Tuesday, December 31, 2013

Page 365

Akhirnya penghujung 2013 pon tiba, maka bye-bye 31 tahun dan welcome ke dunia 32,..hehehe apa-apa pun 2013 adalah pencapaian terbaik untuk diri sendiri (tepuk bahu sendiri)...di mana percubaan untuk bebas dari belenggu PTPTN Berjaya...dan no more igauan PTPTN... dan aku Berjaya jugak mengucapkan selamat tinggal kepada kg.kerinchi. ini adalah perkara paling payah aku nak buat..tengah2 type ni plak, boleh plak orang maintainance kat kerinchi tu call Tanya pasal sampah renovation rumah...pjg umor betul orang2 kerinchi ni tau...ofkos saya tak tau dah sebab rumah telah pun saya pulangkan kepada tuan pemilik.

dan esok bermula lah perjalanan baru utk tahun yang baru...and good luck to me and semua...semoga kita tabah dengan corak kehidupan di Negara kita sendiri

dan tamatlah versi page kepada tajuk di belog ni..hahaha

Monday, December 30, 2013

Thursday, December 12, 2013

Page 346

Aku dapat link ni dari facebook... tips utk develop ransangan otak kanak-kanak 0-3 years. sebab anak buah aku dalam lingkungan tu...maka kena study jgk lah kan... tgu anak sendiri..non hado..

dan aku rasa tips high5 ni sgt berguna sbb ni lah biasa aku lakukan kat anak buah aku..aku jarang balik kg..so dia jumpa aku kejap2 je kan sebab kalo blk...sabtu mlm aku sampai..ahad mlm aku dah chow balik KL...nk warm up dia lama sgt..makanya...aku ada sehari je..cara mudah..mmg aku akan ber high5 sampai dia boleh gelak2 sambil sebut yeay!!!

utk tips salam ..dia mmg akan salam org sebab ni makayah dia mmg dah ajar..tp nk salam byk2 kali rasa dia pon boring...but tips ni..pd aku..it's work!

dan lain2 tu jarang aku dpt prektik kan..yolah dia bukan ddk dengan aku kan...eh silap..aku xduduk sekali dgn dia..hahahahaha

Tips from her

nota kaki: erkkk lagi beberapa hari nak masuk tahun ke-32..kah kah kah..makin muda plak rasanya

Thursday, November 28, 2013

Page 332

 
Alhamdulillah dah nak dekat sebulan aku pindah ke rumah baru, tempat baru. masih proses membiasakan diri dengan suasana baru yang tanpa mid valley, tanpa kedai makan, klinik, kedai runcit di bawah rumah but tanpa masalah parking..keh keh keh..tang ni paling seronok.
 
masalah tidur memang tiada....lena je
 
dan last weekend, parents aku datang sebab ahad takde kenduri kawen kat kampong aku...maka ayah aku yang kesian kat anak dia yang dok memberus sendiri pakaian2nya sehingga naik kurus lengannya..hehehe naik semata2 nak gantikan kepala paip utk washing machine...if aku kuat nak pulas ketat2 kepala paip tu..memang xmintak tolong dah orang lain..aku buat sendiri je. tapi kudrat xcukup powerkan..kenalah mintak tolong..huhuhu...
 
tapi ayah aku suka je naik KL skrg,,kah kah..lagi2 kawasan rumah aku tu ala2 kampong jgk..petang2 blh lepak kat tasik tgk org main jet ski lah..kapal layar lah...mcm2 aktiviti..tu yang dia seronok.

ok ni singgah masjid putra masa ahad lepas. selepas makan nasi arab kat saba. budak ni kan suka rupanya makan nasi arab..aduhai..nak makan sedap je keje ko kan...dan dia ni seronok je meninggalkan makayah dia..ikut jelah kemana nenek ngan atok ko pegikan...ish ish..xpatut betul budak ni. dah malam kang kita jumpa...jangan nak cari pasal..memang kena cubit nanti.

Friday, November 15, 2013

Page 319

Uish sikit lagi nak page 365

Ni budak ni kan....pandai tu cari coklat yang maklong dia sorokkan. Boleh plak dia ingat kisah seminggu lepas. Ni muka abis feeling lah nak buat maklong geram kan. Muka tak boleh blah dapat jugak cokkelat ni..aduhai..siap ko danial..memang kena cubit nanti ni.

Monday, September 30, 2013

Page 273

Jerawat dah bermaharajalela... Sebab stress ke sebab xckp rehat ke sebab mmg dah hukum dia nk keluar.

Aduhai..

Lg bertambah2 stress aku tgk jerawat xdiundang..penah ke dia diundang ek?haha

Ni tgk tonton sambil melayan stress..tiba2 azan kol 7.42pm...negeri mana lak br masuk maghrib..lambat nau..walhal b4 7.15pm dah azan td..muskil muskil

And sapa2 nk order tudung shawl dual tone dipersilakan ke http://thebajukurungonline.blogspot.com

Monday, September 23, 2013

Page 266

As usual, credit to yam sebab pelawa aku sekali lagi teman dia ke annual dinner bank negara. Hehe bab makan aku ON aje.

This year sgt best sbb dpt dengar ramli sarip secara live..meremang weh

Thank you again. Next year jgn lupa ajak aku lg...boleh aku jd tukang snap gambar korang..huhuhu

Tuesday, September 10, 2013

Page 252

Ios is bz uols.

And iols is nervous...wish me all the best coz esok nak start trial conversion...ni utk semak proses conversion & migration data and training schedule as per doc yg aku reka2 ala2 buat lukisan sawah padi berlatar belakangkan gunung ganang..poyo amat..

Xlepas ni maka akan drag lah timeline..dan teruk lah saya.

Rama2 is everywhere. Hope everything went well.. Mak. .akak rasa nak nangis ni.

Sangat letih sbb baru smpai umah...letih sgt yg xboleh nk lelap..aduhai...nak nangis..tp ayor mato ni tokseh tubit plak..

Semoga cuaca esok baik...utk mood yang baik.

Monday, September 2, 2013

Page 244_1

Dapat kunci ni rabu lepas setelah kepala aku hampir2 hangus dok deal ngan org spnb.menguji kesabaran betul.tp alhamdulillah setel and tgh nk buat report utk derang tkr apa yg ptt dan aku blh uruskn pemasangan elektrik and grill.lepas tu.yahoooo boleh pindah.hehe

Ok itu je

Page 244

Isu terhangat bulan lepas & kini adalah perihal yang berlaku kat syria. ya memang terkesan sangat-sangat, tapi tiadalah kudarat untuk membantu dari segi fizikal, yang termampu hanyalah menguhulurkan doa yang ikhlas semoga penderitaan di sana dihentikan segera. di Malaysia plak hot pasal PTPTN yg kunun-kunun nak disenaraikan ke dalam CCRIS. baru nak disenaraikan, patutnya memang dah ada dalam list tu sejak ditubuhkan lagi. aku mintak disenaraikan bukan sebab aku ni dengki dengan orang yang pinjam ptptn ni sebab aku sendiri pon terjebak meminjam ptptn ni. ini cuma method untuk aku sendiri yang aku rasa berguna sebab-sebabnya akan aku ceritakan nanti.

ok sebab pertama

mudah je, kalau dari awal masuk CCRIS kompem aku takkan lengah-lengahkan nak membayar hutang ni.

yang kedua

ianya memudahkan aku, sbb dah kompem-kompem lah akan kene tolak gaji..xpayah susah-susah nak pikir transfer sana sini. leceh dan mudah utk tidak ingat..hehehe

yang ketiga

kuranglah peluang untuk aku tambah hutang mudah..hahahaha pikir logik..hutang PTPTN yg bertimbun tu xbayar lagi..bank lain nak bagi ke apply personal loan or loan kereta ke or loan rumah..ni confirm effect kat total loan yg ko boleh amik kan.

yang keempat

memang confirm akan bayar ikut jadual..hahaha dan sepatutnya dah nak abiskan..dah kata 8tahun tamat belajar....

yang kelima

sebab boleh ingatkan aku sendiri tentang betapa pentingnya dahulukan hutang dari benda lain-lain..insaf uols...dulu asik berpoya-poya je kan

yang keenam...

lebih kurang lah..malas dah nak listkan.

sejak 2-3 tahun kebelakangan ni baru aku sedar akan pentingnya dahulukan hutang dari benda lain, macam-macam cara aku gunakan untuk aku kasi Nampak baki kini hutang PTPTN ni sikit, tapi dah kata bayar tak berapa banyakkan, maka takdelah banyak mana kurangnya.

dan bila ujrah keluar, aku apply, makan bertaun prosesnya dan juga method potong gaji tapi aku ni tukar-tukar kampeni (dululah kan) agak payah..maka bayar sendiri...and ada lah jugak ter SKIP..hehehe ni sendiri yang skip hokeh..ahaks..sebab tak disiplin and still anggap xpenting and xde efek pon kalau xbayar...boleh?

dan bila dah 30tahun aku macam xnampak apa-apa kejayaan pon pada target2 perjalanan hidup aku..maka terpaksalah aku pasang strategi untuk aku pejamkan mata bayar aja guna saving mana yang ada...dan bila 31thn ni lah baru aku nekad nak buat dan laksana terus

Alhamdulillah 20% disc diperkenalkan, tapi sayang, ianya pada baki akhir tu sahaja, kesian pada yg dah bayar banyak tapi tak dapat apa-apa kan...aku gunakan peluang ni, tapi sekarang aku ala-ala pokai gitew...terpaksa menabung semula..tapi yang penting..hati aku tenang..atleast adalah kejayaan dalam hidup....

and aku nak share tak payah lah prung prang pasal apa yg kerajaan cuba lakukan (aku bukan pro kerajaan), sebab aku rasa method yang cuba diperkenalkan tu untuk menyedarkan peminjam-peminjam tu xculas nak bayar balik.

ok lagi 1, aku memang nak berterima kasih kat ptptn sebab kewujudan dia, aku dapat sambung sampai degree. nak harap kan makayah memang tak mampu almaklumlah aku anak yg sulong,, berderet lagi yang sekolah kat bawah aku tu kan....nak bergolok gadai, femili aku memang xberharta, maka terima kasih pada ptptn. tak perlu nak ckp banyak sendiri tak belajar pandai, jangan mimpi nak dapat benda free kan.. if aku ni cemerlang, memang aku hanginlah if tak dapat biasiswa kan. di sebabkan aku masuk UiTM je, toksah mimpi lah nak apply loan MARA, redha je lah..mujur ada...if xde tak dapat nak membayangkan macam mana lah nk beli computer nak beli baju nak pegi kuliah...aku memang tak sampai hati nak mintak kat makayah...serius..Nampak je mcm mewah tapi time belajar dulu macam-macam benda aku jual utk dapat kan tambahan pendapatan. tak mudah ye nak Nampak tak sesak time belajar... dulu-dulu masa mula kerja aku pon amik mudah and tak pandang pon hutang PTPTN ni..bagilah surat amaran warna macam-macam , ada aku kesah? hehehe tapi bila umor start 29 tahun aku punya mission adalah nak bebas hutang...macam yang MLM selalu prung prang kan....xde maknanya MLM nak tolong..sendiri tolong pikir adalah lebih afdal. MLM tu menjahanamkan misi lagi adalah...


dan jangan berangankan benda free kalau diri sendiri tak mampu nak sponsor apa-apa pd mana-mana pihak...biasiswa dan pinjaman adalah sangat2 beza. dan bayangkan if kita hanya mampu takat sijil SPM sahaja.... dan jangan berlagak nak melaram kereta mewah tapi hutang diabaikan..sebab memang takkan tenang dan berkat...if nak komplen pasal interest lah apalah, cuba cari alternative lain kalau ada.....masa aku dulu tiada siapa yang boleh terangkan pasal PTPTN ni..maka pejam mata sign ajalah... jangan hanya menunding jari sana sini ye..dan lagi 1, boleh je nak jadikan pinjaman tu kepada biasiswa, tapi apakan daya belajar pon suam-suam kuku..pasrah je lah bayar....siapa-siapa yang belajar tak pandai, jangan banyak songel hokeh! kalau nak FREE sila study hard sampai Lebam!

dan sekarang aku berbangga sebab telah bebas dari igauan negeri PTPTN..huhuhu sebenarnya boleh je...dan aku jadi lagi malu dengan sorang kawan lama...dia hanya diploma dan kerja sebagai kerani..dia seorang yang tabah sebab rela kerja gaji rendah, tapi dia disiplin bayar ptptn..dan dia dah abis bayar dulu..malu tau...kita dok canang melancong sana sini..makan best-best...dia just inform..PTPTN setel..sentap mak..tercabar hokeh...apa-apa pon hutang kena dahulukan sebab if umor tak panjang..kesian pada orang yg kita tinggalkan nak menanggung beban hutang kita...piker-pikirkan lah....

dan if xnak ada apa-apa kaitan susur galur salah silah dengan ptptn, sila jgn apply masa nak sambung belajar, hidup seadanya dan cari duit sndr baru sambung belajar...hokeh

cara-cara mudah nak setelkan PTPTN:

1) gunakan saving masing-masing, nanti menabunglah balik
2) KWSP tu ada, boleh keluarkan utk setelkan.
3) dapat bonus, bayar lebih..hehehee

dan utk pembayaran penuh & nak dapatkan 20% disc sampai 30 sept ni, mudah je...

1) pegi kat kaunter ptptn (mana2 pon boleh, nak mudah pegi serang mana2 UTC, cari ptptn, sabtu ahad pon bukak)
2) maklumkan nak buat bayaran penuh
3) nnt dia keluarkan surat yg akan valid sampai tarikh sekian....
4) boleh lah sediakan bank deraf or cash and bayar kat kaunter...
5) setel bayar , mereka akan bg surat pelepasan..

mudah kan.

apa lagi..ayuh kawan-kawan...tak guna simpanan banyak..tapi masih berhutang...hidup tak tenang....dan lebih berkat bila dah setel hutang

Sunday, August 18, 2013

Page 230




 
 rajin plak aku update eh. ni lyza fwd td kad raya dr aku thn bila tah. dan gambarbni xsilap aku masa raya 2004. rindunya lah hai kat korang. rasanya aku patut plan 1 percutian or makan2 kot hujung tahun. nak harap raya mmg payah nak kumpulkan org. masing2 dah kawen kan kecuali aku ngan lyza je. xpe akan ku pikirkan nnt. hope menjadi.
 
 
 
 
Note: Menjawab kepada cadangan Kenanga -> Memang itulah impian, tapi nak kumpulkan 3orang dalam 1 masa pon payah....dah semua perjumpaan aku jugak yang ada...lain-lain akan berubah ikut keadaan dan lokasi dan masa...hope apa cadangan ko boleh dilaksanakan..Hajar, sila siap sedia umah parents ko ye...hehehehe

Saturday, August 17, 2013

Page 229

Hari ke 229 dalam kalendar masihi adalah hari aku wajib tambah umur. Makin tua makin banyak lah transaksi dosa bukan makin banyak bebanan tangunggan duniawi tapi bebanan dosa. Semoga tuhan akan mengampunkan hambaNya yang kerdil lagi hina ini.

Ok sempena umur 31tahun ni.alhamdulillah perihal duniawi bila mintak senang je dapat tapi perihal selainnya agak sukar.mungkin inilah kafarah atas dosa2 yg silam. Semoga taubat diterima dan dipermudahkan urusan.

Paling aku kagum tahun ni apak den hantar sms wish happy birthday.kagum kejap aku...xpe thn ni hantar sms tahun depan ayah hantar transaksi ke akaun eh..baru super bertuah anak ayah ni..wakaka..

And thanx alot pada yg wish dan yg xwish...aku ok je...nk potong kek?dah tua2 ni xmainlah potong kek.aku tukang makan kek je skrg ni and part makan kek dah dibuat in advance khamis lepas..haha serang secret recipies ajo. Sonang kan?segalanya dihujung jari..tunjuk aja deh...lepas tu ngap. Setel.

Bila pikir2 balik macam tak percaya lah dah 31thn dan masih single...kagum dengan diri sendiri..cewahhh pd yang doakan aku cepat kawen tu..jgn doakan saja kalau boleh tolong usahakan sama ya..sebab aku pon dah tak tau tang mana lagi nk selongkar untuk cari jodoh.

Masa aku lahir dulu pon rasanya bulan syawal. Dan skrg syawal jugak. Bulan kumpul toksin dan kolestrol dlm badan sbb byk sgt makanan berlemak dihidangkn.huhuhu

Ok dah jauh merapu ni....nak tido and mimpi yg indah2. Gut nite uolss

Friday, August 16, 2013

Page 228

Dengan ini diisytiharkan sempena bulan kebanggaan tuan empunya belog, tuan empunya telah menamatkan riwayat no maxis beliau kerana terlalu kecewa dengan pihak tersebut yg telah menghancurkan hatinya...cehhhh

Padahal dah expired. Padan muka.

Tuan empunya belog boleh tersenyum riang..tak perlu nak angkut 2phone dan lebih menjimatkan.

Ok selamat meneruskan terjah raya anda walau di mana anda berada. Adios.

Sebarang aduan sila kemukakan pada no celcom saya. Sekian

Monday, August 12, 2013

Page 224

Owh tidak...esok adalah hari terakhir bermalas-malasan di kampung..memang akulah orang paling malas raya kalini. Apa nak jadi tah.

Dan semoga kembali rajin bila di kl esok. Ceh nak rajin je kena balik kl. Tak patut...sebab kat kampung ada adik..boleh lah buli dia..uhuk...dia baca ni mampos aku...tak dapek nak bermalas-malasan lagi..tapi sebenarnya...aku kena cbb dari raya ke2 sampai harini macam tak baik2 lagi..tu yg malas jadi nya.

Dah amik mood nak balik kn esok...

Friday, August 9, 2013

Thursday, August 8, 2013

Page 220

Pada kawan-kawan sekalian. Dikesempatan ini, saya menyusun 10jari memohon maaf di atas salah silap,kekasaran bahasa, keterlanjuran kata serta seandainya ada termakan minum tanpa permission harap di maafkan dan dihalalkan

Rayalah seadanya,bermaafan lah sehabisnya : D

Friday, August 2, 2013

Page 214

Mood raya dah mai sebab tiba2 teringin layan iklan raya kt youtube..hehe

Tapi jangan tanya pasal shopping sebab dah tua2 ni tiada mood dan guna pakai mana yang ada udah le yek. Baju raya je aku tempah 2pasang..cukuplah..tudung tu kate tokei tudung kan..amik je lah dari stok. Wakaka

Tapi iklan raya tahun ni aps yang paling best? Almaklumlah aku ni tiada tv kat umah tu..hhuhuhu

Tuesday, July 23, 2013

Page 204_2

Budak2 ni merapu kt whatsapp. And kebangangan dok fwd2 gambar makanan..aduhai...

Page 204

Sekarang kompem isu paling hot adalah balik kampung mana raya ni?well aku lom masuk phase serabut wajib pikir maka aku relax je.huhuhu

Dan the best part baru 12 hari puasa (cerita ahad lepas) aku dah kena cbb. Dennngg mmg lah lauk kt bazaar ni.salahkanbazaar walhal salah sendiri sebabpemalasyangamatkan.

And rindu kat budak masham ni.aritu aku balik dia buat2 sombong..pahtu kejap2 usha muka maklong...bila aku pandang nangis meroyan ngada2.orang puasa xde mood nak ajak bertekak hokeh and maklong ko ni pon xde mood nk layan kesongelan ko tu budak masham. Xpe weekend kita balik lg.tahun ni turn femili derang raya umah nenek segamat ye..lega dia xde di saat genting kalo x asiklah nk kena ngadap kerenah dia.

Gambar2 budak masham ni ehsan dari busu dia.dia punya manja ngan busu dia..memang menanahkan biji mata.tokleh blah.

Monday, July 22, 2013

Page 203

Ramai yang tak tahu atau masih ragu-ragu. If suntikan utk kesihatan adalah dibenarkan yg bermaksud blh teruskan berpuasa tetapi suntikan utk mendptkn tenaga dan kecergasan adalah membatalkan puasa. Ni tazkirah di opis aku. Saje nk share utk renungan bersama.

Thursday, July 4, 2013

Page 185

Harini budak masham ni genap 2tahun. Happy birthday sayang danial harith hanif. Bapak pjg nama kan. Still xreti nk buek peace tapi takpe prektis make perfect. Hope jadi anak soleh dan beriman yg menyenangkam semua orang. And please lah jangan ngada2 dengan mak apak den lebih2.huhuhu

Wednesday, June 26, 2013

Page 177

Sekarang sangat bz. tak terkata bz Nye, biasalag bz hal duniawi tak lain xbukan bz dengan kerja utk menyara hidupkan. tapi takdelah duniawi sangatkan, sebab kerjakan ibadah jugak. so ada pahala disitu kalo ikhlas. dan lagi blogroid tu xboleh pakai. hampeh. lagi menyusahkan. hampehtolaktepibetul!

cerita pasal Vietnam xmula pon lagi, perihal terjoin treasure hunt pon xciter, citer ke penang cari penat pon tak ingat dah dan macam-macam lagi.

sekarang ni paling hot pada waktu dan ketika ini adalah, aku takde suara, nikmat bersuara ditarik sementara, banyak pahala ni sebab kurang mengutuk orang..keh keh..tapi kutuk dalam hati pon dapat dosa kan.uhuk...uhuk uhuk... biasalah masalah jerebu ni,...buat tekak aku rasa kering..maka takdelah suraranya..bila bercakap walaupun 3-4 ayat je nk citer..penatnye mak eihh....macam bercerita 3jam... tapi oklah..suara rock..semua tny aku berkaraoke ke apa? well aku bagi sokongan pada program bintang mencari bintang...ngeh33 walhal tau pon idak program tu..jgn tny mcm2 sebab rumah aku kan takde tv..kurang tgk bende2 lagha...

ok sambung siapkan listing isu utk UAT yg tgh berjalan ni....nilah penyebab den bz.tata


Thursday, May 16, 2013

Page 136

Ok ni kopi hari khamis minggu lepas


Dan aku dah try latte kat mcd selasa lepas and sabtu lepas bedal latte kat coffee bean.

Tak tau apa lah wabak yg menular dlm badan..aku jd ketagih kopi...

Kt mcd aku amik size large..kunun nk tapau blk minum kopi..haremmmm kat situ jgk licin...same goes to coffee bean..aku tapau hak large..amik ko... Ni penangan minum kopi hari2 kat vietnam...skrg aku dh mampu minum kopu..tp masih ada certain kopi yg aku xleh terima sbb nnt nebes sepanjang hari. Dh nebes tu nnt aku melalut rasa ada something bad nk jadi..poyo kan? well biasa lah wanitakan beremosi sket...wakaka..dah skrg dh meleleh ayaq liur ni...nk g cari kopi lg....jgn sampai aku terjebak beli coffee maker udah le..mane nk dpt stok kopi best eh?

Tuesday, May 14, 2013

Page 134

Tak sangka harini genap setahun aku bekerja dgn kampeni sekarang.

Hope berkekalan. :) amin

Sunday, May 12, 2013

Page 132

Lunch harini ditaja oleh mr and mrs solja. And i like baju t pink mrs solja. Hehe thanx sbb menjamu kami nasi lauk kenduri..sodap hingga menjilat jari gitew

Cantik rumah yg baru dibeli n diduduki oleh pasangan solja ni. Mcm ddk dkt sunway lagoon...

Ok...dpt jgk ggo berkumpulkn.. Insyallah nnt kita kumpul lg ye










Sunday, May 5, 2013

Page 125_2

Ish...ni musim kemerdekaan or musim mengundi? Budak macam-macam ni memang..ada je aktiviti dia.

Aku br balik dr bemban mlm tadi..tgk dia tgh hyper dok main dgn bendera...bkn bak tido asik lah nak bertekak dengan org lain. Tak reti dok diam betul.














Harini kitaorg boring giller plak kt rumah ni cz bdk macam-macam yg mashhaaam xde...lepas mengundi pagi td..derang blk segamat plak cz ibu dia nk mengundi plak. Dia ade serabut..dia xde rase pelik plak sbb xde sape yg blh disakat sampai melalak. Well tu aktiviti kitaorg sakat dia sampai melalak.manje sgt dgn atok..menyampah je kadang2 sbb mengada dan reti ddk diam. Ade je aktiviti buat org nk menjerit.

Page 125



Kejadian tgh semalam masa aku odw blk alai.masa ni dh sampai kg. Bukit duyung...tengah melayan lagu terima kasih by iamneeta...sbb aku tgh struggle nk cari tajuk lagu tu...sekali mmg tgh fokus kt tpt kejadian...tibe2 nmpk org mcm terpelanting.serius terkujat...nk slh siapa aku pn xpasti...jln tgh sesak sbb belah kanan ada kenduri kawen n belah kiri tu petrol pam..dan kt situ mmg kawasan bg laluan pd side sblh utk ke petrol pam...jln kete berderet..kancil tu xperasan motor tu tgh laju.kancil nk ke petrol pam..motor pon slh sbb kotak kuning tu kn kena bg laluan...motor nk jln terus tplaju sgt.kena lah slow..2-2salah... Rela yg bertugas pin mcm xde fungsi aku rasa. Macam2 hal. Makin pjg lah barisan kereta time tu.. Huh..cuma nk kate 45min kot nk lepas kn kereta aku dr jln tu..adoi..jem di melaka di mana2 shj

Tuesday, April 23, 2013

Page 113

Sekarang dah start nebes..hope everything went well...

Semua last minute....sbb last minute bz..tu lah lain kali buat persediaan awal2...

Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik ye.

Ok mood kerja dah suam-suam kuku nih. Anything akan di update lepas blk dr holiday..chow

Monday, April 15, 2013

Budak ni mmg kelakar. Lebih kelakar bila dia dengan basikal baru ni. Jumaat mlm aku sampai kg dah kol 12lbh..dah msk hari sabtu kn..hehe dia baru masuk buai nak tido..aku terus ckp..maklong ada basikal nak tengok?terus jawab nak...mcm le dia paham ape itu basikal..haha...1st time tengok..giller teruja muka dia..yg tak tahan bila bontot dia ddk kt seat basikal..dia dok sebut..nenonenoneno..ko hengat ni ambulan apak ko ape...keke tp versi sebutan dia sengau sikit..nyenyonyenyo...dah pujuk2 trn baru nk trn..suh sambung main esok pagi je..nasib mendengar kata kan...owh dia tidur kt umah atok sbb esok nk kenduri kitaorg sibuk dok mengemas pinggan mangkuk mlm tu...

Yg kelakarnya....esok pagi kompem lah lps subuh semua pakat tido..atok ngan nenek g pasar...blh plak dua bgn tido awal n tolak basikal 1 rumah sambil mulut kecoh nyenyonyenyo..omai....kami ni mengantok lagi daniel oiiii..sabar ajelah

Dan siang tu xmo tido..letih wehhh nk tgk dia sambil buat keje dah lah busu dia blk lmbt..adoi..kena buli lah maklong ko ni..hampeh...rasa nk je bg dia tergolek sekali kat tangga..biar dia rasa..tp xsanggup nk dgr jeritan dia yg maha hebat tu...huk huk..dah lah bdk masyam...main je pon ko reti kan..

Page 105

Percutian kali pertama bersama geng opis. perancangan since end of dec 2012.kunun nak pegi on march 2013 tapi date yang kami pilih adalah cuti sekolah, maka pihak agen mintak kami pilih tarikh lain..hehehehe dan dari 12org tinggal 8peserta je yang berjaya ke pusingan terakhir..hehehehe


Bajet RM350 seorang termasuk transportation KL-KT dan KT-KL. huhuhu. Penginapan kat sana di Redang Lagoon, tempat sempoi dan bilik pon best sbb ada aircond, takde pon takpe..aku bukan tidoq pakai aircond kan..pakai kipas pon mau sengal hidung aku dibueknya..hehehee

gambar kat atas ni masa nak beransur pulang..biasalah..masa mula-mula semua galok..xsempat nak bergambar lagu ni..hehehehe



dan pakej snorkelling 3 kali berbaloi sbb dah reti berenang ni..mmg rasa berbaloi..xdelah rasa menggelupur ke ape kan..even campak kat open sea...yg agak dalam..still blh bergerak dan balik ke boat sendiri..syabas..hahaha dan puas hati dpt tgk coral yang aku blh bg thumbs up lah kat sini..sbb byk coral yg hidup dah cantek2....

ni view dari depan redang lagoon....tapi sunrise terlindung..sob sob ...

1st day makan malam is bbq, dan kena kipas sendiri...nk makan bape byk..sendiri sukat..hehehhee
ni masa mula-mula..semua semangat..trip yg ketiga..tinggal aku ngan mimie je yang gagah..hahahahalain-lain dah surrender






view di pag hari.....

tapi mmg recommend lah redang lagoon ni utk yg pegi dlm kumpulan...and esp dengan geng2 bujang..huhuhu sangat seswai...

dan insyallah blh datang balik,..and boleh pertimbangkan nak amik lesen dive ke tak...sbb gelabah air aku dah takde..keh keh keh

ni vew masa hari sampai...kot..lupa dah..




Good Bye 2018

**pic from google