Sunday, January 30, 2011

Kayak-ing

well dah lama kot xmain kayak ni, xsangka berpeluang masa kat langkawi aritu....ni pon sbb aktiviti kumpulan, iaitu explorace, salah satu task kena berkayak utk ambil bendera...seb baik kena berpasangan ngan si Rashdan tu....xdeklah insiden terbalik ke apa kan..hahahaa well....memang best...tibe2 dok pikir bila lah nk reti berenang ni....rugi ooo sbb swimming pool dia best...

Hujan

selama 4hari 3 malam di langkawi, aku di tadahkan dengan terik matahari sehinggakan aku dah lama tidak mengalami sakit kepala, jumaat petang kepala seperti meminta utk di gelekkan ngan steamroll

[gambar dari google image]
tetapi hari pertama di KL...
sampai jek di LCCT, hujan pon turun

dan hari ni hujan sepanjang hari

Subuh hujan

awal pagi...Hujan...

menjelang minum pagi...hujan...

tengahari...masih hujan

petang..hujan

dan kini...hujan masih tidak lelah untuk menunjukkan diri.

dan tiada penanda ianya akan berhenti

**macam ni, bila baju aku nak kering pah? nak kena packing balik ni pah oiiii....

rasa sedikit huru-hara kehidupan...hahaha macam dah xreti nak uruskan kehidupan....bilik dah macam tongkang pecah tu....hujan-hujan ni mood & ilham nak mengemas telah di selubungi oleh perasaan yang di tunjangi oleh napsu...napsu utk berbungkus di atas katil..heaven....berbungkus sambil online..hahahahaaaa dah lama xmerasai hari minggu sebegini...wallawehhhh layannnnnnn

Wednesday, January 26, 2011

The Danna, Langkawi

Alhamdulillah dah selamat sampai di Pulau yang indah lagi cantek untuk Honeymoon urusan kerja. Sangat grand plak hotel yang disediakan. alhamdulillah, dapat lah merasakan. harap pergi sendiri, kompem kene kecek yam pergi skali supaya dpt tidor di hotel bank negara yang best lagi tak terkata tu dengan harga yg berbaloi2 kan.

Lena lah tidur 3 malam ni yek...ahaks....utk pesanan barang aku xpasti akan berkesempatan ke tak nak menyoppingkan diri di sini, sebab datang atas sebab kerja kan....

dan thanx to didi sebab menumpang kan i bermalam di rumah semalam & menghantar i ke LCCT. orang xdek teman hidup beginilah kan..menumpang kasih teman permainan ajelah...nak naik teksi seram plak kan, ..pagi2 buta sorang2 kan, nak drive & parking kat situ utk 4hari lg menyeramkan ..

tiket flight kol 7.30am, awalkan, kalau pg bercuti bersama rakan2 sepermainan takpe & dan ade jugak sorang yg tertinggal flight..hehehhee nasib ada flight kol 10am plak kan....

Monday, January 24, 2011

Kasut Baru

kuruskan saya skrg?
Jangan terpedaya ngan kaki saya.

sesungguhnya lah, tengok kaki nampak ok,

tengok atas...

azab......

macam sedara mara gajah dah rupanya..ahaks

ngutuk diri sndr..

pandangan dari atas pula.


nasib lah kena baca banyak entry kalau larat. aku ni tengah melayan mata. abis semua gambar dalam phone ni aku nk upload..hahahahahahaa

kasut lain xsempat snap plak...ni kasut yg aku rembat ujung taun lepas. oklah itu aja...gut nite lah...malas plak nk menaip lagi.

Makanan Arab

Percubaan aku dan Yam dan suaminya serta anak-anak meraka merasa makanan arab di banguna OASIS, sek.9 Shah Alam. erm tempat agak grand. ngan kerusi pon aku dah agak...tapi harga oklah.
muka bihah xpuas hati. kenapa ek? makanan dia ok, cuma tekak kami ni mungkin dah sebati kot ngan makanan arab kat Sek.7 tu. [yang aku ada pergi berbuka ngan bebudak atat tahun lepas] makanya, kami memang prefer sek.7 tu je lah....berbaloi2 ngan poket kami yang tak setanding ngan kerusi meja kat OASIS tu..ahaks

tapi nak pilihan yang macam-macam kenalah serang OASIS tu kan..sebab memang banyak pilihan, cuma kami xtahu nama nya jek..tu yang xberani nak order sebarangan kan.

next tym nk cuba kebab dia lah kan. gambau makanan tak sempat snap sebab aku dah ala kebuluran ketika itu.,.huahuahuahu buruk lantak kan?

Idaman Kalbu


SESAT
ni aku rasa
oppsss

idaman ketika ini adalah

meleleh uols,

[gambar semua dari google image]

owh terpesona

memang dah lama impian nak madu kan Mr. Nik aku tu

makanya, sekarang kena kurangkan makan
kalau tak, memang tak bermadulah Mr. Nik aku tu kan.


asalnya nak aim D300s, tapi bajet macam lambat lagi jek nak cukupkan
dapat yang ni pon dah alhamdulillah
kalau ada sesiapa yang nak derma dalam tabung hamba..
dipersilakan...

Jauh lagi lah impian utk memiliki Canon 1D MkIV

Rebutan

Album yang sempoi, tu pon jenuh jugak aku nak mencukupkan supaya xnampak lah macam tah apa-apa je kan. Nasib baik masih ada beberapa album aku yang tak digunakan lagi. Boleh lah aku tepek kan gambar yang dah di print tu kan. Takkan nak bagi gambar macam tu jek kan. kira ok lah ni kan. ahaks jangan lah di bandingkan ngan sapa dpt sebelom ni, sbb skrg ni hamba non-ado bajet lebih..apa yang ada terima ajalah ye.

Well, makcik-makcik, mak-mak ni mana lah nak tengok gambar kat komputer kan. tak reti. yolah xkan nak tengok sekali lalu. nanti rindu kat anak yang dah di ambil orang ni nak tengok kat mana kan. last-last makngah aku pon mintak aku printkan.

dapat album ni, boleh plak pengantin nak amik...mau tak menjerit mak ngah aku kan. dan dan makngah aku kata, "ni mak punya, kalau nak cuci sendiri, nak tengok boleh, amik kem salam" terkebil-kebil mata pengantin kena bahasa ngan mak sendiri. nak buat camno. nak print sendiri ye...cd gambar aku dah bagi..pandai2 lah ye..jangan di cilok hak mak kamu punya..tak baik..tu pengubat rindu dia tu..muahahahahaa tergelak aku menengok drama sabtu lepas..hehehee

Ichiban Ramen

makanan yang aku pilih
tak pedas langsung
sebab nasik + ayam + telor jek
makanan pilihan si Gonjes
padan muka
sebab agak pedas
Pebret sepanjang masa si Sara
Tomyam Ramen
ni jek nama yang aku ingat..

hehehe

rasa memang sedap
sebab pedas gilak
boleh lah makan selalu sebab pemegang CC cimb dpt less 20%
jimat lah beberapa hengget hari tu kan..ahaks...

dan air pilihan semua sebab murah & unlimited refill
green tea...

siap tayang bill tu..hahaha dah snap..tempek jek kat sini kan.
sebab kebuhsanan kan..
kebelakangan ni, kat sini entry tidak bergambar je kan.


Ice Skating @ Sunway Pyramid



Benda yang dah lama nak cuba tapi baru jek tertunai untuk dilaksanakan tetapi...ada tapinya, masih belum berjaya untuk menjadi Reti Main permainan ni. perghhhh susah rupanya kan. dan aku hanya berjaya pusing satu satu gelanggang [hahahaa perkataan tah apa-apa hantam saja, janji korang boleh imagine yek] tetapi dengan berpaut pada dinding.,.miahahahahaa aku ke sana dengan sara & sepul, sara terer sket tapi sepul lebih kurang aku cuma dia berani sket, dia berani utk jatuh beberapa kali..aku jatuh sekali..abis basah seluar..tobat lah kan..kang ade orang kata aku terkucil dalam seluar plak..ngeh3...padahal orang kesah pon tak kan. ahaks....sekurang2nya hajat dah ditunaikan.

dan paling best jatuh macam nangka busuk..gedebuk..lepas tu tak boleh bangun, sara pon xleh nak tolong...xberani nak paut kat dia sangat kang dengan dia sekali tersungkur kan..last2 budak ice man tu yang tolong..selamat....dan paling best ada sorang minah tu dia terjatuh kebetulan depan aku..aku tolong tengok jek lah...boipren dia tolong..tp xmampu nak angkat kan..last2 budak iceman tu jugak yang tolong..dan dia join aku berpapah tepi gelanggang tu kan..dan ada ke patut dia ajak aku berskating bersama-sama...hello..boipren ko tu dah lah hensem kan..akak ni dah tergoda...kang lain yang jadik..jangan jadi peramah sangat..jaga boipren tu ye..hehehhee boipren dia nak ajar dia pon..dia xmo..nak ajak teman..end up..aku kan baik hati..kata takpe lah...i main tepi ni jek...dan dan dia join idea aku..last2 boipren dia enjoy sorang2..giler lah weh..apsal lah boipren ko tu sgt tasty...erkkkk...dah lupakan..boipren orang tu kan...jangan di kenang...hehehehee saja nak buat cerita ni best....last2...pergi metekedarah kat Ichiban Ramen

Saya dah berjaya memilikinya

Anda bila lagi?


Ayat sedikit POYO ek? padahal buku jek pon kan...tapi inilah yang dinantikan sejak beberapa bulan yang lepas, semenjak mengetahui ianya hendak diterbitkan, dan hasil dari Pak Wan. Pak wan ni tak perlu nak diperkenalkan lagi, sebab dunia fotografi dialah OTAI, sapa yang xkenal kan? sape yang xkenal maka dia belom cinta abis ngan dunia fotografi malaysia..hehehehee aku dapat tahu buku ni dah ade di pasaran dari belog brother adhadi. thanks alot, sebab dah nak dekat 2bulan kot aku terlupa jengah ke Website dan belognya. dulu nak order in advance tak mampu kan, nasib baik ketikaini ada sedikit rezeki lebih kan, makanya dapatlah membuat pelaburan yang berbaloi dengan memiliki buku ini. bukan mudah nak dapatkan ilmu daripada yang mahir dalam bidang ni kan. dan lebih mudah, ianya di terbitkan dalam bahasa melayu. pada mereka yang baru nak berjinak2 dalam dunia fotografi boleh lah dapatkan nya segera sementara stok masih ada kerana ianya terbitan terhad.

dan duit yang dah disimpan lama tu akhirnya berjaya digunakan, bila yang di tunggu selain buku ini, telah kembali. iya, aku akan ke sini pada 19 Feb 2011 bagi menuntut sedikit ilmu daripada sifu yang dikagumi ramai. pada sesiapa yang berminat, sila lah tempah tempat anda sementara masih ada ruang..hehehe ok lah. Serius tunggu dah lama, selepas terlepas bulan june 2010 kerana aku ada hal lain kan. dan lepas ni, aku ada skodeng & ingin mengikuti kursus di tempat lain pula...ingin merasai dengan semua sifu yang ada dalam malaysia ni kan. target tu belum ada sebab kena cek pada bajet jugak lah kan. ok lah....sambung baca buku..poyo sekali lagi..padahal nak tidur dah ni.

Saturday, January 22, 2011

enjoy



yang nak bunuh tapi tercerita kisah cagu, aku lupa lagu apa, adik sila reply ASAP.

Ghost

Semalam dari pagi bawak lah ke kelas malam semalam, semua kisah Hantu. boleh plak, topik semalam pasal Ghost. sengut jek kan. hampeh dua kupang lah jugak. dan dan balik melaka semalam, tak berani guwe nak tengok cermin pandang belakang.

dan sepanjang perjalanan sakan karaoke lagu yang berkonsepkan 'belasah aje asal boleh' kalau sara & sepul ada kompem bergegar lah kereta tu..muahahahahahaa

Friday, January 21, 2011

Terjawab

Apa yang aku runsingkan dari pagi terjawab sudah.

Perasaan nervous dari pagi tadi membuatkan aku serba tak kena, mula-mula ingatkan sign aku tak patut drive pulang malam ni ke melaka kerana takut apa-apa terjadi. well, aku memang begini, kalau rasa serba tak kena, dan kebetulan nak balik kampung aku akan postponed ke pagi esok sebab takut apa2 kan, bila rasa confident baru lah jalan. hehehehee

tapi rupa2nya lain pula kisah.. tuang kelas lah minggu depan jawabnya. sigh*

makanya, boleh balik ke melaka malam ni dengan tenang. owh kena balik awal, kesian mak aku nak uruskan barang2 kenduri esok sorang-sornag plak kan. aku ni, kalau istilah balik pagi tu kompem kol 10am ke atas baru gerak kan. heheheheee

Jerawat

3 ketul untuk bulan ni. SYABAS!

mungkin sebab meraikan tahun baru, banyak sangat ke azam aku tanam tahun ni, sampai stress minda+hormon aku kan.

tak boleh belah ok, sebab 2 ketul kat hidung, dah macam badut yang natural beauty gitew, xperlu bersusah payah nak warnakan hidung ngan kaler merah. dan....

seketul di atas bibir mulut. lagi tak boleh belah, xpenah jerawat hinggap kat situ. yolah ikut pengalaman aku yang memang berjerawat teruk suatu ketika dahulu dan dah lama pula tiada masalah jerawat tiba-tiba awal tahun 2011 ni di mulakan dengan jerawat bersepah-sepah...syabas even dia tumbuh berpusat di sesuatu tempat jek [pandai ek dia pilih lokasi yang strategi lagi menyakit hati bila tengok cermin terus nampak...] perghh memang tokleh nak kaber ngan tudung ke ape dah....

kalau bulan depan teruk macam ni jugak memang lah kena pegi wat facial. Ada kena mengena tak? aku rasa hormon aku stress tu ngan azam aku yang satu tu...muahahahahahhaaa

SERAM

Terpanggil nak berkongsi sesuatu yang Seram pada aku tapi tidak berapa sangat SERAMnya kalau di kategorikan dalam maksud SERAM yang sebenarnya. AKu tak tengok citer KHURAFAT tu lagi, tapi ramai kata yang best, tang mana bestnya aku tak tahu lagi nak ulaskan. Tu nanti lah yek, bila aku dah tengok cerita itu nanti. Ok, berbalik pada kisah SERAM yang pernah aku alami suatu ketika dahulu......


abaikan jek lukisan buruk aku ni, aku boring, tu yang cuba bakat melukis ni. kerja melukis pakai paint ni hanya berguna time dalam lab masa belajar dulu jek, di kala boring dengar celoteh lcturer yang macam tak paham tu kan, yolah aku bukan nya bijak sangat cakap sekali terus paham kan. kompem balik kena belek 2-3 minggu baru paham kan. lukisan gambaran pada kisah seram yang xnampak ape2 keseramannya pon.ahaks H16 tu adalah bilik/dorm aku.

Pada suatu malam yang tenang, ketika aku berusia 15tahun, di sebuah sekolah asrama di pinggir kota, aku melakukan aktiviti mingguan aku, di mana membasuh baju di kala malam selepas waktu prep, lebih kurang 11pm-1am lah, biasanya aktiviti bermula pd waktu selepas 12am lah kan, sebabnya, 11pm baru abis prep, dan terus berlari ke Dining hall utk melantak sekut kering + air milo sambil sembang. dah kol 11.30pm baru blk bilik kan, kemas2 barang dan get ready utk ke bilik wudhu' bagi memulakanoperasi membasuh baju. hehehe sebab utama serang bilik wudhu' adalah, bilik ni sebelah library asrama [aku duduk kat blok H] kitaorg dan paling hampir ngan bilik aku dan lagi bilik wudhu' ni kompem ada air. muahahahaha.nampak sebab utama aku membasuh kat bilik wudhu' ni adalah kerana tidak mahu perkara seperti kau tengah layannn membasuh, tup tup pancutan air slow & makin slow sehingga langsung takde. tak ke potong stim namanya. maka, utk mengelakkan mood membasuh pudar di pertengahnya, maka, keputusan paling bijak adalah membasuh di bilik wudhu'. alah selain membasuh, kitaorg pon gamble mandi manda di situ...opppsss jgn pikir yang bukan-bukan..kompem lah kena berkemban kan. ehh terbabas sudah, kembali ke landasan ye...

biasanya, library asrama tu, memang budak bilik aku jek yang guna time malam sebabnya, bilik kami sebelah jek, study room kena langkah another 5olangkah kan. ni hanya 10 langkah dari bilik jek. rutin aku, kalau tengah membasuh akan bersembang lah dengan siapa2 yang ada dalam library tu, kebiasaanya, si khatul lah yang rajin melayan aku kan. kebetulan malam tu tengah bercerita pasal apatah, lupa sudah, yolah 3belas tahun yang lepas punya kejadian kot. memang rancak lah menyembangnya kan. dari aku start membasuh sampai lah sudah, dan bila dah nak habis kerja aku, khatul kata nak masuk bilik, setel jek keje menyidai, aku jengah lah library tu, memang takde orang..kosong, masuk lah dalam bilik nak cari khatul sebab cerita kami masih belum habiskan, sekali cari-cari punya cari, kakak bilik aku kata, eh, kan ke khatul memang dah tidur since balik dari prep tu, aku jengah ke katil dia, memang dah dia dah tidur dengan baju prep yang xberganti lagi. DENGAN SIAPA AKU SEMBANG TADI? dan dan bulu roma aku naik menegak..perghhh macam kena kejutan letrik plak rasanya kan, dan bila kakak bilik aku tanya kenapa,aku terus terdiam dan berlalu ke katil aku, terus selubung tutup muka sekali..lepas tu, lama jugak aku xmembasuh baju di kala malam. aku simpan sampai hujung minggu, baru aku basuh, dan tabiat tu dah tersebati dalam jiwa aku ni sampailah sekarang, & memang aku akan kumpul baju sampai rasa menyampah tengok dia melambak [biasanya, disebabkan bakul dah tak muat] baru aku basuh..muahahahaa memang tak boleh lah lelap mata malam tu, tapi pejam jek lah, kang bukak nampak tah apa-apakan,dah lah katil aku sebelah inathong yang dok dekat jek ngan tingkap, pulak tu, tingkap paling bawah adalah terongak satu, maka, nampak lah pokok belakang blok tu..haih....bertambah lah seram. sejak dari tu memang selalu lah kejadian aneh yang mengacau, tapi dia kacau aku gitu-gitu takde lah sampai dia nak tunjuk kan diri kan. setakat bangun malam sebab nak terkucil, aku memang takkan kejutkan orang lah kan, sebab kesian, yolah cuba kau pikir sendiri, kalau kornag tengah syiok tidur mimpi segala, tibe-tibe kawan ko kejut utk temankan dia ke toilet, lepas tu kau pulak yang payah nak lelap balik, memang kena sumpah dalam hati lah jawabnya, dek kerana taknak kena sumpah, memang aku takkan kejut lah, selamat lah kengkawan aku kan. dan bila setel hajat dalam toilet, biasanya kita akan basuh tangan kat sinki kan? dan design toilet sekolah aku, belakang sinki ada shower kan, biasa pintu terbuka, tertutup time ada orang kat dalam tu ajelah kan. tapi ada jugak yang tertutup tanpa sebab, ada sekali tu, tah apa, ke perasaan aku jek, tapi memang betul sebab aku cuba, try, test byk kali, setiap kali aku bukak air sinki, shower belakang aku yg tertutup pintunya, pili air shower pon terbuka, nak confirmkan, itu bukan ilusi semata-mata, aku try banyak-banyak kali, memang sah aku kena permain, apa lagi...keluar dari toilet perlahan-lahan macam tak perasan apa-apa sampai jek kaki kat korridor...lari pecut lah sampai bilik kan. haahahahaa lepas tu sumpah, aku takkan basuh tangan pada sinki yang pintu shower belakangnya tertutup dan takkan pilih sinki yang ada cermin..muahahahahaa mengelak lagi bagus dari mengalami yang bukan-bukan kan.

aku ni bukan kategori berani, dan bukanlah kategori penakut, dek kerana beberapa kejadian yang menimpa ni, aku jadi takde lah takut sangatkan, tapi sebab ada perkataan sangatkan di belakang tu, menunjukkan aku sebenarnya takut lah jugak, cuma simpan dalam hati jek, kang takut sangat, ada yang mudah diserang pengsan tanpa sebab kan. aku cuma ambil pendekatan, buat-buat tak tahu, nasib baik TIDAK pernah mengalami situasi...."NAK TIDUR KE DAH TAHU?" [Glamour kan ayat ni bagi budak hostel?] tapi bersyukurlah benda tu tak pernah tunjukkan muka, tak sanggup oiiii....mau pengsan bersebab plak aku nantikan.

owh lagi satu kesah yang takkan aku lupa sampai bila-bila, ni terjadi sebelum kisah di bilik wudhu', masa ni baru merasai title SENIOR, yolah baru naik Form 2 masa tu, dan ianya berlaku waktu pagi, selepas subuh, yolah brekpes pagi kan start at 6.30am kan, kebetulan pada haritu, tak silap aku hari selasa, kisah ni masa aku Form 2 [dah inform tadi...abaikan], kira umur baru empatbelas tahun. trend kat sekolah aku dulu, nak nampak macho,korang takkan ambil brekpes pagi kat dining hall lah [sapa makbapak bagi duit banyak bolehlahkan]. tapi aku ni dikategorikan sedar diri yang diri ni tak mampu nk amik brekpes berbayar, maka aku memang suka dengan makanan di dining aja. orang berlagak macho ni, depa brekpes kat kantin sekolah jek. ni kes semua ni yang bangun lewat sket. yolah nak makan kat dining kena lah bersiap awalkan..nak beratur lagi vagaikan. ok, kawan aku sorang ni, nama dia si M, sorry M, kena ungkit kisah lama, dia ni memang tak pernah lah brekpes kat dining..tup tup pagi tu aku nampak dia kat dining beratur sesame nak makan nasik lemak. aku tegur dia...dia senyum jek. tak kira apa soalan pon dia senyum jek,aku pelik juga, tapi dia senyum tu kire respons lah..alah soalan aku lebih kurang macam:

1) aik brekpes kat dining?
2) teringin ke?
3) awal harini?

macam tu lah lebih kurang, dia jawab dengan senyuman time tu kire dia respons, aku rasa dia ni jenis yang pagi2 mood nak bersembang kureng sket, xpe nnt dalam kelas leh sembang, oklah kan, at least dia senyum bila aku bertny. aku pon xkesah sangat part tu, sebab yang aku kesahkan time tu adalah nasi lemak tu jek..hehehehee dan dalam kelas lepas perhimpunan & lepas mengaji [owh sekolah aku, memang ada mengaji sebelom mula belajar], aku pon sembang lah ngan dia, tanya apa mimpi dia brekpes kat dining pagi tu kan, terkejut minah tu, sebab dia tunjukkan roti & air kotak yang dia tapau dr kantin sekolah...dia kata mana ada dia jejak kan kaki dining pagi tadi, geng2 dia pon cakap, mereka sama2 lambat, dan tapau dari kantin jek..hahahaha dan dan aku balik tempat dan duduk diam2..kecoh sekejap citer tu, rupa-rupanya ada budak lain jugak yang pernah mengalami kes macam tu, lepas tu, memang aku tak tegur lah orang pagi-pagi kan..hahhahhahaa nasib baik waktu dalam kelas tu siang, kalau malam, sumpah lah...aku rasa nak balik bilik & tidur jek.

dan sekolah aku ni, memang banyak lah jugak kes rasuk-rasuk ni, dan paling best jugak, bila kakak dorm ko sendiri yang kena. perghhhhhh memang seram toksah cakapla, dan kakak tu pula, memang setiap kali nak exam yg mcm PMR, SPM & STPM je lah dia kena. maybe dia stress kot. tapi masa dia sedorm ngan aku, time aku Form 3, banyak plak kejadian rupanya, masa Form 3 ni ek. Dia macam kena buatan orang jugak time tu, tahun tu, 1997, adalah percubaan kali ke-3 dia utk menduduki STPM, kesian kan? Dia terkena buatan orang dari seberang. sangat kesian, sebab dia dah tak kenal ibubapa dia, yang dia kenal hanyalah kami, yang sedorm dengan dia dan adik dia yang bongsu, yang lain-lain haram dia tak ingat. sampaikan dia memang bercuti dari sekolah lah untuk berubat. adalah satu hari sabtu, aku ngan ahli dorm yang lain pergi melawat dia kat rumah. dah sampai tahap kena gari ngan rantai besi ok...kesian tak kesian. dia panggil makpak & adik2 dia yg dah besar tu orang jahat yang na bunuh dia. Lyza, khatul, inathong, ajar, masih kah korang ingat? kisah ni?

aku ngan kakak tu memang kureng sket asalnya, sebab dia ni suka bagi syarahan kan, well aku kan remaja, mana nak dengar orang suka membebel tang ini tak boleh tu tak patut kan. maka, kompem lah kena pangkah ngan aku kan. aku suka lah jugak carik pasal ngan dia, tapi dia jenis tabah, tak terkesan kot ngan ngan lawanan aku tu semua, dia tetap nak bagi syarahan kat aku...sometime aku layan jek dia sembang bila dah buhsan sangat tu kan. tapi dia ok sebenarnya, cuma jiwa remaja aku time tu jek kurang matang & kurang waras. muahahaahahaa ok stop. straight to the point, aku nak cerita masa kitaorg melawat dia kat rumah, sembang punyalah sembang, kejap suara dia macam biasa, kejap lagi wajah dia dah berubah, suara pon berubah, terus kuar suara orang lelaki yang cakap jawa..amik kau, tak paham ok. tu maksudnya penyakit dia dah mai. boleh plak time tu aku nak terkucil, paham2 ajelah maksudnya, tahap keseraman aku dah mula menular dalam semua sendi & urat saraf aku kan.. hahahahaa aku bisik lah kat kakak dorm aku sebelah aku...bagitau pasal aku nak terkucil kan. tapi serius orang lain memang tak boleh dengar, tapi dia yang duduk agak jauh dari aku...tetiba dia kata, toilet kat dapur, pergilah...lagilah aku rasa nak terkucil dalam seluar kain..muahahahahaa seram mak noks time tu... dan dan xlama lepas tu kitaorg nak balik hostel, boleh plak dia nak ikut, terpaksa lah kami jalan kaki balik hostel, nak kata jauh tu jauh lah jugak.....tapi terpaksa, bapak dia terpaksa call polis, dan kereta polis ikut lah kami dari belakang. takut dia buat perangai tengah jalan kan. dah lah na jalan sebalah aku, lagi lah aku seram kan...tapi buat2 berani je, sebab orang lain adakan..hohohoho, ok sampai situ jek, 2thn lepas aku ade jumpa kakak tu, dia dah berjaya dalam hidup dia. tahun 1998 kot lepas dah berjaya berubat, dia amik STPM dan masuk ke UIAM. kakak ni memang pandai sebenarnya. dan byk surah dia hafaz, aku haram, tulah kalau dengar nasihat dia dulu kan ke bagus..ehh sekarang kalau nak berubah pon masih sempat kan, toksah tabur pelbagai alasan kan..hikhikhik....kakak tu jadi cikgu. heehehee dan rasanya, dia dah kahwin pon sekarang.




dan banyak lagi kisah-kisah di asrama dulu yang menyeramkan. yang 3 penjuru lah...yang lari satu asrama macam tenaga lelaki panjat grill asrama lah..perghhhhh bayangkan orang perempuan mampu melakukan nya. tapi lagi seram kisah aku terjun dari korridor tingkat satu yang sia-sia, nasib baik xpatah kaki. sebab terjun tu kena tangkap jugak, dan kena denda jugak...ahahahahahaa lawak jek. ingatkan bila terjun terselamatkan.nasib badan.

Nota kaki: sebenarnya, harini boring, ramai orang takde, maka takde geng nak menyembang, dan kerja pon ala-ala segan nak mai harini, maybe semua orang dah cuti kot. maka aku buhsan, tadi hotfm kan cerita pasal seram ala2 citer khurafat tu.

Saturday, January 15, 2011

Semenjak Dua menjak



Asik lah terdengar lagu ni kat Hot FM, yupp semenjak dua menjak ni si syafwan sebelah aku tu dok bukak hot FM 8-5pm ye....tu yg aku leh kaji berapa kali sehari lagu ni keluarkan. aku jadi ingat lagu ni sebab masa berkaraoke bulan lepas aku dok belasah menjerit lagu ni....hehehhee tp well, jgn kutuk ya sebab aku sedar diri sebab memang sumbang bunyinya..tone bersepah, nafas mencungap, intonasi mendatar dan segalanya lah yang cacat, tapi best bila nyanyi lagu yg kena jerit ni..hehehehee

tapi layan...sambil melayan mata utk ditutup sementara menanti esok siang..

Sahabat

Hidup ini tak akan indah
Jika tak ada tangis dan tawa
Semua harus berjalan dengan lapang dada
Mungkin tak selalu bersama
Dalam suka ataupun derita
Jika satu bersedih semua pun bersedih

Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan

Tuhan jangan pisahkan kita
Tak terbayang ku tanpa mereka
Entah pada siapa hati bercerita

Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan

Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan

Aku punya kalian yang selalu menemaniku
Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan

Inikah arti kebersamaan atau arti persahabatan
Ku punya kalian, menemaniku

lagu dari Mahkota band

Selamat malam semua

Thursday, January 13, 2011

Payah

Fouuhhh lega.Rasa dah berair-air mata aku ni nak menyiapkan kerja-kerja menyusun ikut department/unit semua kakitangan Kampeni B****s seluruh malaysia. Dahlah masalah, nama dalam sistem HR lain, dalam Sistem Ax lain plak. tak pasak-pasal kena cek by user id dalam domain plak. tak ke kerja yg remeh. nak susun ikut department & sort by name&group lagi plak tu, lenguh dah jari-jari aku nak menaip, menekan CTRL C, CTRL V segala. bukan sorang dua ye staff nya. hampir 2000 dan campur anak syarikat lagi..lebih lah plak 2000 kan..hehehehee

dan sorang staff pula average mempunya 10group access. perghhh tak ke jibul mate I melihat & menyusun nya kembali. sungguhlah, dah lama kan tak buat kerja-kerja begini. memang meletihkan. ingatkan melihat data-data dari claim yang bermasalah dari mac-mei 2010 adalah yang terakhir..rupa-rupanya, ada lagi...dan akan ada lagi. bayangkan 3tahun punya system pernah buat kemaskini data user. bayangkan lah dalam 3tahun belih tu berapa oranglah yang dah pencen, berenti, MIA dan sebagainya.. bayangkan lah.... dan bayangkan lagi bilamana seorang ALI BIN SAMAD boleh mewakili 3orang..sebabnya nama mereka sama, tak ke payah nak kena cek login id mereka apa pula kan..bukan ramai ya yang nama, ejaan, dan bin & binti yang sama...huh..rasa2 macam mana lah kalau kerja kat bank, jabatan pendaftaran ke...memang lah akan ada kesilapan kan...

dan tetiba teringat kisah cek & dimasukkan pd account yang salah tapi nama yang sama..hehehe

hope tiada kesilapan lah, aku dah nak submit to HOD yang kenaan utk mereka pula yang kompem current job staffnya.

Nak balik, sambung esok aja...

Nota kaki: tetibe rasa kerja buat programming pon tak selenguh ni kot. :P

Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Esok adalah hari Isnin. dan esok adalah hari bekerja...

Sebenarnya,

Tahniah Anarafali.

dan mari kita nyanyi sama-sama..
**************************v****
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Nota kaki: Ya, tolong ingatkan aku, esok kerja...kerja..kerja!

Sunday, January 9, 2011

Turn dia pulak

Merah ade "Ong" katanya. tapi memang ramai wat tema merah kebelakangan ni kan? Tidak ketinggalan sepupu aku ni. walaupun dia muda dua tahun dari aku. tapi jodoh dia dah sampai. kalau si shahrul tu sepupu sebelah mak aku, ni sebelah bapak aku pula. berpusu-pusu plak kazen-kazen aku ni nak menamatkan zaman bujang.
Satu keluarga yang merahnya makngah..ahaks...tapi dalam family aku, bapak dia jatuh anak ke-3, maka aku gelarkan dia Pokde. muahahahaa dan dia anak yg sulung dalam adik beradik..kira pembuka majlis lah ni. tak lama lagi adik dia duduk paling kiri pula punya turn sebabnya, dia dah pun bertunang masa lepas majlis nikah abg dia jumaat lepas. tak lame lagi lah tu gamaknya.


oklah, zawawi & isteri, selamat menepuh alam rumahtangga dan semoga berkekalan di dunia & akhirat ikatan kalian.. all the best..& jangan lupa mai umah paklong & maklong bawak ahli keluarga baru tu.. kasik kenal2 sikit ngan orang kampung alai yek.

makcik ni paksa...segan-segan pengantin dibuatnya.tapi mak sedara punya pasal, layan kan jek.

Dan sepanjang majlis aku terpaksa jadi seorang yang cool untuk menepis soalan-soalan yang rasa bukan cepumas dah. tapi lebih kepada tak heran dah..ahahahaaha sana kata ni dapat anak lah itu lah ini lah..well, i tak kesah sangat kot, desperate sangat nanti, i duduk lah bertapa seminggu dua kat KL sentral, untung nasib ade orang tinggalkan anak dia kat I kan.. ahaks...pusat anak yatim pun melambak kot sekarang ni. tapi apa-apa pun..doa sedara mara lah diperlukan, bukan asik nak mengkondem aku ja kan....semangat tu bagilah sikit!

Nota kaki: kepada kazen aku Ita, aku rasa kita kena pergi mandi bunga kot..muahahahahaa

Pesanan..

[Aku baru jek snap kotak kasut tu..muahahaa]
takde kerja lah ka, sambil layan AJL yg dah separuh jalan.

Cerita macam-macam

Semalam dapat call, mengatakan makcik aku terseliuh lalu tulang buku lali dia retak. dan kena simen lah kakinya semalam. dan rentetan kisah itu, makanya, makcik aku sekeluarga tak jadi pulang ke kampung melaka sempena meraikan sepupu [anak buah makcik aku ler] kahwin pada hari ahadnya. cerita ini menjadi kena mengena pada aku secara langsung apabila ia melibatkan mak sedara aku dan menjadi lebih kacau sebab plan asal, aku akan balik melaka mengikut ayah aku yang datang ke shah alam pada siang tadi, bermaksud hari sabtulah kan kerana adanya kenduri kahwin sedara mara di shah alam. Aku malas jek nak pergi ke majlis di shah alam pada asalnya. dan berbalik pada cerita aku akan ikut ayah aku pulang ke melaka bermaksud aku tidak akan memandu laling aku pulanglah kan? dan aku akan balik semula ke KL dengan menumpang makcik aku. dek kerana cerita makcik aku di simen dan dia tak dapat pulang ke kampung, makanya, aku terpaksalah ubah kepada plan B di mana balik dengan kerta ajela kan. Dan pabila aku bersiap2 utk pulang ke melaka dan sebelum itu nak singgah ke Bantar Tasik Selatan utk memulangkan Speedlite si Akram [suami Murni] setelah merasa serba salah kerana seperti aku sengaja membuat pekasam jek speedlite di dalam beg camera tu kan. hehehee tengah bersiap ayah aku call mengatakan aku kena ikut dia balik jugak. dan dia dah nak sampai KL...padahal masa tu baru sampai seremban. tak pasal-pasal aku kena tukar baju yg lebih sesuai utk ke kenduri kahwin kan. dan tak pasal-pasal kenalah tayang muka kat kenduri kahwin tu..sigh* makanya aku kenalah ikut plan C, iaitu ikut ayah aku balik & balik ke KL menumpang mak/pak sedara aku yang lain. bila aku sampai rumah murni ayah aku kata dia dah sampai serdang, kelam kalibut aku nak patah balik ke rumah kan. orang tua bukanya boleh tunggu lame sikit. ngeh22.

dan lepas kenduri kahwin singgah lah ke rumah makcik, di situ dia ceritalah pasal kejadian & cerita pasal mak/pak sedara yang lain ramai yg xdapat balik jugak sebab masing2 adahal lain. huwaaaaaaaaaaaaaa sebab terpaksalah guna Plan D pula, iaitu balik KL naik bas. dah lama sangat tak naik bas ni...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekali lagi. takpelah, naik bas pon naik bas lah yek.

Friday, January 7, 2011

Shopping Sana Sini

Ye bulan disember 2010 yang lepas, sempena YES, dan setelah sekian lama tidak berapa kisah dengan YES ni, tapi berlainan pada Dec 2010 yang lepas, di mana aku ambil kisah di mana, aku berjaya mongoyak rabakkan poket kerana terpaksa membeli kasut-kasut baru [kasut-kasut ya...bunyik seperti banyakkan?] hehehe begitu lah lebih kurang.


Di atas sebab-sebab yang memang membuatkan aku terpaksa membeli kasut baru adalah seperti di bawah:


1) kasut tumit tinggi utk ke pejabat memang dah takde. ni gara-gara since 2008, aku memang dah xbeli high heel dan xpakai high heels, semua high heels yang lama, aku terpaksa campakkan ke tong sampah, gara-gara dah xsedap pakai dan dah jadi tah apa-apa tah, kematu semacam jek. dah namanya aku peruk dalam ghobok [amik ko bahasa....] selama 2tahun lebih kan. end up, semua rosak macam tu jek...


2) sandle kesayangan aku si NYC tu yang beli kat jusco jek tu dah tak boleh nak diguna pakai lagi kerana tapak dia dah bolos uols. sob sob..memang sakit lah tumit bila nak pijak kan. makanya, kompem kena tukar kan.


3) sport shoes aku terpaksa di beri pada adik aku, sebab aku taknak belikan yang baru utk dia. makanya, aku belikan sport shoes baru utk diri sendiri..muahahahaa puas hati, kalau malas nak berjogging lepas ni, memang patut kena penampar sedas lah jawabnya.


4) mencari kasut yang selesa sedikit seperti loafer kan, aku ada tapi macam biasa, bila dah simpan lame, even leather pon, berkerak jugak kan. tapi ni memang dah lama sangat, aku beli masa nak konvo degree, sept 2005. tapak dia pon dah haus jugak lah, tapi memang puas pakai lah kan. aku beli hasil kerja part time dulu rasanya. dan aku perlukan kasut yang selesa baru utk tujuan santai. dan memang dah lame aku aimed kasut nan satu tu, dan akhirnya berjaya jugak menjadi hakmilik aku kan. aku survey banyak tempat, bukan survey apa, nak carik size aku jek. memang payah lah nak dapat size 4 kan. makanya, last sekali cuba size 3.5 ngam ngam jek...perghh lega....time aku bermisi cari kasut ni, aku pergi ngan makayah aku, korang paham-paham lah kan, bebelan mereka macam mana. muahhahahaaa tapi sekarang puas hati. dan aku cakap kat adik aku. tunggu lah 3tahun lagi, baru boleh shopping kasut lagi..muahahha kedekut kan? dan inipun dek kerana TEVA kesayangan hamba pon bakal menemu ajalnya xlama tagi...well, i tuan dia kan, i tahu kondisinya...sob sob..sayang TEVA tu.....


makanya, untuk bulan lepas sahaja, aku berjaya habiskan hampir 800 untuk kasut sahaja.. fouuhhh puas hati. sebab dah 2 tahun lebih tak shopping kasut best macam ni kan. ni semua gara-gara kaki aku terpeleut, dan start situ memang aku pergi keja pakai sandle jek. owh lupa, aku penah beli crocs tu, tapi xsedap pakai..muahahahaa ade lagi dalam simpanan, baru lagi gitew...tak sedap sebab berpeluh kaki...giller tak best kan. dan memang aku memerlukan kasut baru kan?

Nota kaki: gambar nanti aku upload, cable nk transfer gambar dr phone melenyapkan diri...sigh*

Tuesday, January 4, 2011

Semoga Tabah

Dari meng "click " CAFEWORLD & HAPPY AQUARIUM kat page MUKA BUKU saya... semoga saya tabah, dan saya berjaya dengan azam saya nan satu ini utk 2011..caiyokk...

Dear Sarah Mashimoto ke mashimaro ke, sakamototo

don't forget to install game simm tu kat my lappy ya..muahahahaaaa

Monday, January 3, 2011

Kenduri Kahwin Sedara-Mara

Kalau kazen aku ni jadi pengapit adik aku dulu. Sekarang turn adik aku plak jadi pengapit dia. Intro tah apa-apa ja.

well, tuan rumah tengah menunggu tetamu mai makan nasi minya...jemput jemput...
Pakngah & Makngah I, menerima lagi seorang menantu. di mana, anak nya yang bongsu, sebaya ngan adik aku merangkap bestfreind adik jugak lah kan. namapon tinggal sebelah menyebelah dari dulu hingga kini..hehehehe
Tahniah pada makngan & pakngah.
Dan tahniah pada Sharul & Isteri.
slim ye isteri ko kan...
Suka hati kau jek ek, jadi pengapit belasah pakai t-shirt...
ada pun gambar kenangan korang berdua.
itu adik aku, bukan abang aku ya. dia xnak keluar dulu sebelum aku, what to do kan.
makanya, aku hanya lah kakak atas surat beranak.
tapi hakikatnya, dia nampak tua kan?
muahahahahaa
pengantin with adik-beradik & ipar duai...
Makpak si Syahmi balik penang, atok nya tenat
& pokde nye tah mane lesap, xlarat aku nak gi carik, asal nak amik gambar semua nak sembunyi..
ayiooo
bukan nak buli suh basuh periuk kan..
suh berdiri cam tiang letrik & senyum sket..
1..2..3..cheese
dah setel
with sedara mara yang jah di negara seberang..jauh ke?
ni lah pengantin perempuan tu malu2 plak..kan dah terpejam..


ok lah..aku malas nk edit gambar sbb kat PC ni xdek ape kecualiMicrosof viewer jek.

Semoga berbahagia selamanya

gambar pengantin perempuan yang pemalu...oppsss
kan aku dah snap separuh..hahaahhaa



ok lah harini, I cuti sebab hantar anak daftar masuk sekolah. voleh? :P

Saturday, January 1, 2011

Semoga Rohnya dicucuri rahmat

Aku dan Nik panggil dia Ayam. xpastilah kenapa kan...hahha sbb ade satu drama tu, dia mcm ayam kot..ngeh33...


terkejut aku bace berita kat mstar kejap td ni..haih. baru tadi masa kat kenduri kak zue @ laman budaya, shah alam, ade sorang mamat ni sekali pandang mcm dia...tenung lame sket..dah xsame...tp ade iras lah kan...betul kan mira? rupa-rupanya dia dah xdek dah tym tu...

nak kate minat tu xdeklah sangat cuma suka tengok dia berlakon, lagi2 dalam adamaya, even menyampah..tp oklah...kan..hehehehe\

semopga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Selamat Datang 2011

Dan senarai-senarai baru pun di nilai dari sekarang. Sejak awal disember tahun lepah..cehhhh padahal 31 hari yang lepas jek, aku dah start merangka azam aku untuk 2011...ehh silap, masa awal muharram haritu, aku dah mula list down apa yang patut aku capai tahun 1432H&2011M ni.

Bunga api, dah bersepah kat udara tu...amik gambar plak, pakai HP jek..hampeh lah kan...bateri kamera aku tgh charge, td lupe...

Dan kali ini, senarai paling atas adalah untuk menamatkan status bujang aku ni. serius lah, kali ini tak boleh nak main-main dah. sebabnya nanti tak tercapai impian aku yang aku dah tanam sejak aku form 4 untuk aku capai sebelum 30tahun. owh ni tak boleh publish ya. hik hik...tak percaya dah aku, nak melangkah ke angka terakhir sebelum bertukar ke 30-an. Aku bajet, aku masih muda gitew.. well, janji muda di hatikan. Ni kompem ada yang sok sek pasal gossip hangat ni. Alah aku ngaku, memang takde calon lagi, tapi takpa, ade 365hari utk aku dapatkan calonnya kan?apa yang harapkan adalah doa kalian, wahai teman-temanku. ahaks. semoga Impian aku yang satu ni tercapai.

dan impian-impian lain tu biasa aja, xperlulah nak publish kan.

Selamat Tahun Baru

semoga semua nya serba baru..

hati pon mau baru juga ya~~~~

dan mulakan 2011 dengan lagu ni



enjoy

Good Bye 2018

**pic from google