Tuesday, August 25, 2015
33 Tahun
rasa macam baru je tahun lepas makan kek, dah kena makan lagi sekali..alhamdulillah boleh makan lagi.
rasanya 33 tahun ni adalah paling best dan yang tidak akan dilupakan sebab 18-20 ogos aku kena attend bengkel mukmin professional. thank you so much pada pihak pengurusan company aku yang memilih aku antara ramai-ramai untuk ke bengkel berkenaan.
Apa yang boleh disimpulkan, berbaloi sangat-sangat even aku rasa terlewat untuk mendapat kesedaran tetapi sangat2 berbaloi untuk memulakan pada usia yang sedemikian.
semua yang ditunjuk ajar adalah benda yang sama tapi dengan pendekatan yang berbeza yang sangat2 menusuk kalbu..
ya, benda simple yang memang kita dah pernah tahu...
1) solat di awal waktu
2) ibadah berterusan (yg wajib, sunat dan umum dilaksanakan dengan niat ibadah)..part yg umum ni kita jadikan ibadah untuk melengkapkan konsep ibadah berterusan.
3) perbanyakkan tempat sujud..ni lagi mudah untuk praktik tetapi kebiasaan kita adalah tempat solat dirumah adalah tetap..walhal....dekat mana2 pon boleh solat.
4) sentiasa menulis apa yang didengar.
5) belajar untuk suka dengan apa yang kita ada. (ya, ada hikmah bila pada usia begini aku masih berstatus bujang, dan jangan ada yang mempertikaikan, kerana ianya semua adalah ketentuan dariNya..dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umatNya)
6) dan banyak lagi..
dan 1 benda yang nak aku tuliskan untuk peringatan sendiri dan untuk dikongsi.... sekiranya ada kawan-kawan yang mengulang cerita yang sama...belajarlah mendengar tanpa memberi komen kerana sebab ianya akan menjadi kebiasaan untuk kita memberi alasan pada ilmu yang kita dah dengar berulang kali tetapi diperdengarkan lagi..sebab manusia memang perlu diingati sentiasa...makanya, bila dengar ilmu,cerita2, kisah atau tauladan yang sama, dengar dengan ikhlas sehingga selesai dan sesungguhnya kita tak tahu bila ianya akan memberi kesan pada hati kita. lebih baik dengar berulangkali untuk kita lebih memahami dan lebih mengingati.
Semoga ada ilmu yang tertinggal kekal dalam hati dan istiqamah dalam perubahan. insyallah.
Terima kasih tidak terhingga pada kawan-kawan yang wish, memang xsempat reply kerana phone hamba sangat-sangatlah nazak sekarang..dan yang terkini dia berjaya mendelete kesemua contact no di dalam phone berkenaan..sadis...
Semoga tuhan memberkati dan melimpahi rahmat dan rezeki pada rakan-rakan sekalian.
Wednesday, July 22, 2015
kenapa air milo mak jugak yang sedap
kenapa air milo mak jugak yang sedap..sedangkan sukatan dan cara bancuhan dah sama.huhuhu.
kazen2 aku anak2 dah besar panjang..alangkan aku yg dh 33thn ni pon tetap nak air milo mak jugak, inikan derang yang baru 15-20thn kan..
sembang punya sembang tetap xdpt jawapan..yg dpt aku simpulkan..saje je nak manja2 ngan mak..muahahahaha
pssssttt: air milo mak memang sedapkan. eh korang yang dah ada anak cer tanya anak korang..kompem anak2 kata sedap...keh keh..xp[e nnt aku tunggu anak aku lah tanya kan..xyah tanya bila..aku pon tak berapa nak pasti bila..hehehehe
Selamat hari raya semua..maaf zahir & batin
Friday, July 10, 2015
23 Ramadhan
terasa rugi kerana banyak terlalai
23 Ramadhan
7 hari lagi untuk merebut barakah ramadhan
mohon maaf kawan-kawan sekiranya ada yang terguris, terumpat, terkeji, termarah, terkata, dan segalanya yang menyakitkan hati.mendengarkan perkhabaran ramai orang sekeliling dijemput illahi secara mengejut tanpa sebab, membuatkan aku sangat-sangat takut tidak berkesempatan mengucapkan maaf pada kalian. Mati memang tak mengenal usia, tak mengenal tahap kesihatan. Semoga kita dapat saling memaafkan untuk meringankan bebanan di akhirat sana.
Dan jangan berlebihan ketika berbelanja untuk sambutan aidilfitri, kehidupan selepas aidilfitri sekiranya panjang usia adalah sangat-sangat mencabar. dan hati-hati ketika memandu pulang berhari raya.
Friday, June 26, 2015
Rindu bertandang
Tentang sekolah di atas bukit ini.
Padanya ada sejuta memori
Ada yang masih jelas terbayang di depan mata.
Ada yang buat ku ketawa
Ada yang buat jiwaku sebak seketika
Ada rindu pada sesuatu yang telah hilang
Ada sesal pada peluang yang tak mungkin akan berulang.
Kenangan itu menggamit rindu
Tentang gerobok baju yang sering menyembunyikan aku
Tentang kubur depan asrama dan cerita hantunya yang lucu
Tentang melangit tinggi anak tangganya yang tidak pernah cuba ku kira
Tentang lepak di bawah pohon mangga sambil mengira biji saga
Tentang jeritan warden dan pengawas menyuruh diam
Tentang dewan makan, potong q dan berebut sayap ayam
Tentang kain senteng, skaf tebal dan biru baju yang terlebih nila
Tentang semuanya!!
Di mana lagi boleh ku temu kenangan semanis itu?
Di situ
Di atas bukit itu
Manisnya bukan sekadar pada ilmu
Namun di situ ku selusuri alam remajaku!
Wednesday, June 17, 2015
ramadhan kareem
Wednesday, May 13, 2015
peringatan kepada diri sendiri
KECOH!!! DEBAT AWEK BERTUDUNG VS AWEK TIDAK BERTUDUNG JADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL
Seorang awek tak bertudung yang bernama Lia post status pasal isu bertudung di laman sosial facebook... status yang ditulis adalah seperti berikut..."Semua yang tutup aurat tu dah kompom masuk syurga ke?" lalu mendapat banyak komen dan like dari kawan-kawan yang sebijik macam dia...Tiba-tiba, ada seorang muslimah yang bernama Suri membalas komen Lia tersebut...
Suri: Yang pasti tak tutup aurat kompom masuk neraka...
Lia: Ala...tudung labuh pun macam baik sangat... buat dosa jugak mengumpat orang sana sini...
Suri: Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu...katanya "Kenapa pulak aku kena sujud sedangkan aku lebih baik dan mulia daripada Adam..." Samalah dengan tudung, tudung juga yang dipersalahkan"
Lia: Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku, entah-entah kau dulu lagi jahat...
Suri: Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang bahkan baru masuk Islam pun boleh untuk pergi berdakwah kepada saudaranya... Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan... Selagi awak Islam dakwah itu wajib... At least, orang yang kita dakwah itu insaf dan bertaubat...
Lia: Weh pompuan... Kau ingat aku jahil sangat ke??? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik...
Suri: Adakah awak mendakwa diri awak tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat???
Lia: Pakai ketat ke, jarang ke itu hak aku... Kau tak suka tak payah tengok ok...
Suri: Awak berani jamin ke yang semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu???
Lia: Aku rasa aku tak pakai seksi pun... Terpulanglah pada orang yang melihat...so what..???
Suri: Seksi atau tidak hukumnya tetap haram walaupun menayangkan sehelai rambut...
Lia: Ala...tak bertudung pun aku solat dan puasa macam kau jugak...
Suri: Awak yakin ibadat tu diterima??? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga???
Lia: Suka hati aku la nak pakai macam mana pun... Aku tak susahkan hidup orang lain pun...
Suri: Awak sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik dan suami awak kerana menarik mereka sama-sama ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik awak...
Lia: Apa yang aku pakai ni antara aku dengan Tuhan...
Suri: Dalam dunia berani cakap... Berani ke kat depan Allah nanti cakap macam tu??? Lawan perintah Allah neraka tempatnya...
Lia: Bukan aku tak nak tutup aurat... cuma masih belum sampai seru lagi...
Suri: Mati tak kenal usia... tak takut ke mati usia muda??? Nanti tak sempat nak bertaubat...
Lia: Relax la... Perubahan bukan boleh buat terus... kena slow-slow la...
Suri: Boleh ke awak cakap dengan Malaikat Izrail suruh tunggu sekejap??? Lepak la dulu... jangan ambil nyawa aku lagi... Boleh???
Lia: Tutup aurat tu bagus tapi aku tak nak la hipokrit sebab bila buat tak ikhlas...
Suri: Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas untuk beragama Islam...
Lia: (melalaklah apa lagi)
Saturday, April 18, 2015
dodgeball
macam bola baling..lama2 main rasa best lak.. and now team aku mmg cont main sukan ni..atleast once a week. aku ikut dan lah join.
but korang patut cuba juga..nanti akan jatuh chenta...cehhh
-
ceh tajuk mesti nak gempak jek. and setelah 2 minggu di melaka....khamis lepas keje aku cargas blk KL tapi utk 2 hari jek..aku mintak pelep...
-
Perkara kecil tapi impak nye besar. Sedar Tak Semua bahawa kes kecurian no plat kereta bukan lah perkara yang boleh di pandang enteng/sambil...
-
Angan-angan tahun 2017 ini nak lebih relax dari segi kehidupan kerja dan harian. Nak banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan sebab 2015...
