Friday, February 28, 2014

Kononnya lah kan...

Gen Y
Awek ‘kaki melancong'

‘Elakkan bercinta dengan gadis yang suka melancong’, mungkin ia kedengaran pelik, tetapi itu antara isu hangat dibincangkan jejaka jika lepak minum di kedai kopi atau sembang santai sesama mereka. Apabila ditanya kenapa, mereka tidak hanya membuat tanggapan begitu saja, tetapi beberapa konflik berlaku kepada rakan lain yang berpasangan dengan gadis kategori ini. Bermakna, tanggapan dibuat berdasarkan pengalaman.

Tidak semestinya tanggapan yang dibuat boleh diguna pakai untuk semua. Bagi si kaki jalan, mungkin melancong ke tempat baru, mengenali budaya unik dan berkenalan dengan orang serata pelusuk dunia mengajar mereka untuk lebih berdikari, sekali gus tidak dilabel seperti gadis kebanyakan yang manja.

Golongan jejaka yang resah untuk berpasangan dengan gadis seperti ini bukannya melarang dan menahan diri untuk jatuh cinta, tetapi lebih kepada berhati-hati dan siap sedia untuk menghadapi apa saja cabaran yang bakal dihadapi jika berkasih sayang dengan wanita yang memiliki hobi ini. Gadis ini bukannya berperwatakan asing, tetapi ada beberapa sifat diri menjadikan mereka berbeza daripada gadis yang sukakan kecantikan.

Tak romantik
Jangan salahkan golongan lelaki, ada benarnya ‘awek’ suka melancong tidak romantik. Penulis faham jejaka sememangnya mengidamkan teman wanita yang manja dan romantik kerana ia antara cara untuk menyatakan kasih sayang, tetapi lain caranya jika berpasangan dengan gadis kategori ini. Jika anda bersedia menerima teman wanita daripada kelompok ini, tabahkan hati kerana sudah diketahui mereka agak ‘kasar’ dan ala tomboy.

Tidak hanya daripada segi berpakaian, sikap ini boleh dikenal pasti jika anda berkenalan rapat dengan mereka. Kasar merangkumi semua termasuk cara bergurau senda, berbicara dan sebagainya. Namun perlu diingat, tidak semuanya begini kerana ada banyak jenis cara melancong. Jika mereka melancong gaya Paris Hilton, mungkin ciri kewanitaan terserlah, tetapi jika meneroka gaya ‘backpacker’, pastinya aura kejantanan boleh dikenal pasti pada tingkah lakunya.

Makan malam romantik atau menonton filem di panggung wayang kedengaran menarik, tetapi bukan bagi mereka (gadis suka melancong). Ini kerana mereka merasakan hal ini ‘jauh’ daripada cara hidup dan mentaliti yang sudah dibentuk dalam diri. Pengalaman baru ketika meneroka negara orang mengajar mereka untuk lari daripada aktiviti biasa.

Untuk jejaka, kamu tidak akan memperoleh kata-kata manis daripada mereka kerana yang akan selalu kamu dengar adalah tutur kata telus tanpa ada aura manja. Tapi awas! Sekiranya ini alasan untuk kamu bangkitkan dengan meminta dia menjadi lebih manja perlu diluahkan dengan berhati-hati kerana jika salah budi bicara, pasti si dia akan hilang lagi pergi melancong ke mana-mana.

Cakap lantang
Gadis seperti ini mungkin tidak akan menghabiskan wang si jejaka dengan meminta untuk dibelikan tas tangan, emas ataupun alat solekan ‘fashionista’ yang sedang popular di pasaran, tetapi dia akan meminta kamu sesuatu yang ada waktunya lebih mahal! Jika bukan tiket penerbangan ke beberapa destinasi menarik di seluruh dunia, dia pasti meminta anda membawanya melihat keindahan pemandangan alam ataupun tempat menarik yang tinggi nilai sejarah dan budaya.

Lebih memeritkan jika anda tidak punya masa untuk semua itu, hanya perlu tabah melepaskannya dia pergi kerana dia pastinya meminta kebebasan untuk melancong seorang diri atau bersama kawannya.
Berbeza dengan yang lain, gadis ini lebih gemar bercakap ‘lepas’ iaitu meluahkan pendapat tanpa terlalu memikirkan perasaan orang lain, yang pastinya mesej hendak disampaikan itu jelas. Jejaka yang lembut hati sudah tentu ‘makan hati’ dengan sikap sebegini yang memungkinkan mereka mencari pengganti teman wanita baru. Bagi gadis ini, perspektif cara komunikasi adalah elemen penting tanpa perlu ada dolak-dalik atau bahasa kiasan kerana ia lebih mudah difahami.

Mereka ini juga dikatakan aktif berbicara. Kita pasti beranggapan mereka mudah mesra dengan sesiapa saja, tetapi jangan salah sangka, ada di antaranya memilih bersikap ‘berat mulut’ di negara sendiri berbanding ketika meneroka tempat orang. Walaupun usia masih muda, mereka tidak takut untuk berdebat khususnya mengenai isu berkaitan sosial, budaya dan spiritual.

Cakap lantang
Sifat lelaki mahukan wanita atau pasangan menganggap mereka sebagai pelindung, tetapi tidak jika berpasangan dengan gadis ‘kaki jalan’. Dia tidak memerlukan kamu sepanjang masa kerana boleh melakukan bermacam-macam hal dengan sendiri. Dalam keadaan sedih, dia tidak terlalu mengharap anda untuk merangkul dan mendengar rintihannya kerana dia memiliki alam semesta dengannya.
Jangan terlalu berlagak hero di depannya. Anda akan dipandang jelek atau dianggap menjengkelkan. Perasaan bosan akan timbul jika si jejaka seorang yang suka mengikutnya ke mana saja dan selalu berusaha menjadi pemandu arah atau bertindak seperti ibu bapanya. Elakkan menyuruh dia itu ini mengikut telunjuk anda kerana pasti hubungan kalian tidak akan bertahan lama.

Ada berpendapat, gadis ini tidak terlalu memandang tinggi perihal pendidikan kerana baginya pengalaman melancong lebih berpengaruh dalam kehidupan. Tetapi tidak semuanya begitu, ada juga mereka yang seimbangkan pendidikan dan hobi ini kerana menganggap ia sebagai terapi diri.

Tak kisah tak cantik
Jarang sekali kita dapat lihat perempuan seperti ini berdandan rapi, rupa paras berseri dengan solekan kerana kita hanya akan melihat mereka dengan rambut tidak bersikat, tona kulit tidak sekata dan beberapa bekas luka di tangan dan kaki. Keinginan untuk menonjolkan diri kurang kerana mereka lebih gemar berada bersama alam semula jadi berbanding perempuan yang hobinya memanjakan diri di salun.

Rambut tidak bersikat tidak bermakna mereka selekeh, tetapi setiap inci watak daripada tubuhnya menceritakan seribu satu kisah di sebaliknya. Kecantikan luaran bukan isu utama, tetapi bagaimana cara mereka ‘membawa’ diri dalam masyarakat dan orang sekeliling adalah yang terpenting membuatkan gadis ini berlainan ciri fizikal dan mentalnya kerana ia tidak dimiliki oleh perempuan lain yang luar daripada kelasnya.

Jelas, jika anda jenis lelaki yang gemarkan wanita suka berdandan, bersolek cantik, gadis seperti ini bukan untuk anda. Jangan sesekali mencuba kerana ia kemungkinan besar tidak membuahkan hasil kecuali jika kamu boleh menilai kecantikan hatinya, memahami minatnya dan sanggup berkongsi kasih sayang dengan alam semesta, pasti ia menjadikan perjalanan hidup kalian lebih menarik daripada biasa.
sumber : harian metro
----------------------------------------------------------------
iyolah sumber ni. ni budak-budak dok forward kat WA aku..ek eleh..aku sorang je ke kaki travel? aku takdelah kaki travel but aku boleh je travel ke mana2 tanpa halangan kecuali masalah kewangan (ni mmg lah, xde ongkos mcm mana nak bergerak kan) dan waktu..itu sahaja.

aku tak tau mereka ni buat artikel berdasarkan apa?

takdelah terasa hati, pasal pasangan , jodoh ini kan qada' & qadar, ramai je penggila travel tu kahwin hidup aman damai...takde pon masalah..takde pon isu and tak semestinya yang sebaliknya tu bahagia... cuma tu kan qada' & qadar masing-masing...siapa2 yang terpilih je diuji...apa yg diuji pon berbeza..ada orang yang dah kawen tapi belum dikurniakan zuriat..itu lagi berat ujiannya..perasaan, tanggungjawab, masyarakat sekeliling...macam-macam lah...

konsep tak romantic ke tak reti nak berdandan, pada aku mudah, nak buat apa kita tunjuk pada yang bukan tempatnya, maksudnya belum kahwin nak show off sangat romantic & cantik bergaya...dah kawen tunjuk je lah depan suami kan lebih afdal.

part tak bergantung harap tu...biasanya manusia ni kalau dia boleh handle sendiri nak buat apa menyusahkan orang lain tanpa sebab..nak dapatkan perhatian ke? kalau kita nak menyusahkan kaum keluarga aku rasa takpe..sebab kaum keluarga ni tak berkira walaupun merungut sikit..takdelah kena ungkit ke apa kan...kalau dah kawen nnt jgn plak bini mntk tolong taknak kan... well try lah praktisnya bila dah tiba waktunya..takdelah fikir negative je..

apa-apa pun dari mencari kesalahan lebih baik..mendoakan dan membantu menyelesaikan.. kesian tgk kawan bujang..tolong lah carikan jodoh utk mereka..bukan membebel tak tentu pasal. simple kan... kalau taknak tolong jangan nak menyibuk. buat hal sendiri sudah. hidup pon tak rasa menyesakkan.

No comments:

Good Bye 2018

**pic from google