Skip to main content

Chocolate Caramel.

Kalau sebelum ini. aku buat dadu caramel. boleh cek kat entry sini. Dan bila ronda-ronda tempat lain terjumpa resepi yg lebih kurang kan .




Bahan-Bahan:-

1) Base

1 cawan tepung gandum/kek
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan kelapa kering [aku pakai cornflakes]
125g butter y di cairkan

2) Filling

400g susu pekat
2 sb golden syrup
60g butter

3) Topping [yang dulu aku cuma tabur milo jek kan]

1 keping choc makan dipotong kecil-kecil
1/2 keping choc masakan dipotong kecil-kecil

Cara-caranya:-

0) Panaskan oven pd suhu 180darjah celcius dan sediakan loyang yang sesuai dan sapukan dengan sedikit butter/mentega

1) campurkan kesemua bahan 'Base' dan gaulkan sehingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan tekankan sehingga rata. masukkan acuan tersebut ke dalam oven dan bakar sehingga 10-15minit/sehingga masak lah.

2) masukkan bahan-bahan utk filling kedalam periuk dan panaskan atas dapur, masak bahan2 tersebut sehingga pekat & berubah warna menjadi keperangan.

3) tuangkan bahan filling dah dah siap dimasak ke dalam acuan yg dah di bakar. ratakan. dan bakar di dalam oven dalam 12minit. dan keluarkan setelah masak. dan sejukkan dalam peti sejuk [3-4jam]

4) sediakan topping dengan cara double boil.panaskan sehingga cair dan tuangkan di dalam acuan yg dah disejukkan. dan sejukkan dahulu sebelum di potong kecil2.




Resepi asal dari sini

Nota kaki: Resepi red velvet. nanti ye..aku tgh cek gambar-gambar kek yg lain utk di tepekkan.

Comments

Queenin Murni said…
kalo ko tabur almond kat choclate tu.. walla dah jadi cake daim beb!!! bak la sikitttt
Yun said…
hahahaha ye tak ye jgk kan....pdn lah rasa dia seperti biasa jek aku telan..ngeh33

ala aku xbwk blk KL lah..kene buat lain sbb tgl sikit nau...bglah adik2 aku tu melantak kan..len kali kalo aku buat..aku kasik ko rasa sket..hehehehehe
ck said…
pandai ko baking nokss!!!!

Popular posts from this blog

Vietnam (KUL-Hanoi-Danang- Hoi An - Mui Ne - HCMC - KUL)

Travel ke Vietnam ni dah nak setahun baru terhegeh-hegeh nak update kan. well, macam biasa, gambar dalam phone je uols, tu yang lambat nak proses. lepas tu aku memang malas super malas nak mengarang ayat.

percutian ke Vietnam ni takdelah rancang apa-apa, bila stress kerja mulalah tangan tu gatal kan. dan tanpa plan apa2, aku ajak DD beli tiket flight ke Hanoi and balik dr HCMC. ko mampu...gamble beli lepas tu baru lah nak plan. beli bulan dec kot travel on april/.kah kah..dan tak terpikir pon nak ke mana..yang aku tau misi utara ke selatan..itu sahaja. masa tu tic flight dalam RM500 utk returns.

dah masuk bulan 3 baru terhegeh2 nak plan..makanya, tak ckup hari plak, so, dari hanoi nak ke danang naik flight. sebab beli lambat dalam rm300 jugak lah kena... naik Vietnam airlines. layankan je.
tips utk penukaran duit:
- utk ke Hanoi, bawak USD je pon ok. semua tempat accept USD. sebab kalau kira, guna DONG boleh jadi rugi sket.
- Utk area tengah macam Danang, Mui Ne, dan lain2. better se…

No plat kereta di curi

aku penah cerita kisah ini yang jadi kat kawan aku masa 2010. tapi kalini, jadi pada aku pula. kejadian di parking rumah aku, motif tak dapat diketahui, tak fasal-fasal aku terpaksa ambil cuti, mujur cuti ganti ada lagi..sayanglah kan kalau EL ni.

Kejadian isnin pagi masa awal ogos yang lepas. dan masa yang tepat kehilangan tak perasan sebab dari sabtu tengahari aku tak keluar rumah sehingga isnin pagi nak pergi kerja. baru perasan dekat opis...hehehe dah lambat mana sempat nak telek kereta, tiba2 opismate aku tegur mana no plat...aduhai...satu kerja kan..tak memasal kena patah balik cari balai polis... dan buat report..

alhamdulillah lom ada apa2 lagi..entah apalah motif orang yang ambil no plat tu..tak memasal terbang rm60 utk both set.

dan diingatkan jangan lupa report kalau kejadian ni terjadi..atleast beringat perkara2 yang tak diingini berlaku.

Salam Ramadhan Kawan-kawan sekalian

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu dengan ramadhan kali ini.

Payah jugak nak carik gambar yang gugurl alone..huhuhu semua nak gambar sekeluarga, sungguh tidak melambangkan ahkak yang single ni. Ok, thanks to mr.google dan thanks kepada pembuat gambar di atas.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon maaf di atas segala jenis keterlanjuran yang mengguris hati secara sengaja atau tidak. Semoga ibadah kita diberkati dan sentiasa dipertingkatkan.

Blog ini yang seakan terabai dek kesibukan tuan rumah yang tidak terkata. Semoga kesibukan ini ada terselit saham akhirat hendaknya.

Dan syukur sekali lagi kerana kerja migration data utk 139 cawangan semalaysia dari 139 db access kepada db centralize dengan 139 ragam. syabas kepada ahkaklorat ni. Semoga fasiliti baru ini memberi keselesaan serba banyak kepada pengguna.

Dan kepada rakan-rakan yang terasa diabaikan oleh ahkaklorat, sorry lah ye, sekarang ni masa yang ada memang akan dirujuk kepada katil di rumah sahaja…