Semasa kita menikmati makanan yang direzekikan Allah, pernahkah kita meluangkan sedikit masa dari umur kita untuk memikirkan hakikat sebenar nilai walaupun sebutir nasi? Mengapa sebutir nasi yang terbuang menangis? Mana tahu sebutir kecil nasi yang terjatuh dari piring kita itulah rezeki kita yang paling membawa keberkatan.Terfikirkah oleh kita sebelum sebutir nasi itu ada di hadapan kita, terlalu ramai manusia dan seluruh jentera kerajaan Allah yang terdiri daripada malaikat dan makhluk-makhlukNya yang lain telah bekerja keras menghasilkannya. Seandainya kita sedar, pasti kita tidak akan sampai hati untuk mensia-siakannya.
Petani-petani di negara Thailand misalnya telah menyemai jutaan benih-benih padi di sawah mereka - benih padi ciptaan Tuhan yang sudahpun wujud ribuan tahun tanpa pernah mengalami kepupusan [extinction].Setiap hari mereka menyirami dan membajanya. Malaikat-malaikat di bawah perintah Allah menjaga tanaman padi itu, walau hakikatnya tanaman itu tumbuh membesar di atas kekuasaan Allah Yang Maha Menjadikan. Akar-akar padi menjalar memecah ketulan halus bumi mencari zat mineral yang terbaik,si air tetap setia berkhidmat mengairi tanaman kurniaan Tuhan untuk manusia, matahari tetap setia memancarkan cahaya yang diperlukan untuk proses tumbesaran si tumbuhan hijau, molekul-molekul udara tidak pernah luput kewujudannya walaupun ianya seakan ghaib di sekeliling kita, digunakan oleh tanaman untuk bernafas. Akhirnya setelah cukup tempoh, sampailah masanya pokok-pokok padi itu untuk dituai hasilnya.
Pekerja yang mengendalikan mesin [machine] tuai pun datang, lalu padi dikumpul dibawa ke kilang [factory]. Disana pekerja-pekerja dengan bantuan mesin, memproses padi tersebut dari bersekam hingga ia bersih menjadi beras, digredkan lalu dibungkus.
Pernahkah kita si hamba Allah terfikir sesenduk nasi di dalam piring kita itu tidak datang dari tangkai padi yang sama? Mungkin juga mereka berasal dari ladang-ladang yang berlainan*
Setelah itu bungkusan-bungkusan padi dihantar ke pelabuhan untuk dieksport*berpindah dari pelabuhan ke pelabuhan, diangkut ke masuk ke kapal kargo yang besar di dalam kontena. Setakat ini, sudah berapa banyak makhluk Allah yang campur tangan untuk membawa rezeki sebutir nasi tadi kepada kita sihamba Allah ini? Ini termasuklah mungkin lori 18 tayar yang membawa ratusan bungkusan beras ke gudang, pasaraya dan peniaga-peniaga kecil.
Apa sikap manusia semasa mengadap nasi sepiring itu? Tidak terlintas rasa bersyukur kepada Allah Maha Pemberi rezeki. Setiap suapan ke mulutnya tidak disertai rasa tawaduk seorang hamba atas hakikat dia telah dihidangkan makanan oleh Allah Yang Maha Penyayang. Tidak berterimakasih kepada makhluk si air dan si api malah si rice-cooker yang menolong melembutkan nasi yang asalnya beras itu*apa lagi kepada si tukang masaknya.
Ucapan Bismillah sebelum makan itu jikalau dia mengucapkan itupun sekadar satu kebiasaan, tiada yang istimewa. Sebutir nasi yang terjatuh ke atas meja, atau ditinggalkan di dalam piring akibat tidak habis dimakan akhirnya akan menangis. Sebutir nasi yang tadinya gembira dapat berkhidmat kepada manusia, makhluk yang dimuliakan oleh Sang Pencipta pun menangis. Sebutir nasi yang awalnya ceria kerana
dapat berkhidmat dan menolong sama menguatkan badan manusia itu untuk beribadah kepada TuhanNya pun berduka lara. Ia akan dihumban kedalam tong sampah atau jatuh ke lantai lantas dilupakan. Apakah kerana ia mudah didapati, harganya pun murah, maka ia dipersiakan? Diperkecilkan? Hakikatnya si manusia bukan memperkecilkan sebutir nasi itu, tetapi Allahlah yang diperkecilkannya.
Selama kita hidup di dunia ini sudah berapa kilogram nasi yang kita makan, berapa banyak ratus jenis makanan yang kita rasai dan nikmati? Pernahkah kita terfikir, hidangan seekor ikan itu dari laut mana datang nya, segelas susu itu telah diamanahkan oleh Allah kepada berapa banyak makhluk, yang akhirnya dapat dihidangkan kepada kita si hamba Allah ini?
Pernahkah kita terfikir jika di suatu hari setelah malaikat mencari-cari di timur dan barat, tetapi tidak dijumpai oleh mereka secebis makanan, seteguk air atau sehirup oksigen untuk kita, itu tandanya bahawa sudah sampai masanya roh kita menghadap Penciptanya, meninggalkan jasad yang sudah tidak berguna apa-apa*
DiAdApTaSi dArI MiNdA AyAhKu
'''''''''''''''''''''''''''''' '''''''''''''''
Antara perkara yang memberi cahaya pada hati adalah bergaul dengan orang-orang soleh. Di waktu sedang makan pun banyak ilmu yang boleh didapati dari mereka* sebaiknya, piring makanan itu dialas kain saprah atau jika tiada, gunakan serviette paper pun boleh*supaya nasi yang jatuh dapat dikutip semula. Makanlah dengan penuh rasa kesyukuran dan tawaduk. Kita ini hamba yang tidak punya apa-apa, walau semahal mana makanan yang kita beli menggunakan duit sendiri, hakikatnya duit dan hidangan itupun Allah yang memberinya. Ingat, apa yang masuk ke perut itu nanti akan dihisab [calculated] di akhirat, adakah kita berlebih-lebihan, adakah kita termakan hak fakir miskin; hidangan yang tidak akan dihisab adalah yang dimakan secara berjemaah. Oleh itu seeloknya, makanlah bersama sahabat-sahabatmu.
Nota kaki: tetibe lapar balik..hehehehe :)

No comments:
Post a Comment