Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

ya..beberapa saat lagi, bunga api akan bersepah di ruang angkasa. Macam biasa, aku tengok dari rumah ajelah, melalui TV & tingkap..hehehe

2010, meninggalkan banyak kenangan. Antara tahun yang tidak akan aku lupakan., kerana bermacam-macam dugaan berlaku pada tahun ini. Walaupun sedemikian, aku berterima kasih pada 2010 juga, kerana merwarna-warnikan kehidupan ku sepanjang tahun ini.

mengimbau kembali,

6 bulan pertama adalah bulan-bulan yang amat perit utk dilalui & ada juga yang manis utk dikenangi. Yang pahit di jadikan sandaran. yang manis tu aku kenang sampai bila-bila.

dan 6 bulan yang terakhir ni adalah bulan yang sangat mencabar kerana aku cuba untuk melakukan perubahan pada diri sendiri, lauaran dan dalaman. alhamdulillah adalah sikit perubahan. Bukan perubahan apapun, cuma aku berusaha untuk melakukan kembali perkara-perkara yang biasa aku lakukan ketika sekolah dahulu..dan usaha untuk memperkukuhkan kewangan seisi keluarga..hehehee

dan satu kebanggaan, bila 10 senarai yg patut aku genggam capai utk 2010, aku berjaya laksanakan 8 daripad nya...cehhh kalo kat sekolah dah dapat 80% kan...terus score 'A'. oklah yang lagi dua tu terpaksa lah di bawa ke tahun 2011.

dan semoga tahun depan....ehhh dah masuk lah kot...apa yang aku impikan akan tercapai.

Selamat tinggal 2010...selamat tinggal kenangan.

Thursday, December 30, 2010

4minit

lagi dah nak masuk hari terakhir utk 2010.

sebelum say bye bye pada 2010, marilah kita nikmati hari cuti terakhir yang diberikan sempena Malaysia Juara Piala AFF. Thanks alot pada pemain yg berjaya kerana telah memberikan 1hari cuti penuh sejarah. hehehe yolah, kalau tak kena pulun lah kan kat opis, tapi dek kerana cuti dah diberi, mari lah kita ramai-ramai menyesakkan tempat yang patutnya lengang. owh yang lelaki jangan lupa solat jumaat kan..hehehee

Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki 2010

Milik kita.....Caya lah Pasukan Harimau Malaya....

Malaysia boleh..
Tahniah Malaysia

Si Baju Purple

(Pic from google,.,as usual lah kan)


Terus dia lah HERO malaya malam ni kan... dan dan nampak hensem setelah menyelamatkan tendangan penalty...fouhhhh..aku pon over berdebar vagai kan...dah lame xlayan bola...sejak tengok yg lawan kat bukit jalil sabtu lepas...setiap gol, dapat tgk jelas...makanya, malam ni wajib tengok lah kan...sungguh lah mencabar, arini banyak keje kat opis...terasa lah pekerja dedikasi kan...sampai nk balik pon ade keje..adoiyai.....kuar lambat makanya..hadap lah 20km/j kan..hehehe end up kol 7pm jugak sampai rumah kan...nasib baik masih sempat utk siaran jam 8pm..kalo tak....tak pasal kumpul dosa maki semua jalan kat KL ni....

oleh sebab dalam gambar ni, dia pakai baju kaler purple, terus lah dia nye tahap kehenseman bertambah 55%, dia selamat kan bola tadi sebanyak beberapa kali aku tambah 45%...makanya..dia lah pebret aku malam ni...

eh bola tu pon ade kaler purple... muahahahahaaaa

Semoga Malaysia menang lah malam....& terus menjulang piala AFF...doa kami rakyat utk pemain2 negara..caiyok! malaysia boleh~

Tuesday, December 28, 2010

Cemburu VS Tak Kesah

Cemburu

Perasaan ni biasa jek, dan ianya lumrah bagi yang bernama manusia,. Akan jadi sesuatu yang pelik sekiranya tidak wujudnya perasaan ini dalam hati manusia tersebut. cemburu ni pada aku, ada pelbagai kategori, dan paling mudah aku asingkan dia, cemburu positif dan cemburu negatif. cewahhh tetibe jek ada positif-negatif vagai. Ok, standard hukum kehidupan, positif ni baik, yang negatif tu sebaliknya lah kan. Pada aku, cemburu ni normal, bila seseorang tu tak reti or tak paham ape tu cemburu, memang something wrong somewhere lah bak kate mak si Dottie [tetibe ade orang lain interprem..ahaks].

apa yang aku kata cemburu positif adalah, macam sang isteri cemburu bila suaminya asik lah berborak dengan kawan baik dia yang mana seorang perempuan, normallahkan, seorang isteri cemburu, dan cemburu seorang suami, apabila sang isteri asik lah ralit dengan TV sepanjang hari..hehehe ni pon aku rase normal, sbb kat TV skrg ni melambak plak drama-drama menarik..xlame lagi Spa Q akan kembali...foouhhhh.... ok selain itu, cemburu pada rakan2 yang berjaya jugak tidak salah, dan merupakan satu sifat yang sihat ye kengkawan sekalian, di mana dengan sifat cemburu seperti itu, kita akan berusaha lebih keras utk berjaya seperti rakan kita kan?

bagi cemburu jenis yg negatif pula adalah terjadi apabila, dia menukarkan cemburu kepada rasa meluat + menyampah tanpa sebab. contohnya, dia cemburu kawan dia pakai kereta canggih tapi dia mengeluarkan ayat mengatakan kawan dia tu hendak menunjuk-nunjuk sifat sedemikian tidak pernah di ajar ye di dalam mana-mana agama. tidak baik! selain itu, pabila cemburu kita mula bersifat agresif sehinggakan sangguplah berjumpa bomoh vagai & sanggup memberikan selempar dua penampar & tendangan padu. ini pon tidak baik! dan bermacam2 lagi...

pada aku cemburu tu tak salah, tapi biar berpada-pada & kena pada tempat nya. ye tak?

Tak Kesah

Memiliki sifat Tak Kesah ni adalah sebenarnya bagus, tapi..... [mengapa ada tapi ek?] pada aku lah kan, biar kena pada tempatnya. Menjadi seorang yang tak kesah ni mudah, mudah utk di uruskan. dan mudah utk di bawa berbincang. tapi yang tak bestnya, sbb apa yang dibincangkan mungkin tak mendapat kata putus yang terbaik kerana si tak kesah ni, akan tak kesah apa pon keputusan yang di buat. hehehehee contohnya, kalo dapat pasangan yang tak kesah akan penampilan diri, pada aku memang senang lah nak handle kan, mungkin tak cerewet kan. ya kan? tapi hakikatnya, ke tak kesahan dia itu akan memakan diri, contohnya, pegi keje pon asal boleh, sbb dia tak kesah kan..hehehe bayangkan lah....nak ke mengaku tu pasangan kita...muahaha mengata jek lebey..aku sendiri asal boleh jek kalo pergi keje kan. lagi satu, bila tanya apa2 soalan..asik tak kesah jek jawapan yang diterima...rasa-rasanya, boleh ke si penanya ni bersabar? hehehe pikir2 kan lah sendiri ye..


maka nya..yang sebenar-benar nya....kalau di beri pilihan, cemburu atau tak kesah, mana yang akan menjadi pilihan hati? cewahhhh mcm aku kena pilih baju kelabu ke baju purple kat jusco tadi..muahhahahahaha niat nak carik baju purple. tapi kaler kelabu lagi memikat mata...hahahaha seb baek tema kawen sabtu ni puple....hehehe terpaksalah pejam mata, xmau toleh pada si kelabu.....

Nota kaki: sebenarnya aku takde modal nak update belog, maka, terpaksa lah merapu tah apa2 jek nih...

Thursday, December 23, 2010

Kinabalu

Ada orang tak percaya aku dah penah sampai ke puncak kinabalu, even memang sangat payah nak sampai..tp alhamdulillah sampai jugak. Nah, tengok lah..hope puas lah hati orang tersebut :P

gambar orang yg sangat poyo...muahahahhaa
Ni masa Januari 2007, lama dah....kalau suruh aku mendaki sekarang ni memang hazab lah jawabnya....heheheehe stamina dah merundum + berat badan dah melampau....hik hik hik memang masa sampai ni rasa sangat lah bersyukur kerana di beri nikmat utk merasai sendiri ciptaan tuhan yang sangat cantik. Masyallah, tak tergambar dengan kata-kat.
Thanx to blek, sbb ni hasil dr camera dia...huhuhu...kalo tak, kompem lah tiada kenangan di atas ni kan..kekekeke

Huru Hara

Ya, keadaan belog ni sedikit huru hara ketika ini, sama seperti Jiwa pemiliknya yang tengah kacau bilau. Bukan ape ya, pemilik belog ni, tengah jiwa kacau utk merubah rupa bentuk/make up belog beliau. Beliau kompius ape yang beliau inginkan di belog beliau. BOLEH? dan di campur pula dengan kesuntukan masa, tak sempat nak menilik belog ni lama-lama. tu yang tersadai macam tu jek...makanya, kena tunggu pemilik belog ni kembali bernafas dengan teratur...Bulan ni busy lah, busy tu bagus, sbb menunjukkan ada nya rezeki. Ye tak?

ok lah...nanti saja di perbaiki ye....

ok sebelom tu, meh layan lagu ni



kena masuk dalam list wajib nyanyi masa berkaraoke. hoyeay!

Tuesday, December 21, 2010

Apa itu AHB?

AHB - Amanah Hartanah Bumiputera.

Skim ni dah di isytiharkan oleh PM kita masa belanjawan 2011 yg lepas. Masa tau tu memang teruja lah kan. terus google sane sini utk carik info. Rasa memang nk masuk dlm list azam tahun baru ni...hope tercapai lah...

Pelaburan serendah RM500 dan maksimum RM200k. Nak senang boleh beli saham ni di Maybank yang terdekat.

Setahu aku, ianya seperti pelaburan ASB, tetapi ini bukan nya skim di bawah PNB. tetapi ianya di bawah PHB. Ni lah peluang bumiputera utk memiliki saham pada bangunan2 tersegam indah adalah milik kita [bumiputera]. lebih kurang begitulah...kalau nak paham lebih, boleh google & baca kat sini pon boleh.

Bonus ASB 2010

Kawan-kawan semua yang ternanti-nanti, boleh kira bonus ASB anda skrg sbb PNB dah umumkan...

2010
Kadar pengagihan Pendapatan = 7.5%
Bonus = 1.25%

oklah..naik lah sikit dari last year kan....tp lom blh lawan agihan pendapatan masa 2007 & sebelom2 tu. hehehee but alhamdulillah tahun ni better than last year...yip yip horeyyyy....

utk last year (2009)
Kadar pengagihan Pendapatan = 7.3%
Bonus = 1.25%

Tahun 2008
Kadar pengagihan Pendapatan = 7.0%
Bonus = 1.75%

Tahun 2007
Kadar pengagihan Pendapatan = 8.0%
Bonus = 1.0%

Nak cek..sila ke sini

ok nanti nak masukkan hasil tu dalam AHB plak..foouuhhhh Azam tahun baru tu..ahaks

Saturday, December 18, 2010

Spontan

Mari bergelak sampai pecah suara...pecah perut...sampai...sampai merembes air mata....



Banyak lagi episode lain...search jek lah Episode Spontan kat Youtube tu...

thanx to sara yang memperkenalkan...miahhaahahaa selamat gelak sakan...

Friday, December 17, 2010

Afiq Darwish & Aysh Rayyan

ish ish... ramai plak orang namakan anak rayyan ek..hehehe kebetulan kot. irfan lah, naufal lah...combination lah..adam lah, rifqi lah....aifiq lah..aniq lah...

last 2 weeks, aku balik melaka disebabkan memang hukum dah takdirkan aku balik kampung...opppss di samping ade tugas utk menangkap gambar di majlis pertunangan kawan semasa di dungun dahulu [Yusnita]. tahniah Yusnita & yusran, semoga apa yg dirancangkan akan terlaksana tahun hadapan ya...aku doakan semoga ikatan yg dah di simpulkan itu kekal sehingga ke jinjang pelamin.

dan kebetulan rumah si yus tu berhampiran ngan rumah si audi, ya memang dari raya lagi nak menjenguk sahabat aku nan sorang ni kan..tapi tak kesampaian dek kerana kekurangan cuti semasa raya yang lepas, sehinggakan anak nya dah berusia 4bulan..tapi xpe....auntie tetap jenguk jugak kan..ahaks....

dan pengalaman yg memang serius melawakkan di mana, apakah perasaan korang kalo bidan/doktor yang menyambut anak kau adalah seorang sahabat lama di sekolah?....tak dapat nak di bayangkan lagi...dan hahahaha hahahaha hahahahaa lawak jek cerita dia.....kalau aku..sumpah malu! hehehehee
Ahmad Asyh [aku tau spelling yg betul] Rayyan

bermata bulat & bakal lebih sasa & tinggi dari abang nya..

Rayyan lebih cool

lebih relax

bila di buli abang..

dan si abang...afiq, maintain nakal

& senyuman menawan....

bulu mata xtahan...
agak mencabar nak ambil gambar dia dlm keadaan pegun..

semua nya dia nak panjat...haih*

memang xleh lepas pandang budak ni

ade je keje nya...

dan pada hari tersebut dia berjaya menghuru harakan ummi dia bila dia telah berjaya menyembunyikkan kunci rumah
see...berlakon tu merupakan hobi dia...

dan sesi membodek aku..utk memegang camera aku dengan sendiri

ya ampun! afiq..cannot lah.....berat ya...berat...

auntie bisa meraung nnt kalo..camera tu terhempas...sob sob...bagai kan nyawa tu namanya..hehehe

dan paling lawak, bila aku nak salam ketika sebelom pulang, si afiq terus melompat utk di dukung..aiyooo..melekap terus...ni gara2 dia tahu, aku pakai tudung & salam adalah petanda nak kuar dr rumah..dia nak ikut..aiyooooooooo kang nangis lah ummi kau di rumah nanti...hehehehe dia punya peluk xnak lepas tu serius lawak....macam takut kene tinggal...tak takut orang langsung..padahal dia ni memang di besarkan oleh ummi yg merupakan surirumah yang bertuah..mau nya tak bertuah, sebab duduk rumah jaga anak ja...hehehehee tapi ummi nya lebih rela pergi kerja dari jaga si afiq ni..sebabnya, memang letih..aku yg melayan dia 2jam tu pon boleh stress kan..hahahahaha xlarat deyyy nak kejar..nak tengok sepanjang masa kan...

Wednesday, December 15, 2010

Rindulah pulak

kat budak-budak ni. last jumpe mase konvo hawa kan...
lame dah xdengat celoteh si kakak ni...kompem dah naik pangkat jadik ketua pengawas...hehehee
yang si adik ni, geram nak tgk mate bulat...bibir comei....geram nak tgk dia menyakat si kakak..huhuhu
ha gambar ni aku suka....seb baek lah si yam ni bukan artis...kalo x, kompem gambar ni dah glemmer kat murai.com ahaks..

Monday, December 13, 2010

Cerita Singapore Yang Sudah basi

Since ramai yang tny pasal bajet aku kota Singa ni, nah bace lah ape yang merapu ni ek..xpaham boleh tny. Hope cerita aku yang agak berterabur ni dapat lah membantu korang buat bajet.

Bajet

Hotel Tune utk 2 malam seorang
RM56.50 [termasuk aircond 24jam & Towel & Tax]. Sila booked awal2 utk dptkan harga murah. boleh booked di url ni http://www.tunehotels.com/
Bas ke Singapore dr hotel Tune = RM46 [Sehari RM23 utk pergi balik, ni rate utk beli online, kalo normal Rm25] boleh cek di http://www.odysseynow.com.my/
Minyak + tol dari Muar ke JB = ni kire ikut kereta sendiri lah ek

Universal Studio = SGD72 [sbb pergi time cuti, tiket mahal sket, kalo normal rate SGD66] sila convert sndr ye. Aku kene RM172 lah lebih kurang . Yang ni better korang beli online utk mengelakkan dr xdapat masuk..sbb dalam 1 hari, ade limit berapa ribu org jek blh masuk. boleh cek di sini.[http://www.rwsentosa.com/Attractions/UniversalStudiosSingapore]. Nak lagi best, belilah tiket express sbb xperlu beratur nnt kan...

Tiket MRT

1) Harbourfront - Ferrer Park [SGD2.60, tapi kalo ko pulangkan tiket dapat SGD1 balik]
2) Ferrer Park - city hall [SGD2.50, tapi kalo ko pulangkan tiket dapat SGD1 balik]
3) City Hall - Bugis street [SGD2.60, tapi kalo ko pulangkan tiket dapat SGD1 balik]

Masa 1st day, Bas terus ke Sentosa Island. Dr Sentosa Island tu kitaorg xtau nk kuar naik monorail tu mcm mane, maka kami pegilah tny kat kaunter dia kate naik bas w58, maka kitaorg naik bas tp driver bas xmintak duit pon kn slambe ayam jek naik free..muahhahaa...sampai kat harbourfront, barulah carik MRT nye station. dari situ barulah kami gerak ke Ferrer park utk serang Mustafa Centre [wajib pergi]. Xlame pon, dalam 10-15min jek kot dah sampai. Sampai kat situ kompius nk ikut jln mane..hehehe last2 tny org...Mustafa Centre tu dekat ja ngan Jalan Syed Alwi. Nak senang, kuar ikut Gate C, kuar jek dr stesen tu amik kiri, jln terus sampai jumpe jln syed alwi, maka situlah dia Mustafa centre. hehehee senang kan?

owh sebelom shopping di mustafa centre, kami berenti makan dulu, aku makan briyani ayam + teh tarik, kene dlm SG7.90 jek.jek ok!..hehehee alah makan pon kat ABM restaurant yg bertempat sebelah mustafa centre tu jek. alhamdulillah dah kenyang.,...baru boleh shopping kan.owh lupe, retauran tui HALAL ye...

lepas tu shopping xhengat donia..hehehee abis beratus2 SGD kat mustafa centre, kaye lah pakcik mustafa tu. dan dah setel shopping ape yang ptt kami terus bergerak ke destinasi seterusnya...sebenarnye xsampai 3jam pon lepak kat mustafa centre tu.,destinasi seterusnya adalah bugis street [pon wajib pergi ye uols]. kat sini lah tempat utk membeli ole2 yang sangat murah...di ingatkan sekali lagi, sangat murah ye..sbb keychain 18ketul baru sgd10...oklah kan...boleh beli ole2 utk teman2 di malaysia [oppss kantoi harga sudah...tp aku xbeli pon ole2 kat sini sbb aku dah beli kat mustafa centre, aku cume beli baju utk diri sndr & tshirt utk adik2 aku jek]
ok kol 2pm, kami dah gerak balik ke sentosa island. nak masuk ke sentosa island kene charge sgd3, ni utk tiket monorail rasenye. dan dalam sentosa island tu mcm2 games yg boleh di main. tp mcm biasa sediakan ongkos nya aja..price around SGD10-SGD12. boleh beli ikut pakej.dan kitaorg stay dalam tu sampai mlm. sbb bas kitaorg kol 10pm.




2nd day baru lah aktiviti di universal studio sahaja. memang seharian di situ saja. Dalam Universal Studio ni ade kedai makanan Halal. kene tgk betul2 lah kan cop halalnya ya...dlm brochure dia pon ade tulis kedai mane yg halal.



utk makan malam biasa nya kami balik JB baru makan...fouuhhhhh memang percutian yang menyeronokan.

Nota utk semua: Botol mineral, sila jgn buang kalo tidak ingin masalah dalam toilet..hehehee dan kalo nak jimat beli lah air mineral dari malaysia...ehehehee sbb lebih murah & menjimatkan..ahaks. dan kajilah jugak page ni ya

Nota penting utk umat islam : Nak sembahyang kene ke Beach Station. Meaning kalo masuk universal studio tu kene kuar kejap ke beach station lah yek..mmg situ jek lah surau yang ade. jangan sangka meraka tidak menyediakan Surau plak kan.

Maka total perbelanjaan aku hanyalah...kire sndr lah korang yek....heheehee ok itu saja tips nya.

Thursday, December 9, 2010

Dadu Coklat Karamel

petang sabtu buat kulit popia goreng tu, malam plak aku ngan adik aku try buat dadu coklat karamel. resepi aku ambil dari belog Ann [aku penah shoot weeding dia ngan sepul & sara]. thanx ann, sedap resepi ni.

simple jek resepi dia..tp rase dia sedap. tp yg xtahan manis xdapek lah nk tolong ek...name pon pakai susu pekat manis..ahaks...


gamar atas ni, tym dia lom disejukkan lagi..dah xtahan..well aku kan..mane blh tgu esok utk rase..maka aku potong sket..hahaha alamak byk ketul lah jugak kan dlm gambar tu..kekekekee


ni lah dia antara proses nak membuatnye...
asanya yg dah ditekan dlm loyang

nk buat karamel nya plak

dah ready nk sejukkan

tp nipon blom disejukkan..gambar paling atas tu sbb gune flash..ni xde flash..hahaha gambar agak sememeh sket...


nom .... nom....nom

xsempat aku nk snap gambar yg cantek sket...esoknya...balik dr shoot majlis pertunangan kawan aku, bukak peti ais..mmg tinggal loyang jek..upset tau, mangkung hayun kat rumah tu mmg! xpelah nnt aku buat lagi..niat selasa nk buat lagi..well, suhu kerajinan aku tu merundum plak....sbb nye baju menimbun nak kene lipat..terus mood terbang bersama2 baju2 yg kene lipat tu..hehehheee

jgn lupe cube sbb resepi ni simple...kompem jadik punye lah kan...hehehee

Nota kaki: aku dlm plan nk modified resepi ni ikut tekak aku..hahaha kire nk tambah sket rase lain kot...nnt kan hasilnya..alah kene tgu blk kg lah yek baru blh buat.,
tinggal ni je....memang xdapat lah nk di tapaukan....erm...ni biskut kegemaran aku adik beradik skrg ni..name nye xtau..tp resepi aku ngan adik aku dpt mase tgk rancangan Sugar- Anna Olson. Just tgk jek & cube..hehehe menjadik jugak lah kan...bangga sekejap..& since deepavali tu, ni dah kali ke-4 kot kitaorg buat..hehehehee

resepi nnt lah aku bg...sukatan aku lupe, tp bahan2 dia cuma telur, tepung gandum, gula icing & koko...itu sajek..hehhehee

nom... nom..... nom...

sedap uols....

makan seketul kompem nak sebalang :)

Wednesday, December 8, 2010

kulit popia

di goreng macam ni & di tabur sket ngan gula, atau pon di sira ngan sambal..perghh mmg layan....

ari sabtu lepas, sampai umah melaka...aku tgk adik aku tgh menggulung kulit popia ni utk di goreng..rajin sungguh cik kak tu kan....mula2 aku jeling jek dr jauh sbb aku mencekik dulu..lapar ye....dr pg xmakan...pg sogo kejap jek pagi tu xsempat makan ape2 pon..seb baek xsinggah mane2 kedai sbb akt umah, mak aku masak nasik ayam..hehehehe dah setel makan..aku pon buat2 rajin lah tolong cik kak tu kan..untung nasib separuh dpt kat aku utk di tapau nnt..hehehehe politik kene terer di sini...

dan mmg aku dpt lah yg dlm balang ni..tetapi tertinggal lah plak..kompem lah licin di belasah 2 mangkuk hayun kat umah tu....2 mangkuk hayun tu bkn pedulik sape punye kan...mentekedarah jek kejenye..xperlah rezeki mereka....nnt balik buat lagi...hehehehe

Ayam penyet

lepas layan harry potter - dah nk abis tayangan barulah aku terhegeh2 nk tgk. tym aku tgk ni..5 baris seat jek kot yg penuh..bawah kosong jek...ramai makpak bawak anak2 jek...owh citer ni aku layan ngan lyza [hahahaa aku main terjah jek sebenarnya ajak dia ni...seb baek dia kate ok] ade lah aku geng

lepas jek tgk muvie..yolah kol 11.50am dah masuk cinema tu kan...kuar 2.30.mau xkebulur sorang2..xsempat tapau pop-corn pon sbb kitaorg dah lewat tym tu...hehehe

terus lah tuju ke foodcourt dataran pahlawan megamall tu...nampak plak set ayam penyet....pusing2 mmg tu jek lah pujaan hati....

rase ok lah..sambal kat wong solo lagi layan..ayam penyet ria pon not bad...

tp name pon murah jek...
sup yu aku xtau ape motip nye..hehehehe

nom... nom..... nom...

alhamdulillah kenyang lah jugak perut tym tu
air ni sedap..sbb dah lame xminum air laici..hehehehee
perut aku lapar lah tgk gambar makanan bila malam2 mcm ni kan..aiyoo...sabar..tahan napsu..ahaks...

Cozy Corner

lunch hour hari jumaat adalah hari yang sentiasa di nantikan oleh para pekerja yang berdidikasi macam aku ^_*. dan kebetulan jumaat lepas adalah hari aku bertapa di HLA, makanya adalah aku geng nak ronda KLCC ka, pavi ka, tp nyiok kebana merangkap teman setia aku di situ mengajak ke Ampang park, mula muskil lah kan..apalah yg ada kat ampang park tu kan...erm dia kate nak makan kat cozy corner, aku on jek lah..ater name org bedal ape aje kan....

nasi apetah pilihan nyiok kebana ni...yg penting kene ade ayam goreng

baru perkenalkan name pinggan dah nak makan...sabar naaaa...

fresh oren nyiok kebana...lazat jek aku tgk dia sedut..sluuurrppp

ok ni makanan aku..
eh ni baru starter maaaaa...mushroom soup..
actually aku amik set lunch...tu yg nmpk meriah..hehehe

nom... nom..... nom...

ade bun seketui... layan..semua licin aku telan

nom... nom..... nom...

sayang plak nak makan...hehehehe pdhal xdek maknye sayangnya...tolan ajo

nom... nom..... nom...

ni dia main course aku..fish & chip...sedap jugak ikan dia ni

nom... nom..... nom...

licin jugak aku bedal..

nom... nom..... nom...

appertizer dia ni aku lupe name nye ape..tp dlm dia red bean..
sedap lah di tekak aku

nom... nom..... nom...

tehpilihan hati pada hari tersebut..

nom... nom..... nom...

erkkk..alhamdulillah...

ok masa utk skodeng baju2 melets yg ade dlm ampang park..serius naik juling mata aku nk toleh sane sini..tp hakikat nya...kene puasa dr shopping ye kengkawan..ater nak bagi Mr. Nik aku tu geng baru :P


Good Bye 2018

**pic from google