Friday, August 29, 2008

Ramadhan datang lagi

Bulan Ramadhan akan menjelma lagi, diharap umur kita akan dipanjangkan lagi utk merasai nikmat bulan ramadhan utk tahun ini.



Sekejap je masa berlalu, kemanisan bulan ramadhan taun lepas maseh lagi terasa, tapi ramadhan kali ini terus menjelma lagi..alhamdulillah sebab maseh dipanjangkan usia utk terus merasai nikmat ramadhan sekali lagi...semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri aku + semua kaum muslimin & muslimat....

Sempena bulan mulia + penuh barakah ni..aku nk mintak maaf pada semua yg mengenali @ xmengenali aku, lebih2 lagi pada yg mengenali aku, yolah mane lah tau aku kan jenis selamber land..xpenah pikir sgt nyer org..selalu lah wat org sakit ati kan..so, di kesempatan ni, aku nak mintak maaf di atas segala keterlanjuran perbuatan + percakapan aku pada kamu semua..pada yg xmengenali lak,,..maybe ape yg tercoret kat sini telah menyentuh sensitiviti individu laen..aku mmg xberniat pon..sbb segala2 nya adalah ikut suke ati aku + ikut ape yg ade dlm otak aku jek...sorri lah yek...[even da way aku mintak maaf ni nmpk mcm xikhlas..sbb dr segi bahasa + gaya aku mengarang ni agak kasar or x brape nk proper kn..tp aku sesungguhnya mmg ikhlas utk meminta maaf]

oleh kerana, orang di sebelah kanan 2 bakal bercuti selama sebulan..ayoh lah kite terus maju ke hadapan semoga bile dia kembali bekerja..kite lebih tegar utk menentang godaan nya..hehehe ha jgn lupe ya kawan2..terawikh....rebut lah sebanyak mane yg mungkin. hope ibadah aku pon jadik makin baek...ha sape2 nak berbuka puasa bersama..ayok..buat lah appointment seawal mungkin..nnt jadik mcm last year..hehehe

Actually, aku tgh mencarik maklumat pasal puasa ni....terjumpa lah serba sedikit [even ramai dah tahu, but aku nk perbetulkan pemahaman aku, hope dpt lah share dengan semua org kn]

erti puasa : - Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah. [aku dpt dr forward email si yam]

Dalil utk Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183: yang membawa maksud "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa"

Pantang-larang puasa [ni yang patut diperhatikan & utk dihindarkan ketika bulan puasa + bulan seterusnya]:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong. [berdiam lebih baek]
2) Mengumpat, mengata orang. [so, no more email2 berantai..gossip harian pon xleh k!]
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya". [so, jom bangun sahur...akan ade lah n3 utk sahur di mana?]
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’. [jgn jadikkan alasan]
2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.

pastu jgn lupekan semayang terawikh..sbb kite jumpe sekali jek setaun..

ni aku ade dpt sekala pasal "Petikan hadith-hadith mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim" utk di share kan ngan kengkawan


[1] Kelebihan Ramadhan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

[2] Kelebihan Berpuasa

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun

[3] Akhlaq sewaktu berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)

[4] Kelebihan Bersahur

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya

[5] Kelebihan Menyegerakan Berbuka

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa

[6] Kelebihan Semayang Terawikh

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

[7] LailatuQadar

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain

[8] Makan & minum ketika bulan ramadhan kerana terlupa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah

[9] Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub

Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa

Ok ini saja utk setakat ini. Renung-renung kan & selamat beramal.

Thursday, August 28, 2008

Siri 1 - Panggilan Strawberi

Actually, cameron ni mmg dah ade dlm planner aku since june lagi..but partner aku yg nak join aku membuat keje giller ni agak bz lah kate kan..pas2 ngan aku2 pon terbz sekali sbb byk plak panggilan makan nasik minyak FREE..huhuhu :P kene lah postponed ke lepas raya. hehehe but apsal b4 puasa dah terlaksana lak program ni kan? heheheehe..syyyhhh rahsia lah kn...

since aku ni malas nk simpan rahsia 2 lelame sgt kan...plus ngan enjin kereta aku yg dah lame xdihidupkan..[almaklumlah, skrg ni start exercise naek bas + tren tok ke opis kan]..huhuhu sian laling aku 2 kan..dah lame xbergerak...ok lah rahsia nya...DD aka pilot on dat day [sbb if dia xdrive..dia bakal mabok melalui laluan yg agak menyeramkan dgn kona sana kona sini..hehehe] xjadik shoot wedding..so weekend 2 suppose aku mmg xde program [dlm otak aku hanya lah nk mendobi baju saja lah] but on thursday, dd tny nak ke mana weekend since dia sangap xde program...mule2 mcm nk maen layang2 but..tetibe otak geliga aku ni..ckp cameron..sbb strawberi dah memanggil2 name aku tok **tut** oleh kerana jumaat 2 hari bekerja kan...so, 4 sure aku g keje, mane leh amik cuti kan...cuti dah tgl 13days jek kn..hahaha nk cuti raya lagi + cuti terkejot aku lagi..hehhee
Nyum nyum..best nyer makan strawberri ngan muke2 aku skali berkerut sbb..kelihatan manis..rase masam kan..hehehe 2 lah org kate dont judge a book by it's cover..huhuhu tp kalo kene yg betui2 masak..mmg sweet lah rase dia..tp nk lebih slmt makan lah ngan honey..kompem selamat lah jugak..sbb rase masam manis..hehehe
ok as warm up n3, aku letak gamba aku yg sakan jakun tengok strawberi..hahahaa sian kat aku kn..coz diz is 2nd tym aku smpai. 1st tym mase aku 10 taun...so, dah 16 taun berlalu..perghhh lame 2..2 pon seb baek sekolah wat rombongan..ala-ala rombongan cik kiah..aku dpt pg pon sbb teman kan kak ijah aku..hahaha kalo x, mane penah umo aku ikut rombongan sekolah ni kan..2la aku xsure apsal ayah aku xbg..& kenapa ayah aku xsuke bebenor nk bawak aku jenjalan dulu..pdhal resort TM 2 melambak jek...booking ajelah kn..maybe ayah aku xde budget utk itu kan..but i don mind..sbb skrg even aku sesengkek mane pon..aku akan pastikan percutian budget aku tetap terlaksana..hehehee:P
ok aku citer sket pasal budget + time tok trip ni...

Destinasi: KL – Cameron Highland [exit tol tapah]

Jarak Perjalanan :3++ km [pg - balik]

Minyak/km: Dalam RM 70 pegi balik. [kete savvy yea] ni sbb mase pg minyak maseh rm2.70/litre, but tym balik minyah dah turun rm2.55/litre :)

Tol: RM 19.40 -143 km ( from Jln Duta – Tapah)

(sila check di sini http://www.plus.com.my/ )

Tempoh Perjalanan: estimate time 3 hrs

Accommodation:
Kang Traveler hotel at Tanah Rata– RM40 per nite (shared bathroom)leh cek kat sini ha utk others info http://malaysiabudgethotel.com/accommodation/cameron-highlands/kang-travellers-hotel.html [amik hotel murah jek..even ade jek aprtment rm200/nite, tp name pon aku pg ber2..xde maknenyer lah aprtment 3 bilik 2 kan..membazir jek]

Places of Interest:
1] Strawberry farm - sbb ni mmg tujuan aku kan...almaklumlah name pon lambai strawberri..hehehe

2] Sungei Palas Tea Centre - ni wajib lah kn..sbb dah smpai cameron..mane ade org tnm teh kat tepi2 highway KL-Melaka 2...

3] Flower Nurseries (Cactus Valley) - aku bungkus strawberi + tomato comei + cactus ..sangat suke dpt jugak koleksi cactus [aku pon xtau berapa leh bertahan di bawah jagaan aku..setakat ni OK lagi lah]

4] Kedai bunge rose [tpt ni lah wat aku nak naek sawan jadik nyer sbb sedozen rose only rm5...wawawawa aku nak jugak]

Tempat makan :Banyak jek kedai makan melayu + halal & harga pon berpatutan, tp aku maseh xpuas ati sbb xdpt lagi mkn steamboat cameron..kene repeat lagi lah jawab nyer..

Peratus Kepuasan : 70% [sbb kejap sgt & xberapa nk puas meronda lagi] lagi 30% bakal dikutip utk trip yg seterusnya
Budget utk sorang bg trip ni: rm100 [makan & minum, penginapan, pengangkutan & seditkit cenderamata utk bdk umah aku] :)


Conclusion yg dpt di buat, di mana ade kemahuan, di situ ada jln, sbb di mana keinginan itu melampui thp keserabutan otak...maka blh lah wat keje gile ni lagissss skalissss...sape mo join angkat kaki..jom lah kite gerak~~~~lalalaa sbb utk menghiburkan hati yg serabut ngan keje opis yg xpenah sudah... mslh diri yg xpenah surut....hanya kita yg tahu tok melegakan nya...hehehehe

TBC

Monday, August 25, 2008

Time Flies Very Fast

Huh tanpa kita semua sedari..next week dah start PUASA...alhamdulillah..yg patut diganti..dah bereih..:) tgh td ade ceramah mengenai "BUlan ramdhan engkau datang lagi" by ustaz haslin. erm harap2 dipanjangkan umor utk merasi nikmat bulan puasa tahun ini. Rase mcm baru jek awal tahun & awal muharam masuk januari lepas...bln 8 pon dah nk mengakhiri tirai. Semoga kite sama muhasabah diri utk kedatangan ramadhan kali ini...supaya ramadhan kali lebih bermakna.Amin.


Semalam seharian aku duduk terperap kat rumah..sbb mmg xde arah tuju..so lepak aja dirumah sorang2 sbb yang laen2 dah bertempiaran kuar rumah sbb masing2 ade program sendiri...erm aku lak yg ala2 mati kutu sbb...TV pon semendang jek probelm connection ngan astro..almaklumlah..smlm kn hampir2 24jam hujan jek..hehehee nk bukak siaran biase..kompem lah menyakitkan ati jek kualiti gamba dia kn..erm aku pon ala2 buhsan...sempat lah skodeng kat dapor..hahahahaa sbb perut aku ala2 bergendang hip hop dah kn...erm teringat akan ubi keledek yg aku bwk dr kampung last week..hehehe akal pon naek kat kepala..ape lagi..zasss keledek 2 bakal aku trasform jadik kuih keria...hahahaa


ok ni lah hasil lepas aku dah siap2kan dowh 2 jadik bulat2 ala2 donut..xsempat amik gamba dr awal sbb xterpikir..hehehe..nk buat kuih ni senang jek...sbb bahan-bahan yg diperlukan hanya ubi keledek, tepung gandum, garam secubit [ikut suka nk letak ke idak], gula melaka..dats all k! Mula2 rebuih lah keledek 2..smpai lah masak..pas2 lenyek-lenyek lah keledek 2...& gaul dgn tepung gandum smpai rase brape nak kenyal...aku xtau term ape yg sesuai di gunakan..kire smpai jadik dowh lah kn..jgn lah keras bebenor dowh nyer..adelak yg makan kuih keria keras cam batu lak...pas2 buat lah bulat2 seperti rajah di atas [ayat skema alam lah plak]...
hehehe ni dah siap goreng...ha dah siap buat bentuk seperti sedemikian..blh lah panaskan minyak & goreng seperti di bawah ni..berhati2 lah yek ketika menggoreng..hgn jadik mcm tragedi aku menggoreng keropok lekor suatu ketika dulu..hahahaaha.....wat naya jek...mengerikan semua org jek nnt!
ok ..goreng..goreng..goreng..jgn xgoreng...kalo xgoreng xleh lah nk makan kan..huhuhuhu aku siap call mak aku tok memastikan teknik nak mensira kuih ni ngan gula melaka xtersilap langkah...kang jadik lah..kuih keria style air gula..hehehehe
ok setelah siap di gorang..kenelah sejukkan dulu..hehehe..tp tym ni lagi aku dah balun..sbb aku lagi suke..yg xde gule..huhuhuhu..layan seh..dah lah kat luar ujan...pas2 makan smbil minum teh o ade ummphhh..perghhhh!!!!! kan bagus kalo aku selalu rajin macam ni..hahaha kompem lah berat badan aku..xkn turun dah...sure naik laju macam lift kat opis ni..hehehehe
ok ..dah sejuk kene lah sira ngan gula melaka..ooo cm mane nak buat ek..sonang aja..bak kate sume org..kacang goreng..tp yg ni xgune kacang k! gula melaka 2 dibelah kecil2 supaya senang nk larut lah kn..panaskan kuali kosong yg bersih..pas2 isi sikit jek air..tgu air 2 mendidih..nk cepat tuang jek air masak..hehehe..diingatkan sekali..sikit je k! ha pas2 tabur lah gula melaka...2..kan style aku mane ade sukatan ..sori k...aku maen agak jek...hehehehe pas2 tgu dia larut....& smpai lah gula berbuih-buih...hahaha nmpk cam best jek air gula 2 tym ni..pas2 ape lg..tabur lah sume kuih 2..sambil..rata kan..& goreng lah dia smpai kering k......api lak..jgn lah kuat sgt.,.,kang hangit plak kuih 2...huhuhu

ok lah..JOM makan bersama aku..hahaahaha ni nak dekat bulan pose...naik aje tanduk antena kat kepala aku ni pikir kan..ape yg nk di buat tok juadah berbuka...idea jek byk..buat nyer xpenah lah nk rajin..huhuhuhuhu......kuih keria..kuih keria..esok aku ada training..so, xmasuk opis..hehehe

ha..lupe lak..nnt aku akan update pasal gamba di bawah ni k....[kire percutian singkat aku jumaat ptg-sabtu lepas].....TBC....

keje gila aku ke cameron highland 22-23 August 2008

Thursday, August 21, 2008

Nyum Nyum

Amacam..nampak macam xbrape lawa jek kan..oppss lupelak nk bgtau ni adalah Kuih Durayaki [kate aku lah kn] but org kampung kate pancake [org kamgpung kenal ke pancake..aku rase sepa lebih mengenali lempeng kot yg mak aku selalu buat] hehehe actually kuih dah selalu buat but lately ni aku malas jek..sbb tym aku buat 2 sokmo..turn nak makan dah abis di balun dek adik2 aku yg ala2 pelahap kalo tym petang-petang hari. so, weekend lepas aku blk kampung kan, adik aku menuntu janji cheesecake nyer tp mmg aku xberkesempatan, so aku gantikan lah ngan kuih ni..aku dpt resepi ni mase aku tgk masakan [aku xhengat yg mane 1] tp cheff nyer ialah chef wan lah kan...

kalo korang tny aku mcm mane nk buat, aku leh ajor kan..but kalo tny bab sukatan 2..sori aku bkn jenis pengahafal sukatan..kalo buat cake jek 2 pon selalu aku auta ikot deria rase, penglihatan aku..hehehe oleh kerana pancake ni simple, so bahan2 dia pon simple bangat iaitu tepung gandum, butter, telor ayam [telor itik or angsa or etc selain ayam adalah dilarang sama sekali], susu segar or susu cari [alah yg cap carnation 2 - lbh kurang lah] hehehe, garam penyedap rasa, vanili tok naik kan bau [pd aku nk ilangkn bau hanyir telor 2 jek], pas2 gula [nak gune blh xnak gune pon blh, kalo ikot aku, aku mmg xgune..sbb aku gune konsep kurang kn gule dlm makanan lebihkan gula dlm senyuman] hehehehe

ok cara nk buat dia senang aja, butter & gula [kalo gune] di godak dgn sudu or nk cepat guna lah mesin pemutar 2 smpai sebati, pas2 masukkan telor putar lagi smpai sebati pas2 masukkan lah susu td & diselang seli kan dengan tepung sehingga likat [xbrape cair & xbrape nk pekat] hahahaha pas2 panaskn kuali yg leper [memudah kan keje] ape lagi masukkan sket butter dlm kuali & buatlah bentuk yg kome suke..selamat mencube..sukatan..ikut suke ati..aku xreti nk cakap pasal sukatan sbb aku xpenah gune sukatan buat bende ni~~~:P

nak lagi sedap...makan pancake ni pas2 buatlah milo ais blended..perghhh mmg heaven...aku pon berjaya ngan success nya menghabiskan stock milo + susu segar kat umah tu..hehehe mcm mane nk buat ice blended 2? alah...nk senang pg order kat starbucks ke, xpon coffee bean ka..hehehee ice blended jek pon kan..xkn 2 pon nak ajo..heheheehe
alamak ternampak tin susu bagai..hehehee pankcake ni asal nyer mengikut resipi chef wan 2 kene makan ngan peanut butter, sbb kan asal nyer name kuih ni kuih durayaki [alah kuih yg doremon suke mkn 2 kn] kene makan ngan peanut butter tp aku ni kan dah jemu mkn peanut butter 2 sbb tym sekolah asrama dulu..2la makanan rugi aku..nak muntah aku~~~hehehe so kite ubah sket makan ngan susu pekat..perghhh layan seh~~~ xpon kalo nk makan madu lagi syiookkk ooooo....oklah kengkawan, kalo rase nk cube..cube sendirik yek~~ok selamat mencube & selamat makan semua~~~~TATA

Wednesday, August 20, 2008

Thanx To Mira

kejadian ni berlaku smlm [19 Ogos 2008 = Selasa]. Aku balik umah dengan muke yg tah ape-ape tah sbb Aku yang tengah hangen ngan bas [sbb bas lambat nk mampos smlm, dah lah aku batok+selesema yg thp sengsara dah] terus tersenyum sebab adenyer kek tok aku kat atas meja~~~hahaha ingat kan ape lah yg mira suh tgk atas meja. Thanx a lot dear. really loved it! aku pon sms mira [sbb dia dah nk gerak blk terengganu kan] aku sms dia "mcm mane aku nk potong kek ni kalo ko xde?" hahaah xpasal2 cik kak 2 naek ke rumah blk..hahaha & seb baek bas dia mlm 2 kol 9pm kan...so sempatlah aku potong cake ni bersaksikan dia..pape pon terima kasih sekali lagi....terharu sungguh..yolah bab suprised-suprised ni...jarang sekali berlaku dlm idop aku nih!
1] teringat last year suprised from bebudak ATAT kn..

2]before diz..seingat aku 1st tym aku dpt suprised cake dr kengkawan aku tok birthday aku mase umo aku 19 kot, mase kat dungun. suprised tu dr my bestfren jugak..si kakak a.k.a Farrah [tym 2 suke sgt sbb cake color purple...pergh ingatan aku maseh kuat lg]

3]tp tym sekolah dulu ade jugak suprised dr ayah aku kn..dia mai anto cake kat sekolah tok di jamu pd kawan2 aku..tp ni mase aku form 2, form 3 & form 4 jek..form 5 ayah aku kate study jek..jgn nk maen2 + xleh makan cake..hahahahahaa



nyum-nyum..sungguh sedap cake ni~~~jom makan
"26th years" wawawa tua nye aku!
ha ini lah mira si pemberi cake tu~~~~


ni aku dpt dr youtube lagu selamat hari lahir dr Mawaddah~~enjoy!


Yang ni lak versi lawak dr "Gila-Gila Pengantin"

Tuesday, August 19, 2008

Alamak rase rindu nak mendaki gunung ledang

Al-Kisahnya..mlm tadi aku mimpi pasal aku wat ape tah kat gunung ledang, xdpt nk recall blk ape mimpi 2 sgt..tp yg sure pasal gunung ledang..ni kompem pasal aku dah rindu sgt kot nk mendaki gunung nih..almaklumlah ..dah setaun [last skali gunung datok kot last year ujung bln july] perghh lame gilerr..kan? 2la rajah nyer trip pon aku xdpt ikot~~~kalo xkompem lah rajah menjadi trip terakhir...lately, aku pon malas nk pg meeting kat sek.7, sejak 2 menjak minyak naek rege..aku naek malas lah kn..hehehe
ni gambar aku wat aksi turun tali kat batu ape tah name dia..aku lupe dah! ha entry mase 2005 ade kat fotopages aku click di sini k! . aku ni kan gayat, so mengambil mase yg agak lame tok turun batu nih..hahaha same thing happen kalo naek gunung mane pon..hahaha kinabalu pon agak lembap bab trn..bab naek aku xde mslh sgt kot..kalo ade tenaga yg mencukupi...bab turun jek aku mengalami mslh..if bertali bagai mcm ni..hahahaah sbb aku sorang yg gayat! kekeke kalo lah aku blh meluncur mcm maen papan gelongsor 2..kan senang...bab turun tali membelakang kn keadaan..mmg aku penyeram org nyer...blh nangis aku dibuek nyer if tym confidence level aku dah thp loz di sebab kan kepenatan [tp lom penah terjadik] aku ade kes jugak..jatuh tym trn dr tali ni..disebabkan oleh membe atas aku telah menghempap aku..perghh pastu ngan lutut meluku pd batu..amik ko..aku xleh jln lepas 2..hahaha terdencot2..seb baek kawan aku yg menghempap aku sanggup memapah aku..kesudahannye, keesokkan nya aku xleh nk mendaki the other gunung..hahahaha xpe janji kaki dah baek..aku pon xmarah kat kawan aku 2..sbb aku tau bkn salah dia pon sebenarnye..dia pon xmo mende 2 terjadik kn...
ni kire bdk2 seangkatan yg naek ngan aku..kire kenangan terakhir aku..kalo x, before dat..setaun mau 4-5 kali aku gigih kan diri memanjat ledang 2..al maklumlah..2la gunung plg dekat ngan negeri melaka..:)pape pon byk kenangan di ledang ni~~~~plg best..pengalaman sesat..aku rase kitaorg mmg sesat lah tym 2..suppose dah smpai ke kaki gunung ptg lg..ni checkpoint last nk turun 2 mengambil mase berjam-jam..smpai tgh mlm baru smpai..x ke sesat name nyer 2...hehehe alhamdulillah lah xjadik pape kn..tym aku mmg dah xbertenaga lah..jln pon dah ala2 nk berguling2 jek..sbb kaki dah xlarat..ngan xmakan [cume mkn roti jek tgh 2..] perghh dah perut aku ni kn org kampung..kene nasik jugak tok dpt kn tenaga..ha lembik lah aku jadik nyer kn..hahahaha pape pon..2 sume pengalaman kn~~~

dah mcm nenek kebayan pon ade 2..ha ngan tongkat bagai..ni style melepaskn lelah sbb berjaya smpai di puncak...lupelak mane aku letak gamba aku panjat batu kat tgh2 2..hehehe lupe lah..xdapat nk selongkar dah..sbb mmg xtau!
tp experiance paling best..sbb aku penah lah merasa tido di puncak ledang yang mana skrg mmg xdibenarkan lagik! hehehee the best moment..korang bgn pagi..even dah kol 8am, khemah sebelah pon korang xleh nmpk..hahahah di punye sejok..jgn ckp lah kn..rase nk bakar jek khemah 2..hehehe tp azab nyer..kat atas puncak 2..xde air k! hehehe kene lah pndai angkut dr bawah or korek lah celah2 batu 2..hehehehe tp serius..i miss dat moment..kalo blh di ulang kn..erm nk tido 4-5days lak..hehehe tp tym kilat 2 serius sgt merbahaya k!mase 2 tuhan sajelah yg tau~~alhamdulillah..kami selamat semua nya!tp yg best tym 2..adik si yam nabilah & zarah ade join, so tym 2 nabilah baru 7taun kot..hehehehe makan lak tym 2 kami siap2 tapau dr kedai mak si yam..pergh ngan buah tembikai lg..heaven seh~~~tp seksa lah kn nk ngankut dr pencawang [actually tym 2 kami naek atas terus pakai landrover bapak si ethong..heheehe] but trn manual lah kn..pakai kaki... tp serius seronok sgt tym 2!

Monday, August 18, 2008

17 Ogos 2008

Uiks... monday blues lagi arini~~ ngantokz thp gaban dah nih! nk kate xckop tido..mcm terlebey jek..hehehe pape jek..maybe mlm td panas kot..dat y aku xleh concentrate + xmerasa puas nikmat tido 2..hehehehe
Morning everbody..nyah jijo dah tegor aku pasal aku caca marba kn cerita dlm entry aku yg lepaih..ngeh33..pape je lah ek...Ok smlm Ahad, 17 Ogos 2008..usia aku meningkat lg 1 anak tangga..hahaha 26 tuuu..watever..janji muda di jiwa..cewahhh...before aku terlupe "Happy Birthday To Me" kepada yg wish aku smlm..thanx a lot~~tersangat lah terharu pada ingatan korang sume~~^-^v
Oleh kerana diz year ulang tahun kelahiran aku jatuh pd hari ahad, so selamat lah annual leave aku pd tahun ni..hehehehe..pd hal aku nyer cuti mmg tgl sikit jek..simpan tok raya..hehehe pas2 mmg tiada upacara menyambut ulangtahun kelahiran aku ni [ayat skema giller] macam tahun2 lepaih kn..hehehe smlm pon aku xmerasa nikmat merehatkan diri..sbb 2 pupu aku si Siti Wahida kawen ngan suami dia si ehsan kat melaka pas2 rushing blk KL sbb sedare tah mane lak kawen kat pantai dlm [serius, aku xpenah tau,.follow ajelah]

"Happy Birthday To Me" [aku dpt pic ni dr website hotlink..hehehe]

ha..tapi aku sempat lah...celebrate in advance ngan sharna & wan kat nandos , Ou jumaat lepas..padahal ni hny lah kuar lunch sbb dah lame xlunch ngan si wan ni...tp anggap ajelah kami celbrate kn..ngeh33

PAs2 tadi smpai opis..puan murni yg suci lagi bersih hatinya..bg aku paper weight versi MOOOO..sungguh comei..tp Adam lagi comei + ensem kan..hak22 Thanx a lot murni...oklah...semoga aku dipanjangkan usia + di beri keberkatan dah hidayah utk meneruskan kehiduapan aku as Muslimah di muka bumi Nya ini...Amin~~

Good Bye 2018

**pic from google