon rasa nak tercabut je.



bila lenguh aku ajak DD duduk perhatikan gelagat. kat Vietnam ni susah nak jumpa orang obes macam aku. bila tengok cara derang makan..aku dah tau kenapa boleh maintain slim...nasi satu mangkuk kecik...lepastu makan dengan sayur di masak air..minum pon air cawan kecik je..perghhhh

lepastukan derang ni...even susah..derang jenis jaga penampilan..bapak payah nk jumpa org pakai selipar je,..kah kah kah...terasa segan plak saya bila berada dikalangan mereka
apa yg best kat Vietnam adalah hari-hari aku makan telur rebus 2biji..wakakaka sebab breakfast mmg hotel yg kami ambil semuanya sediakan breakfast..mintak jelah fruits and half boiled tapi yg dapat telur rebus..layankan je...

memang kami survive dengan Maggie dan roti yang di bawa dari Malaysia...

tengok orang2 kat sini sibuk ke sana sini mengejarkan hal-hal mereka, aku rasa bersyukur duduk kat Malaysia...




inilah rupa hotel dekat Hanoi.


semua hotel aku booking sehari sebelum bertolak ke Vietnam
aku booking dekat www.booking.com

sini mudah sebab xde caj pembatalan..bayaran pon dibuat semasa ko dah daftar masuk sana. sangat2 dicadangkan menggunakan booking.com ni.


harga hotek-hotel yg aku booking semuanya USD14 - USD26 sahaja. exch curr masa tu hanya RM3 = 1USD

kami stay kat Hanoi sehari je.esok dah naik flight ke danang.

kami ke airport dengan taxi (hotel yang bookingkan taxi berkenaan). mudahkan.


aku xtau apakah ini..makanan..masa ronda2 dlm airport

ok dah sampai danang..nak terkucil tapi macam biasa kena bawak botol ye..toilet mereka mana ada getah paip..kah kah kah

sampai danang ambil teksi ke stesen keretapi..apa2 hal kena cari tiket dulu..sbb esok kami nak gerak ke Mui Ne. plan asal ke Mui Ne naik train malam..tapi tiket habis..kat sana tgh cuti festival apatah selama seminggu maka semua pulun balik kg.

dapat tiket jenis hard bed pada pukul 8am esoknya..pergh maka petang tu kami kena ke Hoi An jugak lah kan.layankan..naik teksi dalam 30-40min jugaklah

setel beli tiket kami pusing cari hotel last2 check in hotel sebelah stesen keretapi..kah kah kah..mudah kot2 lah pagi2 payah nak dapat teksi ke kan..ni jalan kaki je. so pagi tu boleh bertenang2 breakfast sebelum masa berangkat dengan train.

dekat hotel ada sediakan perkhidmatan kenderaan nak ke mana2..maka bayar dan dia akan bawa..mudah lah dan harganya pon berpatutan...


ni dekat Hoi An...
odw memang lau pantai..
memang cantik
nak stay area pantai pon boleh, tapi harga hotel tak hagak-hagak lahkan






ni suasana kat hoi ann. dah kami pergi waktu nak senja kan.






kami dok cari Japanese bridge nilah..adalah history disebaliknya..kena lah google malas dah nak cerita..kot kot nanti aku rajin..aku type.



dari bilik boleh Nampak..kekekeke

dan inilah hotel

Fi-Fo hotel.

hotel kat danang ni shj yang aku xbooking

ini pakej sewa kenderaan dan pemandu dari pihak fi fo hotel.



dan pagi tu kami cargas ke stesen kereta dengan berlenggang lenggok lepas breakfast buah nenas dan 2biji telur rebus ..kah kah kah...heaven...

get ready utk masuk.

owh lupa..tiket hard bed kami USD36 dapat level 2 & 3..

suasana di stesen keretapi





ini dia..ngam ngam utk korang baring kan. oklah dari xdekan. perjalan ke Mui Ne memakan masa dalam 21 jam. kat sini even Nampak naïf..tapi toilet dalam train ni bersih dan air sentiasa ada..aku penah naik KTM ke Kelantan kan...air adalah masalah utk KTM..tak tau lah kalau sekarang dah ok ke kan..last aku naik ke Kelantan pada 2011.

yang ke JB haritu..aku xgune pon toilet.
antara view dari dalam train..ini yang aku suka sebab Nampak perkara yang luar biasa...






adalah tempat rehat dan kerusi utk Korang amik angin

nama kat tiket lain..sebutan org di sana lain..cuak jgk takut tersalah station turun kan..tapi pekerja dia sgt effisyen ya..sebab even ko tidur dia tau ko akan turun di mana..dia akan kejut dan pastikan ko turun di tempat sepatutnya..


sampai ga binh thuan pd 4am. maka kami tidur jelah kat kerusi di station ni nak menunggu kol 6am dan dapatkan teksi


ni hotel yang aku booking. try check in awal..not bad..dia caj half..oklah..

terus kebum....zzzzzzz bangun tengahari...tny receptionist macam mana nak ke white sand & red sand dunes.

maka nak naik bas lepas tu nak kena amik teksi..aku decide amik teksi..tp perghhhhh memang mahal sebab jauh kot..tp berbaloi...65 USD kot kitaorg kena.

tapi teksi tunggu dan hantar balik

kalau sanggup nak naik bas boleh..tapi kena tukar2 bas...dan kami kesuntukan masa..maka redha ajelah bayar duit teksi yang mahal itew..hehehehe

and teksi dia accept Crecit card/debit card...so no biggie


perkampungan nelayan..memang boleh dilihat di sepanjang jalan Mui Ne. aku xingat nama pantai ni apa...tapi kitaorg xstay kat area Mui Ne sbb hostel pon harga dia agak mahal..keh keh keh






white sand dunes..

sampai tgh buta..giller ke apa tah kitaorg ni


tapi view mmg superb cantik...

red sand dunes.

actually nak cantik mai lah nak senja...sure lawa giller


dan balik hotel mintak budak hotel belikan tiket kami nak balik ke HCMC keesokkan nya..mudah..hotel kira dekat main road..bas mmg berhenti depan hotel ambil kami..
dalam USD12 je tiket bas..kalo xsilap aku.

sleep bus namanya..
even 140km je tapi makan masa 5-6jam nak smpai HCMC.







fouhhh sampai HCMC mmg bersepah Halal food..kami memang cari kedai makan malam tu jugak...


asalnya hotel yang kami booking hotel lain, tapi lambat sangat check in, maka dia dah open pada orang lain, dan pihak hotel carikan hotel lain untuk kami tanpa caj extra. perghhh..siap hantarkan ke sana lagi.. dan inilah hotel kami.

kat Vietnam ni, even dekat ceruk dan hotel murah, internet tetap free untuk di akses.





so ronda-ronda jelah town HCMC tu dengan jalan kaki. berbaloi. dan menjimatkan. jangan sesekali naik penarik beca sana, kang dia cakap harga lain, sekali dah setel harga berates USD. amik kau..sapa nak bayarkan.



Total kitaorg habis duit utk travel ni dalam RM1500 lah lbh kurang.

dan hotel/hostel di vetnam ni even semalam cuma rm42 utk sebilik semua kemudahan ada...TV, wifi yg laju, dan breakfast utk 2 orang.. makanya....breakfast makan telur dengan fruits ajelah..if fikir sangat halal haram pd bekas2 wallauhalam...kena bawak makanan sndr or kena ke kedai halal sahaja..normally memang mereka sediakan breakfast.

dan jangan lupa try kopi kaw punya di veitnam..

dan sebenarnya masa beli tic flight kami memang tiada perancangan terperinci pon..uhuhu..just nak turun ke Hanoi dan balik dr HCMC., kira tinggal sebulan nak ke sana barulah kami terhegeh2 plan iternary...tu yang terpaksa pilih mana yang wajib pergi sebab banyak sangat tempat menarik dan kami cuma ada 5hari sahaja. so far aku ngan DD mmg travelmate yang ngam sebab kami jenis yang akan tetibe je nak macam ni..contoh..aku lah yang selalu ajak beli tiket flight..lepastu time tengah nak beli baru lah terhegeh..eh kalo balik dari sini ok x? ke kita nak ke sana dulu..hahaaha end up akan jadilah percutian yang sangat tak tau hujung pangkal..but Alhamdulillah so far, kami Berjaya manage percutian even mencungap..hehehehe dan serius kami tak pernah merancang tahun ni nak ke mana..tahun depan target apa..tak pernah...

bila akal kurang kewarasan dek tekanan keadaan sekeliling memang kami boleh sawan..sawan membeli tiket kunun2 nak lari dari kenyataan reality...tekanan kerja je biasanya..walhal....bukan boleh beli utk pergi esok kan..biasalah..masalah dalaman namanya..kah kahkah

 so, korang kalau berkesempatan, study lah pasal dalat (yang mana aku rasa best), mui ne (korang wajib pegi and stay lah lama sikit) dan da nang, byk tempat menarik. and utara Vietnam pon byk tempat best, insyallah ada rezeki aku nak kembali ke utara Vietnam pula dan travel dengan train sebab train ke utara dari Hanoi sangat-sangat best pemandangannya. cehh aku tengok kat internet je... .

dan tips duit tu..kena tau lokasi tu prefer duit apa...utara and selatan boleh guna dollar...selatan boleh guna RM bila shopping.. bahagian tengah2 vietnam...better sediakan dong secukupnya... dan kat hanoi..biasanya hotel ada sediakan pertukaran wang ..mcm dollar ke dong...sbb aku rasa tukar kat malaysia rugi sangat..hehehehee tukar kat hotel lebih berbaloi...itu tym aku ke sana dulu lah..skrg tak pasti lah mcm mana...



4 comments:

Harith h said...

salam..bole bg email addrs? sy nk tnya psal vietnam ni

Harith h said...

bole bg email? nk tnye psal trip vietnam ni

Yun said...

boleh emailkan ke blur.4.2nd@gmail.com

alizal said...

Thanx for the info...

Insya Allah giliran kami ke Hanoi Disember nanti....

Start all over again

Bukan kerja baru ya.. Aku rasa aku masih SETIA... " aku masih setia,  Di sudut hatiku masih percaya....bla bla..aku masih setia..&q...