Monday, August 2, 2010

‎"Semakin banyak kita dapat, semakin rasa tidak cukup dan semakin
menghimpit dirasakan... Itu tandanya hilang keberkatan hidup"...

Terbace status Fathiah kat fesbuk. Terdiam seketika...semoga aku terus mendapat keberkatan hidup dari-Nya.

Sunday, August 1, 2010

Semoga Panjang Umur Aariz

Seperti yang di janjikan, Nah tengok lah puas-puas gambar yang sempat aku snap sepanjang majlis si Aariz semalam.
Agak payah nak dpt kan pose terbaik birthday boy ni,
sbb
dia betul-betul menjiwai watak Superman
di mana, asik tayang muka stone dia jek
payah benar nk suh senyum..hehehe
xpe aariz, auntie tgk aariz tetap macho ok!
Ok jek dia pakai baru ni..hehehe seb baik tak terbang sebab dah ade sayap kat belakang kan :P
Huh...Superman di cake, aiyoo takut den nak makan eh...sebab xsanggup kene marah ngan superman..ahaks.
ok, ready utk potong cake, aariz dah macam berminat sangat ngan pisau pemotong cake tu...
& everybody ready....
1..2..3..
nyanyikan lagu ni

"Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Aariz
Happy birthday to you.."

cukup lah,...

ok now, turn birthday boy plak tiup lilin...

eh eh..ni sape yg tiup ni?
Aariz tgk ape plak tu?
hehehehe

ok sekarang, birthday boy kene potong kek, nanti tetamu kempunan pula asik dok tengok cake marbeles tu dari tadi..hehehehe
rasenya, auntie ni lagi menarik dari kek kot aariz ek?
ok setel sudahhhh
ehh...ehh kene ulang lagi sekali lah...
ok aariz, tengok camera auntie Yun pula yeee
ok family potret oleh OP, aku mencelah dr atas saja..hehehe
lagi sekali...
tamat dahhh
ehh kenapa ngan mama aariz tu?
Aariz geram ke ngan Superman tu landing baik atas cake tu?
Ni pura-pura aja, ni helah semata-mata nak keluar dr rumah..
glamer superman hari ni...
ok, jom bergambar ngan auntie reen & auntie Nik...ehh zara pon adelah...
jap...aariz tengah pikir ni, ok ke tak nak bergambar sekarang..huhuhu
oklah, sekejap je yeeee
lagi sekali....owhhhh dah lah ek...nak sambung main dengan geng kat depan tu...
ishh auntie reen ni, ni paksaan namenye..kekekeke
opppssss ade org perasan plak nak cuit cake ni..hehehe
aik, aariz nak tiup lagi ke?
I'm Superhero...super super duper active superhero :P
tanak lah daddy,
nak posing kat sini...dulu....jap k!
ok tak superman posing macam ni?
owh daddy suapkan xmo yeee...auntie reen suap nak plak dia
ni lakonan semata-mata, sebab aariz masih lom di benarkan makan cake..hehehe
skema tol mama dia :P
ishhh aariz sekarang kite kena bergambar, tengok kat daddy aariz tu...tp superman tu lagi hensem kot dari daddy dia (*_^)v [jgn mare ye daous&ila]
ok gut boy ~~ :D
oklah...bergambar bersama auntie2 10L

ok time pulang daaaaa




Nota kaki: Ok lah Ila, ni jek yang mampo aku snap semalam, hope boleh lah dari takde langsung kan...xsabar nk tgk gambar dr OP ko nnt..kompem ngan album kan...make sure tym makan2 kat umah cik reen nnt dpt lah menengoknye yeeee

Superboy Turns 1

Yeahh Superboy Ila & Daous dah Setahun :). Petang tadi, aku ke rumah Ila&daous utk sama2 memeriahkan majlis harijadi Aariz. walaupun Aariz dah Setahun dua bulan, baru kini berkesempatan utk mengadakan majlis pengikat silaturrahim.

Bertemakan Superman, majlis berjalan dengan lancar & meriah. Aku, Nik, & Marini yg sampai utk majlis ini. Ida, xtahu lah jam berapa dia sampai..sebab kami dah Chow ketika itu.

Untuk cerita selanjutnya, esok aja aku update gambar2nya ya, ceritanya xberapa penting kalo gambar dah mampu utk menceritakan segalanya.

Nota Kaki: Happy birthday superboy

Friday, July 30, 2010

Penat

Aku benar-benar memerlukan masa untuk tidur dengan lebih lame :P

Mata aku dah macam kelat, meleket..nak bukak ni pon..menggunakan kuasa dr extra bateri. Huh~ entah lah..lately mmg penat, keje plak, maybe nampak mcm biasa cuma kena byk berpikir sbb masalah tah ape2 jek :P Masalah luar kawalan..luar alam..luar petala, luar imaginasi, luar segala jenis luar!

Rase mcm nak hantar notis 24jam jek rasenya!

tp aku sedar...sape nak tanggungkan?

hehehe

ok dengan tidor mlm xcukup mengalahkan org baru lepas beranak & mak-mak yang dah 2-3org anak jek gayanya. Tapi tulah, di kala malam, aku ade kerja lain yg perlu di siapkan. Almaklumlah, ater wat keje part time, mmg lah kene korbankan masa sikit. Nak bangun pagi tu toksah cakap lah kan, dah lah weekend pon semendang jek kene korban kan masa rehat. Huh...memang hari ini aku sangat kelelahan di tambah seawal pagi dah letih ngan masalah train. I hate u train!. Dah tahap nak masuk fasa tersungkur depan PC dah ni. Pakai EYEMO pon mcm dah tak berkesan.. Sampai kan nak setelkan isu pon aku dah jadik blur, xleh nk berpikir ngan waras ni..aduyai...masalah aku ni.

Nota kaki: tu lah sebabnya saya ada sedikit sifat malas mengupdate belog. kerana kepayahan berpikir dengan teratur utk menyusun ayat..sumtime dah type, tapi lain yg di pikir..lain plak ayatnye yang tercipta..kesudahannya, delete ajelah entry tu :) Sebenarnya, byk sangat benda yg nk di ceritakan..byk sangat nak dikongsikan..tapi....lupa kan ajelah!

Wednesday, July 28, 2010

Sendiri CARI susah

Isnin lepas, aku dah buat satu kesilapan atas kelalaian sendiri. Makanya, bila sendiri buat salah, sendiri lah kena rela menganggungnya kan.

Kesalahan itu tidaklah besar mana, cuma ianya memang lebih besar dari kuman & ianya mungkin akan menjadi sesalan sekiranya ape yang dibayangkan menjadi kenyataan.

Aku mengaku aku ni bukan lah jenis yang terlampau teliti & tidak pula tergolong dalam golongan yg tidak teliti langsung kan. Cuma aku ni selalu masok golongan orang yang terlalai or terlepas pandang.

Ahad malam, problem aku tidak dapat tac yg direquest dr maybank2u...dah lah mengantok & penat, system tu plak buat hal. End up aku give up & terus tidur kepenatan.

dan paginya, aku terlambat bangun, xdek lah lewat mane..cuma jam dah nak ke pukul 7am..cuak aku sekejap. paham-paham lah kan..cuak sebab dah terlewat nak subuh & terlewat nak pergi kerja...kekeeke..sampai opis, nasib baik lom lewat lagi :) terus menyelesaikan kes tertangguh malam tadi..terpaksa menaip balik from the beginning utk booking ticket flight tu, & di situ lah aku buat kesilapan, sbb terkocoh-kocoh dek kerana kelaparan & nak cepat siap.

Kesilapan aku adalah, aku tersilap masukkan nama salah seorang peserta, adoiyai! sengal sungguh aku..macam lah aku boleh terlupa nama kawan sendirikan....hai hai hai....maybe aku tengah mengelamun mengingatkan Mimi Spana kot..tu yang leh tergabung kan nama Si nik dengan Mimi spana..serius lawan....& nasib baik IC number dia betul...

jenuh lah aku call airsia...dah lah talian berbayar ye..RM1.95/min...mahal uols, rabak lah bill aku..menunggu sket punye lame kan...yg layan macam hampeh...suh aku fax kan jek IC number nnt dia proses. Aku tanya nak Att: kat siapa, dia kate xperlu, pelik ak..cuma letak booking number jek..aku pon fax kan lah setelah mendpt kan photocopy ic si nik tu. sampai lah selasa petang, aku tgk xberupdate jugak, aku call semendang kene TUNGGU. aku xmo lah bill aku melambung2..aku nekad ke KL Sentral utk selesaikan ape yang patut.

Makanya lepas kerje semalam, aku ke KL sentral, masa amik number, aku dpt angka giliran 1678 & mase tu baru no. 1436 [serius aku ingat ok], aku siap pergi sembahyang asar, baru gerak 1 no.haih..perut aku dah berkeriuk-keriuk bunyik nih..aku pon pergilah mencekik kedarah dulu..adelah dalam 45min aku makan..sampai balik..huh baru 20lebih gerak..dah nak giveup pon ye jugakk..tp malas nak datang lg punye pasal, tunggu jek lah,

lepas tu ade lah sorang mamat ni dah xlarat nak menunggu telah offer number dia kat aku, aku pon amik jek lah kan...no dia 1498, huh....mase tu baru kol 6.30pm, makanya aku terus berdiri menunggu dengan sabar. huh...lepas 45min baru sampai no tu..akhirnya, xsampai 3min masalah tukar name tu setel..& tiada bayaran di kenakan sbb no ic nye betul..kekekekekee

MAKANYA, setel masalah betulkan ejaan nama. dan jangan ulangi kesilapan begini pada masa akan datang,

kalau ada masalah ngan tiket Airasia sila lah call

600 85 9999 (Premium Customer Service Line)
Operating Hours: 7am - 7pm
Available from Malaysian telco – Telekom, Celcom, Maxis & DiGi
Charge: RM 1.95 per minute

diingatkan RM1.95/minut yeee kengkawan. kalo tak sila ke kaunter yang berhampiran, Setau aku kaunter dia yang mudah di KL Sentral, LCCT, Subang aiport & Berjaya groups building..maybe dekat times square.

Nota kaki: sangat mudah membeli tiket flight dengan maybank2u...huhuhu

Tuesday, July 27, 2010

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

Bace email pagi td...terjumpa sesuatu yg rasenya boleh dikongsikan bersama walaupon aku tau semua org dha tahu pasal ni..tp xsalah kan utk saling ingat mengingatkan kembali :)

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Sunday, July 25, 2010

Genting

Seawal pagi jumaat, dpt panggilan dari membe aku...

Membe: Malam ni kau buat ape?
Aku: erm, xdek ape..lepak kat umah ajelah
Membe: Jom Naik genting
Aku: Genting? Malam ni? Kol brape?
Membe: Yolah, Genting lah...malam ni..dalam kol 9lbh
Aku: Kau jemput aku ke?
Membe: yupp..aku jemput kau kat umah lah...
Aku: ok lah..mlm ni aku follow ko naik genting

dan sesungguhnya, membe aku tu adalah seorang wanita ye...aku bukan lah baik sangat...& aku takde lah jenis yg terlampau jahat pulak kan. Aku hny manusia biasa yang mencuba utk menjadi yang terbaik :)

Sebab ade org tersalah anggap..ingat aku nak gi dating kat genting...Gile apekahh.......kalo lelaki bukan mahram nak ajak tgk wAyang pon aku akan reka 20 ribu alasan kan..kan..hehehe ni kan naik genting
Erm tujuan lepak genting tu bukannya ape, cuma saje jek..membe aku nak belajar guna camera yang dia baru beli..makanya, aku lah jadik mangsa utk ajar serba sedikit kan...

kami sampai genting dalam 11lbh sbb nye lepas amik aku, kene amik lagi 3org membe aku punye kawan plak..hehehe mereka tu saje jek nak bergambar sebenarnye...kire pergi bertujuan nak bergambar..tp serius sejuk giller..kekeke

takde plan tido ye...sbb masing2 kene blk awak kerana esoknya, aku nak follow si Gonges+Sara shoot wedding & mereka yg lain tu nak naik ke broga lepas subuh...makanya, kol 2am..kitaorg turun...

owh yg join aktiviti sengal ni cuma 5org..& kesemua nya perempuan... Tukang amik gambar, aku, Peah [name dia sebenar ntah le], kasmah, & yana.

odw balik..aku sedap jek membute..wakakaka pdn muka ngan driver lah kn..hak33...alhamdulillah kami selamat pergi & balik utk aktiviti sengal ni :)...oleh sebab xdek arah tujuan..makanya, cuci mata ajelah..serius ramai gillak org...

Good Bye 2018

**pic from google